wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

P.ISLAM TING 3 ( PENGAJIAN ALQURAN)

Total questions: 17

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Sebab Nuzul ayat 16 Surah as-Sajdah ialah

a)

Sekumpulan muhajirin menunaikan solat Maghrib dan tidak pulang ke rumah hingga selesai solat Isyak.

b)

Sekumpulan Ansar melakukan solat Tahajjud

c)

sekumpulan sahabat melakukan solat Tahajjud dan amalan qiamullail yang lain

d)

sekumpulan Muhajirin melakukan solat tahajjud dan amalan qiamullail yang lain

2.

Pilih intisari ayat 15-20 Surah as-Sajdah

a)

Orang yang beriman suka melakukan amalan qiamullail dan bersedekah

b)

Orang fasik akan dimasukkan ke dalam neraka di akhirat

c)

Orang yang beramal soleh sama sahaja dengan orang fasik

d)

Orang yang beriman tahu ganjaran yang disediakan oleh Allah kepada mereka

3.

Maksud iman ialah

a)

Membenarkan dengan lidah dan hati.

b)

Membenarkan dengan hati, iqrar dengan lidah dan beramal dengan anggota.

c)

Menerima segala ajaran Allah dan beramal dengan perintahNya serta menjauhi laranganNya.

d)

Yakin dengan hati, beramal dengan anggota badan.

4.

Orang Islam yang 'asi kerana berterusan melakukan larangan Allah SWT dan meninggalkan suruhanNya digelar

a)

Kafir

b)

Fasik

c)

Murtad

d)

Ahli bid'ah

5.

Apakah maksud kalimah "Azabul adna" yang diterima oleh orang fasik?

a)

Seksaan neraka

b)

Seksaan kubur

c)

Hati keluh kesah dan jiwa tidak tenteram

d)

Sakaratul maut

6.

Maksud kalimah "merenggangkan diri daripada tempat tidur" ialah

a)

Meninggalkan isteri /suami

b)

Melakukan solat tahajjud

c)

Melakukan amalan sedekah

d)

Mengurangkan waktu tidur

7.

Menurut Risalah Majmuk, antara fadhilat membaca surah as-Sajdah ialah...

a)

Mendapat ganjaran Jannatul Makwa

b)

Mendapat keampunan Allah daripada segala dosa

c)

Diberi pahala seperti pahala orang yang mendapat Lailatul Qadar

d)

memperolehi ilmu yakin yang memberi manfaat di dunia dan di akhirat

8.

Pilih sikap orang fasik

a)

Memandang remeh dosa-dosa kecil

b)

Sentiasa bercakap bohong

c)

Suka mengadu domba.

d)

Suka menyebarkan fitnah atau khabar angin.

e)

Mengkhianati amanah yang diberikan .

9.

Pilih pengajaran ayat daripada ayat 15 hingga 20 surah as-Sajdah

a)

Kita hendaklah sentiasa bertasbih dan bertahmid kepada Allah sebagai tanda bersyukur kepadaNya.

b)

Kita hendaklah metaati ibu bapa supaya hidup diredhai oleh Allah.

c)

Allah menyediakan ganjaran syurga kepada orang yang beramal soleh.

d)

Allah menjanjikan balasan neraka kepada orang fasik.

10.

Bagaimanakah cara menjauhi perbuatan fasik?

a)

Mendalami ilmu agama Islam yang sebenar

b)

Meningkatkan keimanan dengan menambahkan amal soleh

c)

Menjauhi sifat mazmumah

d)

Membantu jiran tetangga

11.

Berikan maksud potongan ayat berikut ..

a)

dan janganlah kamu tidur yang lama dan makan yang banyak

b)

janganlah kamu terlalu banyak makan

c)

dan janganlah kamu makan harta orang lain

d)

dan jangan pula kamu memberikan rasuah kepada para hakim

12.

Berikan maksud potongan ayat berikut ..

a)

dan janganlah kamu tidur yang lama dan makan yang banyak

b)

janganlah kamu terlalu banyak makan

c)

dan janganlah kamu makan harta orang lain

d)

dan jangan pula kamu memberikan rasuah kepada para hakim

13.

berikan maksud RASUAH yang tepat

a)

Sebarang pemberian atau penerimaan yang tidak baik

b)

sebarang pemberian atau suapan yang bertujuan kebaikan

c)

sebarang pemberian atau suapan yang bertujuan memalsukan kebenaran dan membenarkan kepalsuan

d)

sebarang pemberian atau suapan yang bertujuan memalsukan kebenaran dan mencegah kemungkaran

14.

terdapat 7 larangan Allah yang terdapat di dalam ayat.. Berikan dua daripadanya.. pilih dua jawapan

a)

Rasuah

b)

menfitnah

c)

meraba

d)

salah guna kuasa

15.

Kesan rasuah ialah...

a)

Mengurangkan kes jenayah di Malaysia

b)

Dilaknat oleh Allah dan Rasulullah

c)

Meningkatkan ekonomi negara

d)

Mengurangkan wabak covid-19

16.

Rasuah dapat menjadikan seseorang individu itu hilang harga diri

a)

BETUL

b)

SALAH

17.

Berikan hukum tajwid bagi kalimah awal dalam potongan ayat berikut..

a)

mad silah tawilah

b)

mad silah qasirah

c)

qalqalah kubra

d)

qalqalah sughra