wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

DAKWAH NABI MUHAMMAD TAHUN 4

Total questions: 18

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud "dakwah"?

a)

Menyeru dan dan mengajak umat manusia untuk beriman dan taat kepada Allah SWT serta kembali ke jalan yang benar.

b)

Mengajak manusia untuk melakukan perkara yang bercanggah dengan perintah Allah SWT dan memimpin ke jalan yang sesat.

2.

Berapa tahunkah Nabi Muhammad SAW berdakwah secara sulit (sembunyi) di Mekah?

a)

10 tahun

b)

3 tahun

c)

5 tahun

3.

Dimanakah pusat berkumpulnya umat Islam semasa Nabi Muhammad SAW berdakwah secara sulit?

a)

Di rumah Baginda SAW

b)

Di masjid

c)

Di rumah Saidina Al-Arqam bin Abi Al-Arqam

4.

Terdapat dua cara dakwah Nabi Muhammad SAW, iaitu:

a)

Dakwah secara sulit (sembunyi) dan terang-terangan

b)

Dakwah secara langsung di depan orang ramai

5.

Cara Nabi Muhammad SAW berdakwah kepada umat manusia ialah secara sulit (sembunyi) dan terang-terangan.

a)

Salah

b)

Tidak pasti

c)

Betul

6.

Apakah contoh perbuatan Nabi Muhammad SAW ketika berdakwah kepada umat manusia?

a)

Bercakap bohong

b)

Berakhlak buruk

c)

Mengutuskan surat

7.

Apakah bentuk penentangan kepada dakwah Nabi Muhammad SAW?

a)

Nabi dituduh dan difitnah sebagai gila oleh orang Quraisy

b)

Dakwah Nabi disambut dengan baik dan tidak berlaku sebarang pemulauan

c)

Para sahabat Nabi tidak diseksa dan dibunuh dengan kejam

8.

Apakah akhlak Nabi Muhammad SAW dalam menghadapi tentangan daripada kaum Quraisy?

a)

Baginda SAW berdendam dengan orang kafir Quraisy

b)

Baginda SAW berputus asa dan tidak mahu lagi berdakwah

c)

Baginda SAW sentiasa bersabar dengan ujian dan cabaran untuk meneruskan dakwah

9.

Kepada siapa Nabi berdakwah ketika berdakwah secara sulit??

a)

Kaum kerabat yang dekat

b)

Kaum kerabat yang jauh

c)

Sahabat

d)

Musuh

10.

Kenapa Nabi perlu berdakwah kepada kerabat yang terdekat dahulu?

a)

Nabi hendak membina kepercayaan dan kekuatan. Kaum kerabat Nabi amat mempercayai nabi kerana nabi bersifat jujur dan tidak pernah berbohong.

b)

Masyarakat arab ketika itu berfikiran terbuka dan senang menerima islam

c)

Orang kafir Quraisy menerima kenyataan bahawa ajaran yang benar di bawa oleh nabi akhir zaman, bukanlah dari kalangan mereka.

11.

memberi nasihat, tazkirah, bercerita dan berdebat adalah contoh dakwah nabi secara...

a)

lisan dan perbuatan

b)

lisan

c)

perbuatan

12.

Antara contoh dakwah secara perbuatan ialah ziarah, memberi hadiah, mengutuskan surat, menghantar utusan dan...??

a)

dialog

b)

berdebat

c)

bercerita

d)

berakhlak mulia

13.

Pemulauan orang Quraisy terhadap aktiviti jual beli dan perkahwinan dalam kalangan mereka berlangsung selama berapa tahun?

a)

1 tahun

b)

2 tahun

c)

hampir 3 tahun

d)

5 tahun

14.

Orang Quraisy melakukan pelbagai ......... terhadap orang Islam seperti dijemur di padang pasir dan diletakkan ........... yang besar di atas dada seperti yang berlaku kepada Saidina Bilal bin Rabah.

a)

penyiksaan - bantal

b)

penyiksaan - pokok

c)

penyiksaan - batu

15.

Ada dalam kalangan sahabat NAbi yang ...........dengan kejam seperti yang berlaku kepada Saidina Yasir dan Saidatina .............

a)

dibunuh - Khadijah

b)

diseksa - Zainab

c)

diseksa - Fatimah

d)

dibunuh - Sumaiyah

16.

Semuanya adalah akhlak Nabi dalam menghadapi tentangan kaum Quraisy kecuali..

a)

bersabar,

b)

bergantung harap kepada Allah

c)

perihatin

d)

berjiwa besar

e)

memaki

17.

Sebagai seorang seorang muslim, kita mestilah

a)

tabah dalam kehidupan

b)

sentiasa doa dalam setiap apa yang kita usahakan

c)

sentiasa menasihati keluarga

d)

memaafkan kesalahan orang lain dan tidak berdendam

e)

semua jawapan yang di senaraikan adalah benar

18.

Akhlak yang baik patut kita contohi ketika menyampaikan Islam kepada umat manusia, kecuali

a)

Memaksa dan mengugut manusia agar segera menganut agama Islam

b)

Menjadi seorang pendakwah yang penyayang

c)

Memaafkan orang lain

d)

Sentiasa optimis dengan janji dan bantuan daripada Allah