Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Sejarah Program Merdeka Malaysia KT6KK 2021

Total questions: 30

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah Bapa Kemerdekaan Negara Malaysia.

a)

Tun Dr Mahathir

b)

Tunku Abdul Rahman

c)

Tun Hussein Onn

d)

Tun Abdul Razak

2.

Apakah suruhanjaya yang ditubuhkan bagi meninjau reaksi penduduk di Sabah dan Sarawak terhadap pembentukan Malaysia?

a)

Suruhanjaya Cobbold

b)

Suruhanjaya Ried

c)

Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)

d)

Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM)

3.

Siapakah tokoh terawal yang mengemukakan idea pembentukan Malaysia?

a)

Sir Malcolm Mac Donald

b)

Sir Gerald Templer

c)

Sir Geofroy Tory

d)

Lord Brassey

4.

Namakan dua negara yang menentang pembentukan Malaysia.

a)

Singapura dan Brunei

b)

Indonesia dan Filipina

c)

Indonesia dan Brunei

d)

Filipina dan Singapura

5.

Mengapakah A.M. Azahari menentang cadangan pembentukan Malaysia

a)

Ingin membentuk Kalimantan Utara dengan menggabungkan Brunei, Sarawak dan Sabah.

b)

Ingin menuntut wilayah Sabah

c)

Menganggap pembentukan Malaysia sebagai penjajahan baharu

d)

Menganggap Sabah dan Sarawak adalah sebahagian daripada wilayah Brunei

6.

Jata Negara Malaysia yang merupakan lambang Persekutuan Tanah Melayu yang telah diperkenankan dan diwartakan oleh Raja-raja Melayu pada 30 Mei 1952. Lima bilah keris yang terdapat pada Jata Negara melambangkan?

a)

Perlembagaan

b)

Rukun Negara

c)

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

d)

Keberanian Rakyat Persekutuan Tanah Melayu

7.

Bilakah pengisytiharan rasmi Rukun Negara?

a)

31 Ogos 1969

b)

31 Ogos 1970

c)

13 Mei 1963

d)

16 september 1963

8.

Apakah peristiwa penting yang berlaku pada 16 september 1963?

a)

Pengisytiharan Kemerdekaan

b)

Penubuhan Malaysia

c)

Penubuhan Suruhajaya Cobbold

d)

Penurunan bendera Union Jack

9.

Bilakah Pilihanraya Persekutuan pertama diadakan?

a)

25 Oktober 1957

b)

1 September 1958

c)

12 Julai 1963

d)

27 Julai 1955

10.

Lagu ‘Negaraku’ berasal dari lagu kebesaran negeri Perak yang merupakan sebuah lagu popular suatu ketika dahulu dan digemari oleh Sultan Perak ketika itu. Apakah nama tajuk lagu tersebut?

a)

Negara

b)

Nyiur Melambai

c)

Terang bulan

d)

Dirgahayu Tanah Airku

11.

Dokumen pengisytiharan kemerdekaan 31 Ogos 1957 telah ditulis dalam versi bahasa..

a)

Bahasa Melayu

b)

Bahasa Inggeris

c)

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

d)

Bahasa Melayu dan Bahasa Cina

12.

Apakah maksud “KONFRONTASI “ atau “GANYANG MALAYSIA” bagi Presiden Soekarno terhadap penentangan Indonesia terhadap penubuhan Malaysia.

a)

Penentangan terhadap Malaysia

b)

Tidak setuju pembentukan Malaysia

c)

Bersetuju Pembentukan Malaysia

d)

“Meratah Malaysia secara mentah-mentah

13.

Apakah jawatan Dato Abdul Razak bin Dato Hussein semasa menjadi wakil Parti Perikatan dalam rombongan kemerdekaan 1956 ke London ?

a)

Menteri Pelajaran

b)

Perdana Menteri

c)

Menteri Pengangkutan

d)

Setiausaha Parti Perikatan

14.

Bilakah Perjanjian Pembentukan Malaysia di tandatangani di London ?

a)

7 Jun 1963

b)

8 Mac 1963

c)

13 Mac 1963

d)

9 Julai 1963

15.

Mengapakah Pembentukan Malaysia 31 Ogos 1963 terpaksa ditunda pada 16 Sept 1963 ?

a)

Kegagalan Punggutan suara oleh kerajaan Malaysia

b)

Kegagalan Suruhanjaya PBB menyiapkan laporan punggutan suara rakyat Sabah dan Sarawak

c)

Kegagalan Suruhanjaya PBB memaksa rakyat Sabah dan Sarawak

d)

Kerana penentangan daripada Indonesia.

