wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

HABA

Total questions: 19

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Kedudukan meniskus yang manakah betul semasa mengambil bacaan suhu dengan menggunakan termometer makmal bercecair merkuri?

a)
b)
c)
d)
2.

Termometer yang manakah digunakan untuk mengukur suhu air?

a)
b)
c)
d)
3.

Rajah menunjukkan pemerhatian dalam satu penyiasatan yang dijalankan. Apakah inferens berdasarkan pemerhatian ini?

a)

Belon mengembang kerana panas.

b)

Belon bersifat kenyal.

c)

Udara dalam botol mengembang apabila menerima haba.

d)

Udara dalam botol bertambah apabila menerima haba.

4.

Rajah menunjukkan bebola logam tidak dapat melalui gelang logam. Apakah yang perlu dilakukan supaya bebola logam boleh melalui gelang logam itu?

a)

Panaskan bebola logam.

b)

Rendam bebola logam dalam air.

c)

Panaskan bebola dan gelang logam.

d)

Rendam gelang logam dalam air

5.

Jadual menunjukkan perubahan suhu air dengan masa. Antara pernyataan berikut, yang manakah menjelaskan maklumat dalam jadual?

a)

Kuantiti air dalam haba meningkat.

b)

Kuantiti haba dalam air tidak berubah.

c)

Air menerima haba dan menjadi semakin panas.

d)

Air kehilangan haba dan menjadi semakin panas.

6.

Rajah menunjukkan bacaan suhu air dalam satu penyiasatan. Berapakah bacaan suhu air pada rajah?

a)

86℃

b)

87℃

c)

88℃

d)

89℃

7.

Rajah menunjukkan sebuah landasan keretapi. Apakah yang perlu dilakukan supaya landasan itu tidak membengkok pada hari panas?

a)

Tambahkan ruang antara kepingan besi landasan keretapi.

b)

Kurangkan ruang antara kepingan besi landasan keretapi.

c)

Gantikan kepingan besi landasan keretapi dengan kayu.

d)

Bina landasan keretapi yang lurus.

8.

Rajah menunjukkan satu penyiasatan. Apakah yang terjadi jika botol di dalam air panas dipindahkan ke bekas yang mengandungi air sejuk?

a)

Belon terus mengembang.

b)

Belon menjadi semakin kecil

c)

Belon akan meletup

d)

Saiz belon tidak berubah..

9.

Rajah menunjukkan dua biji gelas P dan Q yang sukar dipisahkan. Apakah cara yang patut dilakukan untuk memisahkan gelas itu?

a)

Rendam gelas P dalam air panas.

b)

Rendam gelas Q dalam air panas.

c)

Rendam gelas P dalam air yang mengandungi ais.

d)

Rendam kedua-dua gelas dalam air panas.

10.

Antara situasi berikut, yang manakah mengaplikasikan prinsip pengecutan bahan?

a)

Penutup balang kaca dapat dibuka selepas direndam dalam air panas

b)

Bola pingpong yang kemik menjadi bulat semula selepas direndam dalam air panas

c)

Wayar kabel elektrik menjadi tegang pada waktu malam

d)

Ruang di antara landasan keretapi menjadi kecil pada waktu panas

11.

Bacaan termometer dalam rajah meningkat. Apakah inferens yang sesuai?

a)

Merkuri dalam bebuli termometer mengembang apabila menerima haba.

b)

Merkuri dalam bebuli termometer mengecut apabila menerima haba.

c)

Isipadu merkuri dalam bebuli termometer bertambah.

d)

Air dalam bikar mengembang apabila dipanaskan.

12.

Rajah menunjukkan sekeping logam P yang panas dimasukkan ke dalam air yang sejuk. Antara berikut, yang manakah benar?

a)

Logam P menyerap haba dari air.

b)

Logam P membebaskan haba ke dalam air sejuk.

c)

Logam bertambah panas

d)

Suhu air menurun.

13.

Rajah menunjukkan gelas A dan B yang sukar dipisahkan. Ahmad meletakkan beberapa ketul ais ke dalam gelas A dan dapat memisahkan kedua-dua gelas selepas beberapa minit. Apakah inferens yang menjelaskan situasi ini?

a)

Gelas A mengecut apabila disejukkan dengan ais.

b)

Gelas A mengembang apabila disejukkan dengan ais.

c)

Kedua-dua gelas A dan B mengecut.

d)

Kedua-dua gelas A dan b mengembang.

14.

Dalam satu situasi, Afiqah ingin membuka penutup botol tetapi tidak berjaya kerana terlalu ketat . Cadangkan kaedah yang terbaik untuk membantu Afiqah.

a)

Merendamkan bahagian penutup botol dengan air panas.

b)

Merendamkan botol dalam air yang berisi ketulan ais..

c)

Merendam seluruh botol dalam air suam.

d)

Cungkil hujung penutup dengan sudu.

15.

Mengapakah bola ping pong yang kemik berubah menjadi bulat semula apabila dimasukkan ke dalam air panas?

a)

Udara di dalam bola ping pong mengecut

b)

Udara di dalam bola ping pong mengembang

c)

Air panas meresap ke dalam bola ping pong

d)

Tekanan udara di dalam bola ping pong berkurang

16.
Apakah alat yang digunakan untuk menyukat suhu?
a)
Stetoskop
b)
Ammeter
c)
Mikroskop
d)
Termometer
17.

Apakah yang berlaku apabila suatu objek menerima haba?

a)

Objek itu mengecut

b)

Objek itu menjadi lebih sejuk

c)

Objek itu menjadi lebih panas

d)

Tiada apa akan berlaku

18.

Suhu ialah ...

a)

Haba

b)

Sukatan darjah kesejukan sesuatu bahan

c)

Darjah kepanasan atau darjah kesejukan sesuatu bahan

d)

Darjah Celcius

19.

Apabila sesuatu bahan menerima haba, ia akan

a)

Menjadi lebih sejuk

b)

Suhunya akan berkurang

c)

Bahan itu akan mengembang

d)

Bahan itu akan bertambah