Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji SVM Sem 1 (Langkah Keselamatan di dalam Makmal)

Total questions: 10

Worksheet time: 34mins

Name
Class
Date
1.

Rajah menunjukkan sejenis peralatan perlindungan yang digunakan di dalam makmal.

Apakah fungsi peralatan itu?

a)

Digunakan untuk menjalankan eksperimen yang menggunakan bahan mudah meruap

b)

Digunakan semasa menjalankan eksperimen mikrobiologi bagi mengelakkan kontaminasi

c)

Digunakan untuk menjalankan eksperimen yag menggunakan bahan mudah terbakar

d)

Digunakan untuk meletakkan bahan-bahan kimia yang mudah meletup di dalam makmal

2.

Antara bahan berikut, yang manakah boleh dibuang ke dalam singki makmal?

a)

Minyak

b)

Asid sulfurik 3M

c)

Larutan serbuk penaik

d)

Butiran natrium

3.

Apakah nilai pH bagi bahan yang boleh dibuang ke dalam singki makmal?

a)

7 sahaja

b)

Kurang daripada 5

c)

Lebih daripada 9

d)

Antara 5 dan 9

4.

Maklumat berikut menunjukkan satu kaedah pengurusan sisa biologi di dalam makmal.


- Bungkus dan masukkan ke dalam beg plastik biobahaya.

- Diautoklaf dan dimasukkan ke dalam tong biobahaya.


Antara berikut, yang manakah perlu diproses melalui kaedah ini setelah menggunakannya?

a)

Bilah skalpel

b)

Darah

c)

Haiwan makmal

d)

Sarung makmal

5.

Antara bahan berikut, yang manakah sekiranya tertumpah di dalam makmal sains memerlukan bantuan daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk tindakan seterusnya?

a)

Gris

b)

Merkuri

c)

Petrol

d)

Iodin

6.

Rajah menunjukkan pakaian seorang lelaki yang terbakar.

Antara pemadam kebakaran berikut, yang manakah paling sesuai digunakan untuk memadamkan api dalam situasi ini?

a)

Air

b)

Buih

c)

Karbon dioksida

d)

Selimut api

7.

Apakah bahan yang digunakan untuk membuat selimut api?

a)

Kain gentian nilon

b)

Kain sutera

c)

Kain poliester

d)

Kain gentian kaca

8.

Rajah menunjukkan sejenis alat dalam makmal sains.

Antara yang berikut, manakah merupakan kegunaan alat itu?

a)

Untuk membersihkan bahagian badan yang terkena bahan kimia dengan segera

b)

Untuk membilas tangan selepas menjalankan uji kaji semasa putus bekalan air di dalam makmal

c)

Untuk mencuci radas makmal

d)

Untuk mensterilkan bahan uji kali yang tercemar

9.

Maklumat berikut menunjukkan kaedah menggunakan alat pemadam kebakaran.


K: Tekan pemicit alat pemadam kebakaran

L: Tanggalkan pin keselamatan

M: Ratakan semburan ke seluruh sumber api

N: Halakan muncung ke pangkal api


Antara yang berikut, susunan manakah yang betul untuk menggunakan alat pemadam kebakaran?

a)

K → L → M → NK\ \rightarrow\ L\ \rightarrow\ M\ \rightarrow\ N

b)

L → N → K → ML\ \rightarrow\ N\ \rightarrow\ K\ \rightarrow\ M

c)

L → K → N → ML\ \rightarrow\ K\ \rightarrow\ N\ \rightarrow\ M

d)

N → M → L → KN\ \rightarrow\ M\ \rightarrow\ L\ \rightarrow\ K

10.

Antara berikut, yang manakah benar tentang panduan keselamatan kebakaran?

a)

Letakkan perkakas elektrik yang menghasilkan haba dekat dengan peralatan mudah terbakar

b)

Gunakan mentol yang mempunyai watt yang lebih besar

c)

Caskan telefon bimbit di atas tilam

d)

Pasangkan alat pengesan asap