16.

Senarai berikut merujuk kepada tokoh kemerdekaan

· Tun H.S.Lee

· Tun Abdul Razak

· Tun V. T. Sambanthan

Apakah pengajaran yang boleh diambil hasil perjuangan ketiga-tiga tokoh di atas?

a)

Perundingan

b)

provokasi

c)

penyatuan Idea

d)

Pendekatan radikal

17.

Apakah tujuan pembentukan Suruhanjaya Reid?

a)

Merangka perlembagaan baru menggantikan Malayan Union

b)

Merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka 1957

c)

Menggubal perlembagaan baru bagi memantapkan perlembagaan persekutuan Tanah Melayu 1948

d)

Mencadangkan beberapa perkara untuk dimasukkan ke dalam perlembagaan Tanah Melayu yang merdeka.

18.

Perkara di bawah menunjukkan hasil laporan reaksi rakyat Sabah dan Sarawak berkaitan isu pembentukan Malaysia.

- 1/3 menyokong tanpa syarat

- 1/3 menyokong dengan syarat

- 1/3 menuntut kemerdekaan dahulu


Apakah yang mengurus hasil laporan tersebut?

a)

Suruhanjaya Reid

b)

Suruhanjaya Cobbold

c)

Jawatankuasa Antara Kaum

d)

Jawatankuasa Perunding Antara Kaum

19.

Tokoh berikut telah memberi sumbangan besar terhadap sejarah perkembangan Negara kita.

· Lord Brassey

· Sir Malcolm MacDonald

· Dato’ Onn Ja’afar


Apakah sumbangan ketiga-tiga tokoh di atas?

a)

Penggubalan Perlembagaan Persekutuan

b)

Pembubaran Malayan Union

c)

Pengenalan Sistem Ahli

d)

Pembentukan Malaysia

20.

Donald Aloysius Marmaduke Stephens merupakan seorang tokoh yang terlibat dalam pembentukan Malaysia. Asal tokoh ini ialah dari?

a)

Sarawak

b)

Sabah

c)

Brunei

d)

Kalimantan Barat

21.

Bendera British telah diturunkan jam 12 malam pada 31 Ogos 1957. Di manakah peristiwa penurunan bendera tersebut berlaku?

a)

Dataran merdeka

b)

Stadium Merdeka

c)

Stadium Bukit Jalil

d)

TasikTitiwangsa

22.

Berapa kali Tunku Abdul Rahman melaungkan “ Merdeka” pada pagi 31 Ogos 1957?

a)

3 kali

b)

5 kali

c)

7 kali

d)

21 kali

23.

Siapakah yang mencipta bendera Malaysia yang kemudiannya dikenali sebagai” Jalur Gemilang “?

a)

Hamzah Mohamed

b)

Mohamed bin Hamzah

c)

Arshad Abdullah

d)

Shuib Hamzah

24.

Bilakah Sabah dan Sarawak menyertai Tanah Melayu untuk membentuk negara Malaysia?

a)

31 Ogos 1957

b)

31 Ogos 1975

c)

16 September 1957

d)

16 september 1963

25.

Reka bentuk bendera Malaysia mempunyai jalur berwarna?

a)

Merah - biru

b)

Merah- kuning

c)

Merah- putih

d)

Merah - hitam

26.

Salah satu faktor sebab penubuhan Malaysia adalah untuk menyekat pengaruh Komunis.

a)

Benar

b)

Salah

27.

Salah seorang tokoh politik dari USNO yang terkenal pada masa pembentukan Malaysia adalah Tun Datu Mustapa Bin Datu Harun.

a)

Benar

b)

salah

28.

Berikut merupakan sebab pembentukan Malaysia, kecuali?

a)

Memajukan Sosio ekonomi

b)

Mencapai keseimbangan kaum

c)

Manjamin keselamatan negara

d)

Mencapai kemerdekaan

29.

Malaysia merupakan negara yang mengamalkan sistem?

a)

Demokrasi

b)

Konfederasi

c)

Persekutuan

d)

campuran

30.

Hasrat pembentukan Malaysia dinyatakan oleh Tunku Abdul Rahman di majlis Persatuan Wartawan Luar Asia Tenggara di ........

a)

Kuala Lumpur

b)

Singapura

c)

Johor Bahru

d)

London