WorksheetsJenis Ayat
Total questions: 14
Worksheet time: 1hrs 20mins
Ayat bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ___________________ .
ayat larangan
ayat taksa
ayat seruan
ayat majmuk
Nyatakan sama ada ayat ini betul atau salah:
Sila jangan merokok di tempat awam.
Betul
Salah
Apakah ciri-ciri ayat penyata?
(Pilih 3 jawapan)
menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal
ayat diakhiri dengan tanda soal (?)
ayat diakhiri dengan tanda noktah (.)
bertujuan melahirkan perasaan seperti marah, takut, gembira dan sebagainya
juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan
Ayat 1: Sila jangan buang sampah di merata-rata tempat.
Ayat 2: Jangan buang sampah di merata-rata tempat.
Yang manakah penggunaan ayat larangan yang betul?
Ayat 1
Ayat 2
Ayat 1 dan ayat 2
Wah, cantiknya jambangan bunga itu!
Yang di atas merujuk kepada...
ayat tanya
ayat perintah
ayat seruan
ayat penyata
Pilih ayat penyata yang betul.
Amboi, manja sungguh kucing ini!
Naruto tidak hadir ke sekolah kerana demam panas.
Dilarang memancing.
Apakah nama bunga kebangsaan Malaysia?
Ayat tanya dibahagikan kepada dua jenis iaitu ___________________ dan __________________ .
(Pilih 2 jawapan)
ayat tanya tanpa kata tanya
ayat tanya dengan tanda soal
ayat tanya dengan unsur tanya
ayat tanya tanpa tanda soal
Cis, berani kau merosakkan kebun aku!
Ayat di atas menzahirkan...
perasaan gembira
perasaan marah
perasaan sedih
perasaan terkejut
Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan pada 31 Ogos 1957.
Berdasarkan ayat penyata berikut, pilih ayat tanya yang sesuai.
Bagaimanakah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan?
Siapakah yang terlibat dengan rombongan kemerdekaan di London?
Bilakah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan?
Mengapakah wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia?
Tolong hantar tugasan minggu lepas sebelum pukul 5.00 petang ini.
Ayat di atas merupakan ayat perintah jenis...
ayat silaan
ayat suruhan
ayat larangan
ayat permintaan
Bina satu ayat tanya.
Bina satu ayat penyata.
Bina satu ayat perintah.
Bina satu ayat seruan.
