wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ SEJARAH TING 3 BAB 7

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

1. Apakah sebab penentangan Dol Said di Naning?

a)

British mengenakan 1/10 cukai terhadap Naning

b)

British membina kubu di Naning

c)

British mewujudkan pentadbiran baru

2.

Tokoh berikut mengetuai gerakan penentangan di negara kita .

Gerakan penentangan tersebut berlaku di ______________

a)

Perak

b)

Pahang

c)

Kelantan

d)

Terengganu

3.

Tokoh-tokoh berikut terlibat dalam satu rundingan di Sabah.

  • Mat Salleh
  • William Cowie


Apakah hasil rundingan yang telah dicapai?

a)

Mat Salleh dibenarkan mentadbir Tambunan

b)

Tambunan diserahkan kepada SBUB

c)

Beaufort diserahkan kepada SUB

d)

Mat Salleh dibenarkan mentadbir Beaufort

4.

Apakah faktor yang membawa kepada kegagalan British untuk menguasai kubu di Bukit Putus ,Negeri Sembilan?

a)

Senjata yang moden

b)

Kedudukan yang tinggi

c)

Bantuan daripada Johor

d)

Menggunakan kayu belian

5.

Apakah faktor yang membawa kepada penentangan Rentap terhadap Brooke di Sarawak?

a)

Perlucutan jawatan

b)

Penghapusan petempatan

c)

Pelaksanaan sistem cukai

d)

Pembinaan balai polis

6.

Sekiranya anda adalah rakyat Terengganu, apakah dokumen yang diperlukan untuk mengambil hasil hutan dan membuka tanah?

a)

Surat Rujukan

b)

Surat Pajakan

c)

Surat Kelulusan

d)

Surat Kebenaran

7.

Apakah kesan pembatalan pajakan pungutan cukai dan larangan mengutip cukai oleh J.W.W. Birch terhadap pembesar di Perak?

a)

Pembesar kehilangan kuasa

b)

Pendapatan pembesar terjejas

c)

Pembesar dilucutkan jawatan

d)

Pembesar kehilangan kawasan taklukan.

8.

British telah memperkenalkan sistem pentadbiran Barat di Negeri-negeri Melayu.

Apakah kesan daripada pengenalan tersebut terhadap Negeri-negeri Melayu?

a)

Pengukuhan kuasa pembesar

b)

Ekonomi negara terancam

c)

Kedudukan sultan tergugat

d)

Peningkatan taraf hidup rakyat

9.

Sistem pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB) menyebabkan hak kehidupan orang Murut terjejas. Apakah buktinya?

a)

Dilarang memburu binatang liar

b)

Dilarang melakukan pertanian pindah

c)

Dilarang menetap di sempadan negeri

d)

Dilarang membuka tanah baharu untuk petempatan

10.

Sultan, pembesar Perak telah bersumpah untuk merahsiakan pakatan sulit.

Bagaimanakah mereka mengikat taat setia merahsiakan pakatan sulit tersebut?

a)

Menepuk bahu kiri

b)

Meminum air keris

c)

Memakai baju putih

d)

Memakan sirih pinang

11.

Apakah faktor Yamtuan Antah gagal dalam penentangan terhadap British di Negeri Sembilan?

I Kehabisan peluru

II Kekurangan ubat bedil

III Kehabisan makanan

IV Kerosakan Meriam tembaga

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Haji Abdul Rahman Limbong dijatuhi hukuman buang negeri ke Makkah?

Apakah kesalahan beliau?

a)

Membunuh Residen

b)

Menyeludup senjata

c)

Menghasut penduduk

d)

Mencetuskan serangan

13.

Bagaimanakan usaha British untuk mengalahkan penentangan Tok Janggut di Kelantan?

a)

Meminta bantuan Belanda

b)

Membina kubu pertahanan

c)

Mengunakan nama Sultan

d)

Membakar kampung penduduk

14.

Antara berikut, yang manakah strategi British untuk menggagalkan tentangan masyarakat tempatan di Tanah Melayu?

I. Memberi rasuah

II. Menangkap pembesar

III. Mengunakan istana

IV. Memecah belahkan pakatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Mengapakah pertahanan Rentap di Bukit Sadok sukar ditembusi oleh tentera James Brooke?

a)

Menggunakan senjata moden

b)

Kubunya terletak di puncak Bukit

c)

Terdapat halangan daripada kayu belian

d)

Memiliki bilangan tentera yang ramai

16.

Apakah tindakan British untuk mendapatkan sokongan Raja-raja Melayu?

a)

Memperkenalkan Durbar

b)

Memberi elaun dan pampasan

c)

Melantik sebagai penasihat Residen

d)

Mengiktiraf sebagai ketua pentadbiran negeri

17.

Berikut menunjukkan tokoh-tokoh yang berjuang menentang British.

• Mat Salleh

• Mat Sator

Apakah strategi yang digunakan kedua-dua tokoh tersebut untuk menentang British?

a)

Berunding

b)

Pembinaan kubu pertahanan

c)

Mencabar perjanjian

d)

Menggunakan sistem perundangan

18.

Berikut merupakan jawatan baharu yang diwujudkan oleh British.

PEGAWAI MAJISTRET DAN PEMUNGUT HASIL

Apakah kesan akibat kewujudan jawatan tersebut?

a)

Kehidupan rakyat semakin ditindas

b)

Perkenalan cukai baharu yang banyak

c)

Urusan pembayaran cukai menjadi lebih mudah

d)

Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan punca pendapatan

19.

Rentap merupakan pemimpin orang Iban yang di gelar Raja Ulu dan Raja Darat. Mengapakah Rentap menentang James Brooke di Sarawak?

a)

Hak memungut cukai dipertikaikan

b)

James Brooke menuduh Rentap adalah lanun dan ingin menghapuskan petempatan orang Iban

c)

Tindakan SBUB menyebabkan pembesar tempatan hilang jawatan

d)

Sarikei diletakkan dibawah pentadbiran Brooke

20.

Apakah peristiwa yang menyebabkan Dato Maharaja Lela dihukum gantung semasa menentang pihak British?

a)

pembunuhan James Brooke

b)

pembunuhan Rentap

c)

pembunuhan J.W.W. Birch

d)

pembunuhan R.C Woods