NEW
Font size
WorksheetsKata Ganda Berimbuhan
Total questions: 25
Worksheet time: 50mins
Kita hendaklah sentiasa ____________ ketika memandu di jalan raya.
berhati-hati
berlumba-lumba
berlambat-lambat
berkejar-kejaran
Kalau hanya _____________, semua usaha anda tidak akan menghasilkan kejayaan.
berbual-bual
berangan-angan
bersungguh-sungguh
berkejar-kejaran
Mereka berjuang ___________ bagi mempertahankan tanah air daripada ditawan musuh.
berperang-perangan
bertembak-tembakan
bermati-matian
berbunuh-bunuhan
Semalam hujan turun dengan lebatnya dan kilat pula _____________.
sambung-menyambung
terus-menerus
pancar-memancar
sabung-menyabung
Hidup berjiran mestilah _____________ antara satu sama lain.
bantu-membantu
berjalan-jalan
bertandang-tandang
ziarah-menziarahi
Walaupun sudah _______________ ditegur, Aiman masih melakukan kesilapan yang sama.
bersusah-payah
bersungguh-sungguh
berpeluh-peluh
berkali-kali
Saya dan kakak sering _____________ di taman rekreasi pada waktu petang.
bersungguh-sungguh
bersiap-siap
berpusing-pusing
bersiar-siar
Pencuri itu __________ untuk melepaskan diri setelah ditangkap oleh pihak polis.
meraung-raung
melaung-laung
menarik-narik
meronta-ronta
Sarimah ______________ kucing kesayangannya selepas pulang dari sekolah.
mengusap-usap
memicit-micit
mencubit-cubit
mengurut-urut
Nelayan itu berjaya menangkap______________kilogram udang dalam sungai yang hampir kering itu.
berjuta-juta
berpuluh-puluh
berekor-ekor
berbanyak-banyak
Dayson kelihatan____________setelah menamatkan lariannya di garisan penamat.
terbatuk-batuk
terbahak-bahak
terhincut-hincut
tercungap-cungap
Adik menangis______________kerana terjatuh daripada basikalnya.
terpinga-pinga
teresak-esak
terketar-ketar
terjerit-jerit
Lampu di stadium kelihatan__________kerana perlawanan bola sepak sedang diadakan di situ.
gelap-gelita
terang-benderang
terang-terang
riuh-rendah
Siti ketawa____________apabila menonton cerita yang lucu di televisyen.
teresak-esak
terlompat-lompat
terbahak-bahak
terkebil-kebil
Kemalangan kereta sering berlaku di jalan yang____________itu.
berkelip-kelip
berpinar-pinar
berderet-deret
berliku-liku
Walaupun sudah____________ditegur, Vivian masih melakukan kesilapan yang sama.
berkobar-kobar
berkali-kali
berpeluh-peluh
beringat-ingat
Hee Hee bermain papan luncur sambil___________di taman rekreasi itu.
berhenti-henti
bersiul-siul
berlari-lari
berjalan-jalan
___________________tempatan bukan sahaja sedap tetapi berkhasiat.
tumbuh-tumbuhan
ulam-ulaman
buah-buahan
sayur-sayuran
Mukanya ________________menahan malu apabila dimarahi oleh guru disiplin di hadapan kawan-kawannya.
kemerah-merahan
kebiru-biruan
keputih-putihan
kehitam-hitaman
Selepas bermesyuarat, mereka minum sambil__________________ di tepi kolam renang itu.
berlari-lari
bermain-main
tersenyum-senyum
berbual-bual
_______________________________organik yang dijual oleh Pak Salleh di pasar tani itu murah harganya
Sayur-sayuran
Tumbuh-tumbuhan
Besar-besaran
Biji-bijian
Encik Kamal ________________ tugas secara adil kepada para pekerjanya.
berhari-harian
melambat-lambatkan
mengagih-agihkan
bertolak-tolakkan
___________ alasan diberi oleh Pak Amin apabila diajak menyertai gotong-royong itu.
Berbeza-beza
Berbagai-bagai
Bermati-mati
Berderet-deret
___________ peminat datang ke Stadium Shah Alam untuk menyaksikan acara sukan.
Bertalu-talu
Beralun-alun
Bertubi-tubi
Berduyun-duyun
Nenek ___________ kaki abang yang terseliuh semasa bermain bola.
meramas-ramas
menggaru-garu
mengurut-ngurut
menyucuk-nyucuk
