wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI GEOGRAFI TINGKATAN 3

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Dalam kaedah pengumpulan maklumat, jika seseorang mendapatkan maklumat secara lisan atau soal jawab, apakah kaedah yang telah digunakan?

a)

Kaedah pemerhatian

b)

Kaedah temu bual

c)

Soal selidik

d)

Rujukan

2.

Berdasarkan gambar, apakah jenis graf yang dipaparkan?

a)

Graf bar

b)

Graf garisan

c)

Carta pai

d)

Garf gabungan

3.

Jika anda ingin membina graf, apakah DUA perkara yang perlu ada dalam graf anda tersebut?

a)

Tajuk

b)

Petunjuk

c)

Lakaran

d)

Skala lurus

4.

Garaf gabungan dibina dengan menggabungkan dua jenis graf. Apakah DUA graf tersebut?

a)

Graf bar

b)

Jadual

c)

Carta pai

d)

Graf garisan

5.

Antara berikut, elemen manakah yang menentukan saiz komponen dalam carta pai?

a)

Tahun

b)

Jumlah

c)

Peratus

d)

Saiz sudut sektor

6.

Bagaimana susunan setiap komponen dalam carta pai disusun?

a)

Disusun secara rawak

b)

Disusun dari jumlah paling besar kepada paling kecil

c)

Disusun dari jumlah paling kecil kepada paling besar

d)

Disusun ikut keutamaan

7.

Apakah alat yang digunakan untuk membuat bulatan carta pai?

a)

Pembaris

b)

Jangka lukis

c)

Jangka sudut

d)

Kompas

8.

Berdasarkan carta pai, negara manakah mewakili jumlah terbesar?

a)

Jepun

b)

Thailand

c)

Australia

d)

Amerika Syarikat

9.

Antara berikut, manakah DUA faktor fizikal yang mempengaruhi kepelbagaian tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar?

a)

Petempatan

b)

Iklim

c)

Tanih

d)

Teknologi

10.

Tanih permafrost merupakan tanih beku disebabkan suhu yang sejuk melampau. Di kawasan manakah tanih ini boleh didapati?

a)

Gurun panas

b)

Hutan Hujan Tropika

c)

Hutan Tundra

d)

Hutan Mediterranean

11.

Di kawasan iklim manakah haiwan dalam gambar boleh dilihat?

a)

Iklim Siberia

b)

Iklim Mediterranean

c)

Iklim Monsun Tropika

d)

Iklim Gurun Panas

12.

Pokok seperti dalam gambar tumbuh di kawasan iklim Laurentia. Apakah nama tumbuhan tersebut?

a)

Pokok fir

b)

Pokok maple

c)

Pokok beech

d)

Pokok yellow birch

13.

Hutan Hujan Tropika mempunyai satu lapisan yang melindung cahaya matahari daripada menembusi lantai hutan. Apakah lapisan yang dimaksudkan

a)

Lantai hutan

b)

Lapisan tengah

c)

Lapisan kanopi

d)

Lapisan renjong

14.

Berdasarkan gambar, di hutan manakah tumbuhan tersebut dapat dijumpai?

a)

Hutan paya

b)

Hutan gunung

c)

Hutan Hujan Tropika

d)

Hutan konifer

15.

Antara berikut, apakah DUA kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia?

a)

Kawasan petempatan utama

b)

Sumber pembalakan haram

c)

Habitat hidupan liar

d)

Sumber perubatan

16.

Antara berikut, manakah kesan negatif aktiviti manusia terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia?

a)

Keseimbangan ekosistem

b)

Tanah hutan bertambah subur

c)

Bekalan air meningkat

d)

Kepupusan flora dan fauna

17.

Antara berikut, apakah DUA kepentingan hidupan liar di Malaysia?

a)

Ekopelancongan

b)

Keseimbangan ekosistem

c)

Sumber makanan eksotik

d)

Bahan mentah industri pakaian

18.

Kegiatan manusia manakah antara berikut yang mengancam hidupan liar di Malaysia?

a)

Pendidikan

b)

Pembalakan

c)

Pelancongan

d)

Pelebaran sungai

19.

Kempen ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepupusan haiwan seperti penyu dan harimau. Apakah kempen yang dimaksudkan?

a)

Kempen Save The Day

b)

Kempen We Huq Tapir 2018

c)

Hari Tenggiling Sedunia

d)

Kempen Kurangkn penggunaan Beg Plastik

20.

Berdasarkan pengetahuan anda, di manakah aktiviti di dalam gambar dapat dilakukan?

a)

Sepilok, Sabah

b)

Segari, Perak

c)

Kuala Gandah, Pahang

d)

Rantau Abang, Terengganu

21.

