wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ ULANG KAJI UNIT 14 DAN UNIT 1 P.MORAL TINGKATAN 3

Total questions: 20

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Pilih peraturan asas dalam Undang - Undang Kemanusiaan Antarabangsa dengan betul

a)

Tidak memusnahkan penempatan orang awam

b)

Peperangan berlaku di kalangan orang awam

c)

Tidak membunuh orang awam, tentera yang cedera dan tawanan perang

d)

Tidak memberikan laluan kepada pegawai perubatan untuk memberi rawatan kecemasan

2.

Antara berikut, yang manakah bukan kesan pengabaian undang - undang kemanusiaan antarabangsa?

a)

Kecacatan anggota

b)

Kehilangan nyawa

c)

Kemusnahan alam sekitar

d)

Perbelanjaan negara merosot

3.

Negara X melakukan serangan kepada penduduk di Negara Y tanpa alasan yang kukuh. Siapakah bertanggungjawab menghentikan perbuatan Negara X?

a)

Mercy Malaysia

b)

Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu (PBB)

c)

Perdana Menteri X

4.

Contoh pencabulan Undang - Undang Kemanusiaan Antarabangsa adalah seperti yang berikut, kecuali

a)

memberikan perlindungan kepada orang awam dan tentera yang cedera

b)

membuat serangan terhadap bangunan awam

c)

menyerang petugas hospital dan ambulans

d)

merosakkan alam semula jadi

5.

Sebagai seorang rakyat malaysia, apakah tindakan yang boleh dilakukan bagi membantu mangsa perang?

a)

Melibatkan diri dengan menjadi sukarelawan

b)

Menderma secara tunai kepada wakil - wakil NGO

c)

Berdoa kepada Tuhan semoga tabah menghadapi ujian

d)

Menghasilkan senjata pemusnah dalam misi membalas dendam

6.

Berikut merupakan konflik kemanusiaan yang sering berlaku jika sesuatu negara berlaku peperangan kecuali

a)

kesihatan terjejas

b)

berlaku pelarian ke negara yang lain

c)

Sumber ekonomi berkembang

d)

Kemiskinan

7.

Negara X tidak mematuhi peraturan asas Undang - Undang Kemanusiaan Antarabangsa dengan menyerang Negara Y. Apakah nilai yang tidak dipatuhi oleh Negara X?

a)

Hormat

b)

Kebebasan

c)

Keberanian

d)

Bertanggungjawab

8.

Apakah cara dalam menyuarakan pendapat mengenai konflik kemanusiaan dengan cara yang betul?

a)

Pihak PBB perlu mengekalkan undang - undang sedia ada

b)

Negara lain perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa seperti PBB

c)

Ketua Negara menghantar surat bantahan kepada negara terbabit

d)

Mengadakan kempen kesedaran isu keselamatan orang awam

9.

Situasi: Negara Malaysia menghantar bantuan kepada mangsa perang di Negara Y. Apakah sebab Malaysia melakukan pendirian tersebut?

a)

Memberi sokongan moral

b)

Menjaga hubungan diplomatik lebih kukuh

c)

Menguasai ekonomi negara tersebut

10.

Apakah jenis bantuan kemanusiaan dari aspek jangka panjang yang boleh diberikan kepada mangsa perang?

a)

Makanan

b)

Bangunan rumah

c)

Pembinaan sekolah

d)

Pembinaan hospital

11.

Perbuatan moral merujuk kepada _________________ yang baik dan norma - norma yang sesuai bagi sesebuah masyarakat

a)

sifat

b)

budaya

c)

perasaan

d)

tingkah laku

12.

Seorang individu yang _____________________ berpegang teguh kepada agama, nilai dan peraturan ketika bertindak dalam pelbagai situasi

a)

sopan

b)

berintegriti

c)

bersikap jujur

d)

menepati masa

13.

Tindakan berlandaskan pilihan bermoral adalah seperti yang berikut, kecuali

a)

mengelakkan diri daripada berkawan dengan rakan yang bersikap positif

b)

mengutamakan diri sendiri daripada keperluan orang lain

c)

mengutamakan keperluan daripada kehendak

d)

mendengar nasihat ibu bapa

14.

Situasi: Razif serba salah sama ada ingin melanjutkan pelajaran atau membantu keluarga dengan bekerja. Apakah tindakan yang perlu dilakukan Razif?

a)

Melanjutkan pelajaran tanpa berusaha membantu keluarga

b)

Membantu keluarga dengan bekerja sahaja

c)

Melanjutkan pelajaran dan bekerja secara separuh masa

d)

Tidak melanjutkan pelajaran dan secara tidak bekerja

15.

Situasi: Singh seorang pemain hoki sekolah yang telah dipilih mewakili negeri di peringkat kebangsaan. Namun, ayahnya ingin Singh menumpukan kepada pelajaran. Apakah tindakan pilihan bermoral Sigh?

a)

Meminta keizinan ayahnya dan berjanji akan fokus kepada sukan dan pelajaran

b)

Berhenti daripada bermain hoki

c)

Fokus kepada pelajaran terlebih dahulu

d)

Tidak mempedulikan nasihat dan terus bermain hoki

16.

Apakah pilihan bermoral yang boleh dilakukan bagi mengelak berlaku masalah obesiti?

a)

Makan makanan yang melebihi keperluan kalori setiap hari

b)

Senaman 5 kali seminggu

c)

waktu tidur yang tidak menentu

d)

Minum air mineral sekurang - kurangnya 3 liter

17.

Berikut merupakan ciri - ciri sahabat yang baik kecuali

a)

Sahabat yang suka membantu

b)

Sahabat yang menegur di hadapan orang ramai

c)

Sahabat yang jujur dalam persahabatan

d)

Sahabat yang setia dalam persahabatan

18.

Seorang perlu ______________ kerana mengikut ajaran agama dan menghindari perbuatan berdosa

a)

rasional

b)

bangga

c)

bersyukur

d)

bertanggungjawab

19.

Berikut merupakan contoh tindakan berasaskan pilihan bermoral yang patut dilakukan kecuali

a)

Membantu jiran yang berada dalam kesusahan

b)

Bermain dan tidak membuat ulang kaji pelajaran

c)

Menjaga adab semasa belajar secara online

d)

Aktif dalam persatuan atau sukarelawan

20.

Situasi: Ayah Muttu tidak dapat meneruskan pekerjaan seperti biasa disebabkan masalah penularan wabak covid 19. Namun, ayah beliau meneruskan usaha mencari rezeki dengan melakukan perniagaan kecil - kecilan. Apakah nilai yang boleh diambil oleh kisah tersebut?

a)

Kerajinan

b)

Kebebasan

c)

Bertanggungjawab