Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS T4: 2: BANTUAN KECEMASAN

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah definisi resusitasi kardiopulmonari (CPR)?

a)

Tekanan cepat dan kuat yang dikenakan kepada abdomen mangsa untuk mengeluarkan objek yang tersekat dari saluran udaranya

b)

Udara beroksigen dibekalkan ke seluruh tubuh mangsa melalui hembusan udara ke dalam peparu

c)

Bantuan kecemasan yang menggabungkan teknik tekanan pada bahagian dada dan hembusan ke dalam mulut mangsa

d)

Mengembalikan peredaran darah dan pernafasan seseorang

2.

Antara situasi kecemasan berikut, yang manakah memerlukan pelaksanaan CPR?

a)

Berdarah

b)

Serangan jantung

c)

Loya

d)

Pening

3.

Berikut adalah keadaan yang ditunjukkan oleh seorang mangsa:

1) Tidak memberikan respons kepada rangsangan

2) Tiada degupan jantung atau nadi


Bantuan kecemasan yang manakah harus diberikan?

a)

Pembalutan tangan

b)

Pensterilan

c)

CPR

d)

Heimlich Manoeuvre

4.

Berikut menunjukkan prosedur yang terlibat dalam CPR.


P: Periksa tindak balas

Q: Bantuan pernafasan

R: Tekanan dada

S: Buka saluran pernafasan


Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan susunan prosedur yang BETUL?

a)

Q ⟶\longrightarrow R ⟶\longrightarrow P →\rightarrow S

b)

P ⟶\longrightarrow R ⟶\longrightarrow S ⟶\longrightarrow Q

c)

S ⟶\longrightarrow P ⟶\longrightarrow R ⟶\longrightarrow Q

d)

P ⟶\longrightarrow S ⟶\longrightarrow R ⟶\longrightarrow Q

5.

Rajah menunjukkan satu kaedah dalam CPR. Apakah konsep sains dan fungsi kaedah tersebut?

a)

Udara beroksigen dibekalkan ke seluruh tubuh mangsa melalui hembusan udara ke dalam peparu.

b)

Pendarahan boleh diberhentikan dengan mengenakan tekanan pada luka.

c)

Peredaran darah dipulihkan dengan mengepam darah melalui jantung.

d)

Saluran pernafasannya dibuka untuk membenarkan mangsa bernafas secara semula jadi.

6.

Penyataan manakah yang menerangkan Heimlich Manoeuvre method?

a)

Udara beroksigen dibekalkan ke seluruh tubuh mangsa melalui hembusan udara ke dalam peparu.

b)

Bantuan kecemasan yang menggabungkan teknik tekanan pada bahagian dada dan hembusan udara

c)

Tekanan yang cepat dan kuat dikenakan pada abdomen mangsa yang tercekik

d)

Mengembalikan peredaran darah dan pernafasan seseorang

7.

Apakah tujuan melakukan Heimlich Manoeuvre?

a)

Mengembalikan peredaran darah

b)

Membantu menyingkirkan objek yang tersekat pada saluran pernafasan

c)

Udara beroksigen dibekalkan ke seluruh tubuh

d)

Menghasilkan peredaran udara buatan

8.

Rajah menunjukkan seorang lelaki menunjukkan tanda tercekik ketika sedang makan.

Apakah langkah pertama yang perlu anda lakukan untuk menyelamatkan lelaki itu?

a)

Tekan dan sentak abdomennya dengan kuat

b)

Berdiri di belakangnya dan bongkokkan badannya sedikit ke hadapan

c)

Kelilingkan tangan dari belakang badannya

d)

Tekan perut mangsa

9.

Apakah akibat segera sekiranya kita tidak berjaya mengeluarkan objek yang menghalang pernafasan seseorang?

a)

Kerosakan pendengaran

b)

Kerosakan sistem perkumuhan

c)

Pendarahan dalaman

d)

Kerosakan otak atau membawa maut

10.

Di manakah anda perlu meletakkan genggaman tangan semasa melakukan Heimlich Manoeuvre?

a)

Di bahagian atas pusat

b)

Di bahagian atas jantung

c)

Di bahagian bawah pusat

d)

Di bahagian bawah jantung