wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PRAUJIAN TING 4

Total questions: 25

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.

KENAL PASTI KATA MAJMUK DALAM AYAT DI BAWAH.


Hazrul sudah hampir 8 tahun bertugas di sebuah syarikat cari gali minyak yang terletak Terengganu.

(a)  

2.

KENAL PASTI KATA MAJMUK DALAM AYAT DI BAWAH.


Kerajaan akan menubuhkan satu suruhanjaya bagi menyiasat ketirisan dana syarikat perladangan milik negara.

(a)  

3.

ISIKAN TEMPAT KOSONG DENGAN KATA MAJMUK YANG SESUAI

.

Cikgu Wan Halina telah meminta murid-muridnya supaya melukis __________ sebuah rumah mesra alam.

a)

reka bentuk

b)

reka cipta

4.

ISIKAN TEMPAT KOSONG DENGAN KATA MAJMUK YANG SESUAI


__________________ Puan Pengetua diperlukan untuk mengesahkan dokumen yang penting itu.

a)

Tandatangan

b)

Tanggungjawab

5.

ISIKAN TEMPAT KOSONG DENGAN KATA MAJMUK YANG TEPAT


Alina telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam ____________Sains dan Matematik.

a)

mata pelajaran

b)

matapelajaran

6.

ISIKAN TEMPAT KOSONG DENGAN KATA MAJMUK YANG TEPAT


Zahira sering membantu masyarakat secara ___________, Dia membantu orang buat melintas jalan.

a)

sukarela

b)

suka rela

7.

ISIKAN TEMPAT KOSONG DENGAN KATA MAJMUK YANG TEPAT


Zarul sentiasa memberikan ______________ kepada rakan-rakan sekelasnya semasa menjalankan perbincangan berkumpulan.

a)

kerja sama

b)

kerjasama

8.

ISIKAN TEMPAT KOSONG DENGAN KATA MAJMUK YANG TEPAT


Zakwan berjaya menyertai sukan ___________ sehingga ke peringkat antarabangsa.

a)

olahraga

b)

olah raga

9.

ISIKAN TEMPAT KOSONG DENGAN KATA MAJMUK YANG TEPAT


Keluarga Sulaiman berasa ____________________ atas pemergian datuk mereka.

a)

dukacita

b)

sukacita

10.

ISIKAN TEMPAT KOSONG DENGAN KATA MAJMUK YANG TEPAT


Pak Long Admad diberikan peluang untuk melakukan ____________________ kereta baharu yang akan dibelinya.

a)

pandu uji

b)

uji pandu

11.

ISIKAN TEMPAT KOSONG DENGAN KATA MAJMUK YANG TEPAT


Adriana sedang ____________________ maklumat tambahan daripada Internet untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh gurunya.

a)

memuat naik

b)

memuat turun

12.

ISIKAN TEMPAT KOSONG DENGAN KATA MAJMUK YANG TEPAT


Semua murid diingatkan semula supaya membawa _____________ sendiri untuk aktiviti melukis poster kemerdekaan.

a)

alat-alat tulis

b)

alat tulis - alat tulis

13.

Betulkan perkataan yang mengandungi kesalahan imbuhan dalam ayat di bawah.


Terdapat sebuah rumah berehat di puncak bukit itu yang boleh disewa oleh pengunjung untuk menikmati keindahan alam semula jadi di situ.

(a)  

14.

Betulkan perkataan yang mengandungi kesalahan imbuhan dalam ayat di bawah.


Alvin dan adiknya telah ke taman permainan untuk main papan gelongsor bersama-sama.

(a)  

15.

Betulkan perkataan yang mengandungi kesalahan imbuhan dalam ayat di bawah.


“Jangan carik kertas itu, nenek hendak menggunakannya untuk dibungkus buah langsat di dalam baldi tu,” beritahu Gayah kepada cucunya.

(a)  

16.

Betulkan perkataan yang mengandungi kesalahan imbuhan dalam ayat di bawah.


Azlina diminta ayahnya membelikan aiskrim coklat untuknya tetapi ayahnya membelikan biskut berkrim coklat.

(a)  

17.

Bukit batu kapur ____________ khazanah semula jadi yang unik rupa bentuknya.

a)

ialah

b)

adalah

18.

Pokok pisang yang ditebang oleh saya mempunyai buah yang banyak.


Jawapan yang sebetulnya ialah?

a)

ditebang oleh saya

b)

saya tebang

19.

Peristiwa semasa berkhemah di Taman Negara itu meninggalkan ingatan manis yang sukar aku lupakan.


Jawapan yang sebetulnya ialah?

a)

memori

b)

kenangan

20.

Datuk akan menebas semak samun di kebunnya pada tiap hujung minggu.


Jawapan yang sebetulnya ialah?

a)

semasa

b)

setiap

21.

KESALAHAN TATABAHASA SAHAJA:


Penganjuran rumah terbuka wajar diteruskan dari masa ke semasa bagi memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini.


Jawapan yang sebetulnya ialah?

a)

semasa ke masa

b)

semasa ke semasa

c)

masa ke masa

22.

Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai kerana memberikan manfaat yang banyak kepada ______ penduduk dunia sejak terciptanya alam ini lagi.

a)

berjuta

b)

berjuta-juta

23.

__________ diingatkan agar mentadbir sekolah dengan berhemah bagi mengelakkan sebarang masalah.

a)

Guru besar-guru besar

b)

Guru-guru besar

24.

______ orang suka mengambil kesempatan apabila seseorang ditimpa kesusahan.

a)

Sesetengah

b)

Setengah

25.

Kami ______dengan pembentangan dan penerangan tentang projek yang bakal dibangunkan di kampung kami tidak lama lagi.

a)

sangat berpuas hati

b)

berpuas hati sangat