WorksheetsPantun Teka-Teki Tahun 3I/3S
Total questions: 11
Worksheet time: 4mins
Ambil galah jolok nangka,
Nangka jatuh ke dalam tangki;
Cuba jawab cuba teka,
Binatang apa tidak berkaki.
Cicak
Ketam
Ular
Bayi comel anak lelaki,
Anak lelaki Tuan Sarjan;
Tiada kepala tiada kaki,
Sangat berguna waktu hujan.
Baju Hujan
Bola
Payung
Pergi ke hutan mencari keldai,
Pergi bersama anak Pak Harun;
Jika tuan bijak pandai,
Apa yang naik tidak turun-turun?
Kaki
Umur
Hujan
Hatinya merindu cucu tersayang,
Hingga tak selera makan nasi;
Terbang tinggi bukan layang-layang,
Badan keras daripada besi.
Kapal Terbang
Roket
Ketuhar
Anak Cina menjual lada,
Juga menjual daun kari;
Bukan kuda sebarang kuda,
Kuda ini pandai menari.
Kuda Belang
Kuda Kayu
Kuda Kepang
Pantun memiliki baris berjumlahh …
3
5
4
6
Sahabat karib bernama Rosli,
Orangnya baik bersikap jujur;
Sukan ini lasak sekali,
Berebut bola berbentuk bujur.
Bola Tenis
Bola Sepak
Ragbi
Pantun dalam gambar ini ialah pantun __________
dua kerat
empat kerat
enam kerat
Setelah dibasuh baju disidai,
Untuk dipakai pagi raya,
Anda tentu orang yang pandai,
Apakah 4 warna bendera Malaysia?
Hijau, Kuning, Merah, Biru
Hitam, Biru, Kuning, Merah
Putih, Biru, Merah, Kuning
Biru, Merah, Putih, Jingga
Setiap hari berjalan di pantai,
Sudah penat duduk di batu,
Kalau anda cerdik dan pandai,
Binatang apa tulangnya satu ?
Pekerjaan ini sangat mulia,
Merawat orang yang memerlukannya,
Serba putih warna pakaiannya
Ada sahaja nak dapatkan rawatannya.
