WorksheetsYANG DI-PERTUAN AGONG
Total questions: 10
Worksheet time: 6mins
Siapakah Ketua Negara Malaysia?
Ketua Hakim Negara
Perdana Menteri
Yang di-Pertuan Agong
Yang di-Pertua Agong
Siapakah yang melaksanakan pemilihan bagi YDPA?
Kabinet
Majlis Raja-raja
Perdana Menteri
Parlimen
Pilih dua pernyataan betul yang menunjukkan bahawa YDPA tidak memenuhi kriteria bagi seseorang YDPA.
Baginda seorang remaja
Berketurunan raja
MRR mengadakan undi sulit bahawa baginda tidak sesuai untuk menjalankan tugas-tugas YDPA disebabkan oleh faktor-faktor tertentu
Waras pemikiran
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang proses pemilihan YDPA?
i. Baginda perlu mendapat sokongan sekurang-sekurangnya 5 orang anggota Majlis Raja-raja
ii. Mendapat sokongan penuh daripada Parlimen
iii. Setiausaha Majlis Raja-raja perlu memaklumkan keputusan YDPA secara bertulis kepada Parlimen
iv. YDPA mengangkat sumpah dan menandatangani dokumen sumpah jawatan di hadapan Majlis Raja-raja dan Ketua Hakim Negara
i, ii dan iii
ii, iii dan iv
i, iii dan iv
i, ii dan iv
Berapa lamakah tempoh seorang YDPA berkhidmat?
2 tahun
3 tahun
4 tahun
5 tahun
Yang manakah pernyataan yang benar mengenai pembatalan pelantikan YDPA?
Baginda memberitahu Setiausaha Majlis Raja-raja bahawa baginda tidak mahu dipilih
Setiausaha Majlis Raja-raja mengisytiharkan keputusan pemilihan YDPA
Tidak mendapat sokongan daripada sekurang-kurangnya tujuh orang anggota Majlis Raja-raja
YDPA boleh meletak jawatan pada bila-bila masa dalam tempoh perkhidmatannya dan YDPA boleh dipecat daripada jawatan baginda oleh Majlis Raja-raja atas sebab-sebab tertentu.
Betul
Salah
Pilih dua pernyataan yang benar mengenai kedudukan YDPA?
YDPA menjalankan pemerintahan secara mutlak.
YDPA merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan.
YDPA merupakan ketua agama Islam bagi Wilayah-wilayah Persekutuan, negeri-negeri yang tidak beraja dan negeri baginda.
YDPA boleh didakwa di mana-mana mahkamah.
Berikut merupakan kuasa YDPA menurut Perlembagaan Persekutuan kecuali...
YDPA memperkenankan rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen dalam masa 30 hari
Menganugerahkan gelaran dan pingat kebesaran
Bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak
Mengisytiharkan Undang-undang Darurat atas nasihat Majlis Raja-raja
Perkara 40(2) dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa budi bicara YDPA dan salah satunya ialah YDPA boleh melantik dan memecat Perdana Menteri.
Betul
Salah
