Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

kata adjektif

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan perkara yang benar mengenai kata adjektif kecuali

a)

Dikenali sebagai kata sifat

b)

Terdapat 9 jenis kata adjektif

c)

Kata adjektif tidak boleh didahului atau diikuti kata penguat

d)

Kata adjektif berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata atau frasa nama.

2.

Berikut merupakan jenis kata adjektif kecuali

a)

Warna, ukuran

b)

Bentuk, waktu

c)

Jarak, cara

d)

Pancaindera, pancaragam

3.

Berikut merupakan contoh yang betul mengikut jenis kata adjektif kecuali

a)

K.A Sifatan - Baik, Takut

b)

K.A Warna - Merah, Hijau

c)

K.A Ukuran - Panjang, Kecil

d)

K.A bentuk - Pendek, Besar

4.

4) Berikut merupakan contoh yang betul mengikut jenis kata adjektif kecuali

a)

K.A Bentuk - Bulat, Leper

b)

K.A Waktu - Malam, Siang

c)

K.A Cara - Cepat, Lambat

d)

K.A Perasaan - Rindu, Sayang

5.

Berikut merupakan contoh yang betul mengikut jenis kata adjektif kecuali

a)

K.A Waktu - Segera, Silam

b)

K.A Perasaan - Kacau, Lemah

c)

K.A Jarak - Jauh, Hampir

d)

K.A Pancaindera - Bau, Pandang, Sentuh

6.

Pelajar lelaki berkeras tidak mahu duduk rapat dengan pelajar perempuan semasa orientasi kerana ingin menjaga batas-batas pergaulan.

a)

K.A Pancaindera

b)

K.A Cara

c)

K.A Jarak

d)

K.A Ukuran

7.

Apabila terdengar sahaja suara azan, semua pelajar asrama akan berjalan ke surau dengan cepat kerana ingin mendapatkan pahala saf pertama.

a)

K.A Jarak

b)

K.A Waktu

c)

K.A Perasaan

d)

K.A Cara

8.

Pilih penggunaan kata adjektif (diikuti kata penguat) yang betul.

a)

Pelajar KVKK bermain bola sepak dengan tersangat lincah sekali.

b)

Setelah tamat belajar, para pelajar berasa sangat rindu sekali akan kenangan-kenangan zaman persekolahan mereka.

c)

Pelajar KVKK mendapat markah bahasa Melayu tertinggi sekali dalam peperiksaan Sijil Vokasional malaysia.

d)

Pelajar yang mendapat markah paling tinggi sekali akan diberikan baucar makan di Mc Donald.

9.

Nyatakan dua kata adjektif yang terdapat dalam ayat di bawah.


Buah delima sangat enak dimakan begitu saja atau diminum sebagai jus. Rupa buah delima yang bulat dan kemerah-merahan mengandungi banyak nutrisi yang baik untuk badan kita

a)

enak

b)

badan

c)

banyak

d)

kemerah-merahan

10.

Dulang tembaga di dalam almari itu ... sahaja kerana sudah lama tidak digilap.

a)

muram

b)

kusam

c)

malap

d)

suram

11.

Kebun sayuran itu memberikan hasil yang ... kepada Pak Abu.

a)

lumayan

b)

untung

c)

bersih

d)

kasar

12.

Kita tidak akan rugi apa-apa jika suka merendahkan diri tetapi kita akan menjadi manusia yang ... jika suka berlahak sombong dan angkuh.

a)

benci

b)

sinis

c)

hina

d)

tiris

13.

Kamu hendaklah ... bahawa masalah itu akan dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat.

a)

ceria

b)

sesuai

c)

selesa

d)

yakin

14.

Kereta itu nyaris-nyaris terbabas ke lereng bukit akibat jalan ... selepas hujan.

a)

laju

b)

licin

c)

halus

d)

santai

15.

Jarak di antara rumah Didi dan rumah kawan baiknya itu agak ... juga, iaitu kira-kira lima kilometer.

a)

jauh

b)

lebar

c)

sayup

d)

panjang