WorksheetsI Can See Your Answer (Merdeka)
Total questions: 20
Worksheet time: 60secs
Negara kita Malaysia merdeka pada tahun __________.
1943
1957
1959
1969
Tahun 2021 merupakan tahun kemerdekaan negara Malaysia kali yang __________.
ke-56
ke-57
ke-64
ke-65
Salah seorang Perdana Menteri Malaysia digelar Bapa Kemerdekaan Malaysia. Siapakan beliau?
Tunku Abdul Rahman
Tun Abdul Razak
Tun Hussien Onn
Tun Mahathir Mohamad
Berapakah jalur putih dan merah bagi Jalur Gemilang?
16
15
14
13
Apakah kuasa luar yang mula-mula bertapak di Tanah Melayu?
Belanda
British
Portugis
Komunis
Jata Negara Malaysia merupakan lambang Persekutuan Tanah Melayu yang telah diperkenankan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952.
Lima bilah keris yang terdapat pada Jata Negara melambangkan ____________.
Perlembagaan
Keberanian Rakyat Persekutuan Tanah Melayu
Rukun Negara
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
Rukun Negara mempunyai lima teras. Apakah teras yang ketiga?
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Kesopanan dan Kesusilaan
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Apakah gelaran untuk Bendera Malaysia?
Harimau Malaya
Jalur Gemilang
Hariamau Selatan
Jalur Cemerlang
Apakah peristiwa penting yang berlaku pada 16 September 1963?
Pengisytiharaan Kemerdekaan
Penubuhan Malaysia
Perisytiharan Wawasan 2020
Pelancaran pembukaan KLCC
Siapakah yang mencipta Bendera Malaysia yang kemudiannya dikenali sebagai ‘Jalur Gemilang’?
Arshad Abdullah
Mohamed Hamzah
Hamzah Mohamed
Shuib Hamzah
Dimanakah peristiwa bersejarah ini telah dilaksanakan?
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Padang Merdeka, Kuala Lumpur
Stadium Shah Alam, Shah Alam
Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Apakah bunga kebangsaan Malaysia?
Bunga Ros
Bunga Pakma
Bunga Raya
Bunga Matahari
Apakah tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun 2025?
Sayangi Malaysiaku
Malaysia Madani
Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku
Malaysia Gemilang
Ketua Negara Malaysia ialah _____________.
Perdana Menteri
Majlis Raja-Raja Melayu
Kabinet Menteri
Yang di-Pertuan Agong
Apakah gelaran yang telah diberikan kepada Perdana Menteri Malaysia atas kejayaannya dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 yang bertujuan untuk mengatasi masalah dalam ekonomi dan sosial dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum?
Bapa Pembangunan Negara
Bapa Perpaduan Negara
Bapa Kemerdekaan
Bapa Transformasi Negara
Malaysia mempunyai _________ buah negeri dan __________
buah wilayah persekutuan.
13 ... 1
13 ... 3
14 ... 1
14 ... 3
Negeri apa yang mempunyai keluasan terbesar di Malaysia?
Negeri Pahang
Negeri Johor
Negeri Sabah
Negeri Sarawak
'Bapa Pemodenan' merupakan gelaran kepada mantan Perdana Menteri iaitu _________.
Tun Abdul Razak
Tun Hussien Onn
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Dato Seri Mohd Najib
Lagu 'Negaraku' berasal dari lagu Kebesaran Negeri Perak yang merupakan sebuah lagu popular suatu ketika dahulu dan digemari oleh Sultan Perak pada ketika itu.
Apakah nama tajuk lagu tersebut?
Negara
Nyiur Melambai
Dirgahayu Tanah Airku
Terang Bulan
Lima kelopak Bunga Raya melambangkan _______________.
Rukun Iman
Lima Pahlawan Bersaudara
Prinsip Rukun Negara
Warna Jalur Gemilang
