Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KEKELUARGAAN PJPK TING 1

Total questions: 24

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Antara faedah perkahwinan ialah:

a)

Dapat membentuk sebuah institusi perkahwinan

b)

Menggalakkan keruntuhan akhlak

c)

Memporak perandakan keluarga

d)

Membentuk masyarakat yang kucar kacir

2.

Apakah ciri-ciri keluarga nukleus?

a)

Terdiri daripada ibu bapa, anak kandung atau anak angkat dan tinggal serumah

b)

Terdiri daripada atuk nenek , bapa saudara dan mak saudara yang tinggal serumah

c)

Terdiri daripada jiran yang tinggal bersebelahan rumah

d)

Terdiri daripada sepupu yang menumpang sekejap di rumah

3.

Keluarga tunggal terjadi jika ibu atau bapa tidak tinggal bersama akibat daripada penceraian atau kematian. Betu atau salah?

a)

Betul

b)

Salah

c)

Tidak pasti

d)

Mungkin

4.

Apakah yang dikatakan sebagai keluarga kembangan?

a)

Ibu atau bapa tidak tinggal bersama dalam satu rumah

b)

Hanya teridiri daripada ibu, bapa dan anak sahaja yang tinggal serumah

c)

Beberapa keluarga nukleus yang tinggal serumah

d)

Anak tinggal bersama kawan-kawannya

5.

Maksud perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab ataupun satu ikatan sah yang menghalalkan persetubuhan dengan sebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya.


Benar atau Salah?

a)

Benar

b)

Salah

6.

Apakah tujuan Perkahwinan?

a)

Membentuk keluarga baharu dalam masyarakat

b)

Ikatan yang sah

c)

Menyambung zuriat

d)

Mengawal nafsu

7.

Di bawah adalah maksud keluarga KECUALI

a)

Hubungan yang menghalalkan antara lelaki dan perempuan.

b)

ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau penjagaan di mana setiap anggotanya tinggal di suatu tempat di bawah satu bumbung dalam keadaan saling bergantungan.

c)

ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat.

8.

TIGA jenis keluarga iaitu

a)

Keluarga Nukleus

b)

Keluarga Atom

c)

Keluarga Tunggal

d)

Keluarga kembangan

9.

Apakah maksud Keluarga Nukleus?

a)

Ibu atau bapa tidak tinggal bersama atau sebumbung akibat daripada penceraian atau kematian.

b)

terdiri daripada keluarga asas, datuk, nenek, ibu saudara, sepupu dan ipar duai.

c)

Merupakan keluarga yang terdiri daripada bapa, ibu, dan anak kandung atau anak angkat sahaja yang tinggal serumah.

10.

Apakah maksud Keluarga Tunggal?

a)

Merupakan keluarga yang terdiri daripada bapa, ibu, dan anak sahaja.

b)

Keluarga yang mempunyai salah seorang sama ada ibu atau bapa serta anak. Hal ini mungkin disebabkan penceraian atau pun kematian.

c)

Merupakan keluarga yang terdiri daripada beberapa generasi contohnya datuk, saudara mara serta sepupu turut tinggal bersama.

11.

Apakah maksud Keluarga Kembangan?

a)

terdiri daripada keluarga asas, datuk, nenek, ibu saudara, sepupu dan ipar duai.

b)

Keluarga yang mempunyai salah seorang sama ada ibu atau bapa serta anak. Hal ini mungkin disebabkan penceraian atau pun kematian.

c)

Merupakan keluarga yang hanya terdiri daripada bapa dan ibu sahaja dan tidak mempunyai anak.

12.

Gambar di atas adalah contoh salasilah keluarga:

a)

Nukleus

b)

Tunggal

c)

Kembangan

13.

Gambar di atas merupakan contoh salasilah keluarga:

a)

Nukleus

b)

Tunggal

c)

Kembangan

14.

Apakah tanggungjawab seorang AYAH?

a)

Mencari nafkah dan menyediakan keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal.

b)

Memberi perlindungan

c)

Memberi pendidikan

d)

Menunjukkan contoh sifat yang tidak baik kepada anak-anak.

15.

Tanggungjawab ibu ialah :

a)

Memberi tekanan kepada anak-anak.

b)

Menjaga kebajikan keluarga seperti menyediakan makanan, mengemas rumah dan memberi kasih sayang.

c)

Memberi pendidikan dan pengetahuan

d)

Membantu ayah menguruskan rumah tangga.

16.

Tanggungjawab anak KECUALI

a)

Mematuhi segala arahan dan perintah ibu bapa

b)

Menghormati dan menghargai ibu bapa

c)

Belajar bersungguh-sungguh dan membalas jasa ibu bapa.

d)

Bercakap dengan meninggikan nada suara dengan ibu bapa

17.

Jika kita tidak mengamalkan tingkah laku sopan dalam keluarga, kita akan :

a)

dibenci oleh keluarga;

b)

dipulaukan ahli keluarga

c)

mengelakkan pertelingkahan di dalam keluarga

d)

tidak mendapat kasih sayang daripada ahli keluarga.

18.

Kita seharusnya mengamalkan tingkah laku sopan dalam keluarga kerana :

a)

dipulaukan ahli keluarga

b)

dapat mewujudkan suasana keluarga yang harmoni

c)

mewujudkan budaya hormat-menghormati di dalam keluarga

d)

disayangi oleh semua ahli keluarga

19.

Sifat-sifat yang perlu ada pada diri seorang ANAK:

a)

Melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak.

b)

Suka mencari kesalahan orang lain.

c)

Penyayang

d)

Utamakan keluarga daripada orang lain.

20.

Apakah tujuan Perkahwinan?

a)

Membentuk keluarga baharu dalam masyarakat

b)

Ikatan yang sah

c)

Menyambung zuriat

d)

Mengawal nafsu

21.

Apakah maksud perkahwinan

a)

Satu ikatan sah yang menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan

b)

Perhubungan antara lelaki dan perempuan

c)

Membolehkan lelaki dan perempuan duduk serumah

d)

Membentuk sebuah keluarga

22.

Keluarga yang terdiri daripada beberapa keluarga nukleus yang tinggal serumah

a)

keluarga tunggal

b)

keluarga nukleus

c)

keluarga kembangan

23.

Keluarga yang terdiri daripada ibu, bapa dan seorang anak (anak kandung atau anak angkat)

a)

keluarga tunggal

b)

keluarga nukleus

c)

keluarga kembangan

24.

Namakan jenis keluarga ini


Disebabkan masalah kewangan yang teruk semasa PKP yang lalu, Encik Rahmat membawa isteri dan anaknya tinggal bersama orang tuanya di kampung.

a)

keluarga tunggal

b)

keluarga nukleus

c)

keluarga kembangan