WorksheetsULANGKAJI STRUKTUR SEM 2
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
1. Antara perkara berikut, yang manakah merupakan dasar-dasar yang diwujudkan untuk menjayakan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama?
i. Dasar Wawasan Negara
ii. Dasar Pembangunan Nasional
iii. Dasar Belilah Barangan Buatan Malaysia
iv. Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara
A) i dan ii
B) i dan iii
C) ii dan iii
D) iii dan iv
2. Antara penyataan berikut yang manakah berkaitan dengan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua?
i. Dilaksanakan melalui Dasar Pembangunan Nasional
ii. Fasa terakhir kerangka ke arah merealisasikan Wawasan 2020.
iii. Bermatlamat mencapai negara maju seperti negara-negara maju yang lain.
iv. Melibatkan Rancangan Malaysia ke-6 dan Rancangan Malaysia ke-7.
A) i dan ii
B) i dan iv
C) ii dan iii
D) ii dan iv
3. Antara penyataan berikut, yang manakah merupakan teras utama Dasar Wawasan Negara?
i. Membangunkan K-Ekonomi untuk berjaya dalam semua sektor ekonomi.
ii. Membina bangsa yang berdaya saing untuk meningkatkan kualiti hidup mereka.
iii. Membangunkan alam sekitar hanya untuk memaksimumkan kekayaan ekonomi masyarakat.
iv. Membangunkan sumber manusia yang mementingkan perkembangan ekonomi daripada keluarga.
A) i dan ii
B) i dan iv
C) ii dan iii
D) iii dan iv
4. Yang manakah antara berikut, merupakan perkara-perkara yang benar tentang Dasar Wawasan Negara (DWN)?
i. DWN ialah lanjutan Dasar Pembangunan Nasional
ii. Matlamat utama DWN adalah untuk mencapai keutuhan politik.
iii. Bertemakan 'Meningkatkan Keutuhan dan Daya Saing Negara'.
iv. Bertujuan mempercepat proses ke arah mencapai taraf negara perindustrian.
A) i dan ii
B) i dan iii
C) ii dan iv
D) iii dan iv
5. Pensyarikatan Malaysia merujuk kepada :
A) Kerjasama antara sektor pertanian dengan sektor perindustrian
B) Kerjasama antara sektor awam dengan sektor swasta Malaysia
C) Kerjasama antara agensi-agensi kerajaan dengan koperasi antarabangsa
D) Kerjasama antara sektor swasta tempatan dengan sektor swasta luar negara
6. Tujuan kerajaan Malaysia melaksanakan Dasar Penswastaan adalah untuk :
i. Mengurangkan beban kewangan kerajaan
ii. Mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara
iii. Memonopoli bidang-bidang keperluan asas rakyat
iv. Meningkatkan kecekapan dalam aktiviti ekonomi negara
A) i dan ii
B) i dan iv
C) ii dan iii
D) ii dan iv
7. Objektif utama pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional adalah untuk :
A) Menyusun semula masyarakat
B) Mencapai perpaduan antara kaum
C) Membasmi kemiskinan di kalangan yang termiskin
D) Melahirkan sumber tenaga mahir untuk pembangunan
8. Antara berikut yang manakah benar tentang Dasar Pembangunan Nasional (DPN)?
i. DPN meneruskan dua matlamat utama DEB
ii. Objektif terakhir DPN ialah mencapai perpaduan
iii. DPN menitikberatkan perkembangan sektor pertanian daripada sektor perindustrian
iv. DPN mengutamakan pembabitan sektor awam untuk proses penyusunan semula masyarakat
A) i dan ii
B) i dan iii
C) ii dan iii
D) ii dan iv
9. Antara berikut yang manakah bukan tujuan penyusunan semula masyarakat dalam DEB?
A) Mencapai perpaduan negara
B) Mengekalkan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi
C) Meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam sektor ekonomi
D) Membaiki keadaan ekonomi yang tidak seimbang antara kaum
10. Dalam Dasar Pensyarikatan, sebuah panel perundingan ditubuhkan. Apakah tujuan penubuhan panel perundingan tersebut?
A) Memberi sokongan bagi memudahkan operasi sektor swasta
B) Memberi peluang kepada sektor swasta menyampaikan pandangan mereka tentang Dasar Pensyarikatan
C) Membolehkan sektor swasta melibatkan diri dalam penggubalan dasar ekonomi
D) Mewujudkan persefahaman dan kerjasama antara sektor swasta dengan sektor awam
