Worksheetse-CAT BSKM 10 (Bab 18:MENGHORMATI & MEMPROMOSI KEHIDUPAN)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
1. Eutanasia ialah niat untuk menamatkan hidup seseorang yang sakit untuk meringankan bebannya. Gereja memberi keizinan atas perbuatan ini kerana ianya adalah merupakan hak individu.
Benar
Salah
2. Salah satu daripada prinsip menghormati dan mempromosi kehidupan ialah tidak membenarkan penguguran anak luar nikah. Prinsip ini amat bersesuaian dengan ajaran Gereja Katolik.
Benar
Salah
3. Menghormati budaya dan agama orang lain adalah salah satu prinsip menggereja. Tindakan ini adalah bersesuaian dengan ajaran Gereja Katolik.
Benar
Salah
4. Sifat cemburu adalah merupakan sifat terpuji yang memberi jaminan kebahagiaan terhadap sesebuah perhubungan.
Benar
Salah
5. Perkahwinan sejenis tidak dibenarkan oleh ajaran Gereja Katolik. Kerana perbuatan tersebut tidak menghormati dan mempromosi kehidupan yang dianugerahkan oleh Allah.
Benar
Salah
6. Ancaman kepada “penganiayaan dan pelupusan alam sekitar” merujuk kepada? Sila pilih jawapan yang salah.
a) Pembakaran terbuka untuk tujuan pertanian.
b) Pembalakan haram.
c) Pencemaran sungai.
d) Kempen anti pencemaran.
7. Apakah yang dimaksudkan dengan menghormati dan menyayangi alam sekitar? Pilih jawapan yang betul.
a) Menggalakkan pembakaran terbuka.
b) Mencegah amalan pencemaran alam sekitar yang semakin berleluasa.
c) Membuang sampah sesuka hati.
d) Menggalakkan penggunaan bahan plastik.
8. Apakah tindakan positif yang harus dilaksanakan untuk mengatasi masalah kekejaman rumah tangga? Pilih jawapan yang salah.
a) Menggalakkan perkahwinan campur atau berlainan agama.
b) Mewajibkan kursus pra-perkahwinan.
c) Menerapkan nilai-nilai injil dalam keluarga.
d) Memupuk semangat cintakan keluarga dalam silibus sekolah minggu.
9. Pernyataan mengenai “Yesus yang memberikan hidup” merujuk kepada? Pilih jawapan yang salah.
a) Mengorbankan dirinya demi keselamatan umat manusia.
b) Mengasihi umat-Nya yang bertobat sahaja.
c) Membebaskan umat-Nya dari belenggu dosa.
d) Mengasihi umat-Nya tanpa syarat.
10. Berikut merupakan factor-faktor yang tidak menghormati kehidupan kecuali…
a) Penguguran kandungan
b) Peperangan
c) Kekejaman rumah tangga
d) Menyayangi alam sekitar
11. Menurut alkitab membunuh diri atau mengambil nyawa sendiri tidak dibenarkan sama sekali kerana..
Pilih jawapan yang salah.
a) Hanya Allah sahaja yang boleh memberi dan mengambil nyawa seseorang.
b) Masih ada banyak cara untuk menyelesaikan masalah.
c) Kita berhak sepenuhnya keatas diri kita dan boleh bertindak menurut kemahuan diri sendiri.
d) Kita diamanahkan oleh Allah untuk menjaga dan menghormati nyawa.
12. Berikut adalah antara ancaman terhadap kehidupan kecuali,
a) Pembunuhan
b) Peperangan
c) Penguguran kandungan
d) Penerapan nilai-nilai agama
13. Sifat cemburu boleh mengakibatkan kepada pergaduhan,peperangan dan pembunuhan. Siapakah nama abang Abel yang telah membunuhnya akibat cemburu?
a) Kain
b) Yosafat
c) Lot
d) Ishak
14. Sungai menjadi kering, tanah runtuh di sana sini dan banjir kilat berlaku di merata-rata tempat. Apakah sifat manusia yang telah menyebabkan berlakunya semua kejadian tersebut?
a) Prihatin
b) Tamak
c) Bertanggungjawab
d) Dedikasi
15. Pengguguran kandungan adalah tindakan yang menamatkan nyawa anak dalam kandungan dengan niat sebelum dilahirkan. Apakah Perintah Tuhan yang telah diingkari oleh manusia?
a) Perintah keempat
b) Perintah kelima
c) Perintah keenam
d) Perintah ketujuh
16. Manakah antara yang berikut adalah warna liturgi yang digunakan sepanjang Minggu Suci dalam perayaan gereja?
I Ungu
II Hijau
III Putih
Iv Merah
a) I,II dan III
b) II,III dan IV
c) I,II dan IV
d) I,III dan IV
17. Pada 1hb Januari setiap tahun, gereja merayakan Hari Raya Santa Maria Bunda Allah selain itu gereja turut merayakan.......................
a) Hari Persahabatan Sedunia
b) Hari Ibu Sedunia
c) Hari Perdamaian Sedunia
d) Hari Kanak-kanak Sedunia
18. Bilakah gereja memperingati dan merayakan Hari Raya Santo Yusuf suami Bunda Maria?
a) 19hb Januari setiap tahun
b) 19hb Februari setiap tahun
c) 19hb Mac setiap tahun
d) 19hb April setiap tahun
19. Manakah antara sifat berikut yang dikaitakan dengan kebenaran menurut pemahaman Kristian?
I Kebaikan
II Ketulusan hati
III Kejujuran
IV Kebohongan
a) I,II dan III
b) II,III dan IV
c) I,II dan IV
d) I,III dan IV
20. Dalam peristiwa penciptaan dunia,bilakah Allah telah menciptakan manusia?
a) Pada hari keempat
b) Pada hari kelima
c) Pada hari keenam
d) Pada hari ketujuh