Antara berikut, manakah BUKAN tergolong dalam kelompok sumber boleh baharu?

a)

Air

b)

Tanih

c)

Emas

d)

Suria

22.

Pilih DUA contoh sumber mineral logam.

a)

Kaolin

b)

Petroleuam

c)

Kuprum

d)

Bijih timah

23.

Antara empangan berikut, empangan hidroelektrik manakah yang terbesar di Malaysia?

a)

Empangan Bersia, Perak

b)

Empangan Kenyir, Terengganu

c)

Empangan Bakun, Sarawak

d)

Empangan Tenom Pangi, Sabah

24.

Antara negeri berikut, pilih DUA negeri yang terdapat sumber mineral petroleum di Malaysia.

a)

Terengganu

b)

Selangor

c)

Negeri Sembilan

d)

Sarawak

25.

Apakah kepentingan sumber semula jadi dalam pembangunan ekonomi di Malasyia?

a)

Mengurangkan pekerjaan

b)

Mencemarkan sumber air

c)

Memusnahkan sumber hutan

d)

Sumber bahan mentah

26.

Antara berikut, manakah tergolong dalam sektor sekunder?

a)

Kewangan

b)

Perindustrian

c)

Pembalakan

d)

Perlombongan

27.

Apakah bidang pekerjaan yang ditunjukkan di dalam gambar?

a)

Pertanian

b)

Pembinaan

c)

Pendidikan

d)

Pengangkutan

28.

Berdasarkan gambar, apakah industri yang dapat dikaitkan?

a)

Elektronik

b)

Automotif

c)

Pelancongan

d)

Pengangkutan

29.

Antara berikut, pilih DUA faktor manusia yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di Malaysia.

a)

Bahan mentah

b)

Teknologi

c)

Dasar kerajaan

d)

Bentuk muka bumi

30.

Manakah antara berikut merupakan kepentingan kegiatan ekonomi di Malaysia?

a)

Meningkatkan import

b)

Mewujudkan pekerjaan

c)

Infrastruktur ketinggalan

d)

Merendahkan taraf hidup

31.

Mengapakah tumbuhan seperti dalam gambar dapat hidup di kawasan Gurun Panas?

a)

Akar panjang

b)

Berdaun lebar

c)

Tahan cuaca

d)

Berduri halus

32.

Hidupan liar di kawasan ini sangat aktif pada musim panas kerana mencari makanan manakala pada musim sejuk akan berpindah ke kawasan yang lebih panas.

Maklumat ini dapat dikaitkan dengan kawasan

a)

Gurun Panas

b)

Hutan Konifer

c)

Hutan monsun Tropika

d)

Hutan Daun Luruh Sederhana

33.

Pokok di kawasan ini mempunyai daun yang nipis dan lembut serta batangnya mempunyai kulit tebal untuk mengurangkan transpirasi semasa musim sejuk.

Maklumat ini merujuk kawasan

a)

Gurun Panas

b)

Hutan Konifer

c)

Hutan Monsun Tropika

d)

Hutan Daun Sederhana Luruh

34.

Di kawasan Gurun Panas, apakah haiwan yang dijadikan pengangkutan sebagai daya penarik pelancong?

a)

Moose

b)

Beaver

c)

Gajah

d)

Unta

35.

Pokok ini digunakan dalam perubatan untuk menyembuhkan masalah cirit-birit, sakit tekak dan luka.

Apakah pokok yang dimaksudkan?

a)

Pokok oak

b)

Pokok pain

c)

Pokok kaktus

d)

Pokok prickly pear

36.

Antara berikut, padanan manakah SALAH berkaitan sumber tenaga dan negara?

a)

Petroleum - Arab Saudi

b)

Arang batu - Rusia

c)

Geoterma - India

d)

Angin - Belanda

37.

Apakah kesan krisis sumber semula jadi terhadap alam sekitar?

a)

Kebuluran meningkat

b)

Kemerosotan kualiti alam sekitar

c)

Sumber semula jadi bertambah

d)

Berlaku konflik politik antarabangsa

38.

IMT-GT melibatkan kerjasama ekonomi antara Malaysia, Indonesia dan

a)

Thailand

b)

Singapura

c)

Filipina

d)

Viernam

39.

Antara berikut, apakah kepentingan kerjasama ekonomi antarabangsa kepada negara Malaysia?

a)

Tiada pelaburan masuk

b)

Mengurangkan eksport

c)

Pemindahan teknologi

d)

Hubungan perdagangan berkurang

40.

Apakah nama institusi yang menjalankan penyelidikan perhutanan di Malaysia?

a)

FRIM

b)

MARDI

c)

MPOB

d)

FELDA