wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ SEJARAH KTESI 2021

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Namakan Bapa Kemerdekaan Malaysia.

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Tun Abdul Razak

c)

Tun Hussein Onn

d)

Tun Mahatir Mohammad

2.

Lagu Negaraku telah diubah suai daripada lagu rasmi negeri Perak yang bertajuk

a)

Bulan Sabit

b)

Bulan Purnama

c)

Terang Bulan

d)

Nyiur Melambai

3.

Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dilaksanakan mulai 1989.Kemudian digantikan dengan _________ mulai 2017

a)

KBSM

b)

KSSM

c)

KSSR

d)

KBSR

4.

Bilakah Sabah dan Sarawak menyertai Tanah Melayu untuk membentuk negara Malaysia

a)

31 Ogos 1957

b)

16 September 1957

c)

31 Ogos 1963

d)

16 September 1963

5.

Mengapakah tarikh pembentukan Malaysia pada 31 Ogos 1963 terpaksa DITUNDA ke tarikh 16 September 1963?

a)

Serangan tentera Indonesia

b)

Laporan Setiausaha PBB tidak dapat disiapkan

c)

Serangan tentera Filipina

d)

Tarikh tidak sesuai

6.

Bapa pemodenan merupakan gelaran kepada mantan Perdana Menteri Malaysia...

a)

Tun Hussein Onn

b)

Tun Abdul Razak

c)

Tun Dr Mahathir Muhammad

d)

Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak

7.

• Demokrasi

• Raja berpelembagaan

Maklumat berikut berkaitan sistem pemerintahan

negara kita.

Siapakah ketua utama negara?

a)

Yang di-Pertuan Agong

b)

Perdana Menteri Malaysia

c)

Menteri

d)

Majlis Raja-raja

8.

Rukun negara mempunyai 5 teras, nyatakan teras yang keempat

a)

Kesetiaan kepada raja dan negara

b)

Kesopanan dan kesusilaan

c)

Keluhuran perlembagaan

d)

Kedaulatan undang-undang

9.

Apakah moto Jata Negara

a)

Bersekutu bertambah mutu

b)

Bersekutu bertambah jaya

c)

Malaysia prihatin

d)

Keranamu Malaysia

10.

Kuasa Eropah yang menjajah Kesultanan Melayu Melaka ialah

a)

Portugis

b)

Belanda

c)

British

d)

Jepun

11.

Berikut merupakan pejuang tempatan kecuali

a)

Dato Bahaman

b)

Tok Janggut

c)

Dol Said

d)

J.W.W Birch

12.

Semenanjung Malaysia terdiri daripada berapa buah negeri?

a)

9

b)

11

c)

10

d)

12

13.

Apakah nama kereta buatan Malaysia yang pertama?

a)

Proton Satria

b)

Proton Wira

c)

Proton Saga

d)

Proton Perdana

14.

Tun Hussein Onn adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke berapa?

a)

Pertama

b)

Kedua

c)

Ketiga

d)

Keempat

15.

Negeri manakah yang tidak mempunyai Sultan

a)

Selangor

b)

Pahang

c)

Melaka

d)

Johor

16.

PESURUHJAYA TINGGI ialah jawatan yang disandang oleh ketua perwakilan negara dalam kalangan negara KOMANWEL.

Apakah JAWATAN yang setara dengan Pesuruhjaya Tinggi kini?

a)

Duta

b)

Perdana Menteri

c)

Presiden

d)

Ketua Menteri

17.

Warna biru pada Jalur Gemilang melambangkan...

a)

Perpaduan

b)

Semangat wajar

c)

Kesucian

d)

Motivasi

18.

Negeri manakah yang mempunyai jumlah keluasan yang terbesar?

a)

Pulau Pinang

b)

Sarawak

c)

Terengganu

d)

Selangor

19.

Suruhanjaya Cobbold dibentuk pada

a)

7 Januari 1962

b)

7 Januari 1963

c)

17 Januari 1962

d)

17 Januari 1963

20.

Pilih ahli-ahli Suruhanjaya Cobbold dari Kerajaan PTM

a)

Lord Cobbold

b)

Sir Anthony Abell

c)

Sir David Watherson

d)

Muhammad Ghazali Shafie

21.

Lengkapkan lirik lagu Jalur Gemilang di bawah.


Puncak dunia telah kau tawan,

Lautan luas telah kau redah,

…………………………………,

Semarak jaya kami warganya

a)

Semua negeri dalam Malaysia

b)

Membawa semangat jiwa merdeka

c)

Satu suara satu semangat

22.

Apakah kuasa luar yang mula-mula bertapak di Tanah Melayu?

a)

Belanda

b)

British

c)

Portugis

d)

Komunis

23.

Bilakah Pilihanraya Persekutuan pertama diadakan?

a)

25 Oktober 1957

b)

27 Julai 1955

c)

1 September 1958

d)

12 Julai 1989

24.

Majlis Raja-Raja Melayu pada zaman penjajahan British dikenali sebagai

a)

DURBAR

b)

Majlis Mesyuarat

c)

Legislative Council

d)

Mesyuarat Raja-Raja

25.

Pada 20 Januari 1874, satu perjanjian telah ditandatangani dan ia telah menjadi titik tolak kepada perluasan jajahan British ke atas Tanah Melayu.

Apakah nama perjanjian tersebut?

a)

Perjanjian British Borneo Utara

b)

Perjanjian Inggeris Belanda

c)

Perjanjian Siam

d)

Perjanjian Pangkor

26.

Jata Negara Malaysia merupakan lambang Persekutuan Tanah Melayu yang telah diperkenankan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952.

Lima bilah keris yang terdapat pada Jata Negara melambangkan

a)

Keberanian Rakyat Persekutuan Tanah Melayu

b)

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

c)

Rukunegara

d)

Perlembagaan

27.

Setelah mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Malaysia secara rasminya telah tergolong dalam senarai negara-negara Komanwel.

Apakah maksud negara Komanwel?

a)

Negara yang termasuk dalam kalangan negara-negara British

b)

Negara Merdeka yang pernah berada di bawah jajahan British

c)

Negara yang mengikuti sukan Olimpik

d)

Negara yang pernah berada dibawah jajahan Amerika

28.

Tunku Abdul Rahman adalah perdana Menteri Malaysia yang pertama .

Apakah tafsiran beliau terhadap kedaulatan ?

a)

Semangat kekitaan

b)

Kebebasan dan keadilan

c)

Kuasa tidak terbatas

d)

Pengaruh undang-undang

29.

Kedaulatan sesebuah negara dikaitkan dengan

kebebasan dan kemerdekaan

Apakah ciri-ciri yang menentukan kedaulatan sesebuah negara?

I Mempunyai pengaruh

II Mempunyai ideologi

III Mempunyai sempadan

IV Mempunyai perundangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

30.

Patriotisme ialah perasaan cinta mendalam terhadap negara dan sanggup mempertahankan negara demi kemakmuran dan kestabilan sesebuah negara

Apakah peranan rakyat bagi merealisasikan semangat

tersebut ?

a)

Peka terhadap keselamatan negara

b)

Mengukuhkan pasukan keselamatan

c)

Menghormati lambang – lambang negara

d)

Menggalakkan kolaborasi dengan pihak luar