Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

HAJI

Total questions: 32

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Haji ialah _.

a)

menziarahi Baitullah di Mekah untuk mengerjakan amal ibadat yang tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu supaya mendapat keredhaan Allah kerana menunaikan perintahNya.

b)

menziarahi Baitullah di Mekah untuk mengerjakan amal ibadat yang tertentu pada masa yang tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu supaya mendapat keredhaan Allah kerana menunaikan perintahNya.

c)

menziarahi Baitullah di Mekah untuk mengerjakan amal ibadat yang tertentu pada masa yang tertentu.

2.

Dalil hukum wajib ibadat haji adalah dalam surah al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud _.

a)

Dirikanlah sembahyang dan keluarkanlah zakat.

b)

Dan keluarkanlah hak nya pada hari memetik hasilnya.

c)

Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah semata-mata.

3.

Hukum mengerjakan ibadat haji adalah _.

a)

wajib dan fardhu 'ain

b)

sunnat

c)

harus

4.

Menunaikan ibadat haji termasuk di dalam rukun _.

a)

Islam

b)

Iman

5.

Bagi orang yang menunaikan haji berulang kali, maka yang selebihnya itu adalah _.

a)

harus

b)

wajib

c)

sunat

6.

Ibadat haji mula difardhukan pada tahun _ Hijrah.

a)

2 Hijrah

b)

4 Hijrah

c)

6 Hijrah

7.

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dan isteri-isterinya berserta para sahabat menunaikan haji pada tahun _ Hijrah.

a)

6 Hijrah

b)

8 Hijrah

c)

10 Hijrah

8.

Syarat-syarat sah haji ialah _.

a)

Islam

b)

Baligh

c)

Berakal

d)

Masa

e)

Berkuasa dan berkemampuan

9.

Syarat-syarat wajib haji ialah _.

a)

Islam

b)

baligh

c)

Masa

d)

berakal

e)

merdeka

10.

Hendaklah sihat tubuh badan dan aman / selamat dalam perjalanan pergi dan balik ke Mekah termasuk di dalam _.

a)

Maksud merdeka

b)

Maksud berkuasa dan berkemampuan

c)

Maksud berakal

11.

Contoh tidak ada sesuatu yang menghalangnya untuk menunaikan fardhu haji ialah _.

a)

ada perasaan takut kepada raja yang kejam

b)

terlalu tua

c)

berpenyakit tidak ada harapan untuk sembuh

12.

Haji dan umrah ditunaikan secara berasingan dengan mendahulukan ibadat haji daripada umrah adalah Haji _.

a)

Haji Ifrad

b)

Haji Tamattu'

c)

Haji Qiran

13.

Mendahulukan ibadat umrah daripada ibadat haji dalam bulan haji pada tahun yang sama adalah Haji _.

a)

Haji Ifrad

b)

Haji Tamattu'

c)

Haji Qiran

14.

Menunaikan ibadat haji dan umrah serentak pada bulan haji adalah Haji _.

a)

Haji Ifrad

b)

Haji Tamattu'

c)

Haji Qiran

15.

Rukun haji ialah _.

a)

Berniat ihram

b)

Bermalam di Muzdalifah

c)

Wuquf di Padang Arafah

d)

Melontar Jamratul 'Aqabah

e)

Saie

16.

Pakaian ihram bagi lelaki ialah _.

a)

dua helai kain panjang berwarna putih yang tidak berjahit.

b)

pakaian yang menutup aurat.

c)

sehelai kain panjang berwarna putih yang tidak berjahit.

17.

Perkara sunat dilakukan sebelum memakai pakaian ihram ialah _.

a)

berpuasa

b)

mandi

c)

memotong kuku

d)

makan

e)

mengambil wudhu

18.

Wuquf dari segi bahasa ialah _.

a)

berulang-alik

b)

berhenti

c)

ziarah

19.

Wuquf ialah _.

a)

hadir / berada di bumi 'Arafah sekurang-kurangnya dalam kadar satu lahzhah bagi orang yang telah berihram dengan niat untuk mengerjakan haji.

b)

mengelilingi Ka'bah sebanyak 7 kali dimulai dari sudut Hajar al-Aswad menurut syarat-syarat tertentu.

c)

berulang-alikdi antar Bukit Shafa dengan Bukit Marwah sebanyak 7 kali dengan menurut syarat-syarat yang tertentu.

20.

Waktu wukuf ialah _.

a)

dari separuh malam 10 Zulhijjah hingga sebelum terbit fajar.

b)

dari tergelincir matahari pada 9 Zulhijjah hingga terbit matahari pada 10 Zulhijjah

c)

dari tergelincir matahari pada 9 Zulhijjah hingga terbit fajar pada 10 Zulhijjah

21.

Bagi yang tidak sempat berhimpun di Padang 'Arafah maka _.

a)

Sah hajinya dan wajib ke atasnya membayar dam.

b)

Batal hajinya dan wajib menunaikan haji sekali lagi pada tahun akan datang.

c)

Batal hajinya dan wajib ke atasnya membayar dam.

22.

Perkara sunat ketika wuquf di Padang 'Arafah ialah _.

a)

membanyakkan doa, berzikir, membaca tasbih dan tahmid.

b)

mandi, memotong kuku, membersihkan janggut dan menyikat rambut.

c)

memohon keampunan dari segala dosa dan kesilapan.

d)

berkenal-kenalan dengan jemaah haji dari seluruh dunia.

e)

mengharapkan rahmat dan keredhaan Allah semasa hidup di dunia dan akhirat.

23.

Thawaf ialah _.

a)

hadir / berada di bumi Arafah sekurang-kurangnya dalam kadar satu lahzhah bagi orang yang telah berihram dengan niat untuk mengerjakan haji.

b)

mengelilingi Ka'bah sebanyak 7 kali dimulai dari sudut Hajar al-Aswad menurut syarat-syarat tertentu.

c)

berulang-alik di antar Bukit Shafa dengan Bukit Marwah sebanyak 7 kali dengan menurut syarat-syarat yang tertentu.

24.

Syarat-syarat sah tawaf ialah _.

a)

Suci daripada hadats dan najis.

b)

Menutup aurat.

c)

Dikerjakan selepas selesai Thawaf Rukun.

d)

Cukup 7 kali pusingan.

e)

Dilakukan pada jalan yang ditentukan.

25.

__ hukumnya berjalan dengan cepat atau berlari-lari anak dalam 3 pusingan yang pertama mengerjakan Thawaf.

a)

sunat

b)

harus

c)

wajib

26.

Thawaf bagi mereka yang balik dari 'Arafah atau setelah melontar Jamratul 'Aqabah di Mina.

a)

Thawaf Ifadhah (Thawaf Rukun)

b)

Thawaf Qudum (Thawaf Selamat Datang)

c)

Thawaf Wada' (Thawaf Selamat Tinggal)

27.

Syarat-syarat sah saie ialah _.

a)

Suci daripada hadats dan najis

b)

Selepas selesai Thawaf Rukun (Qudum).

c)

Dimulai dari sudut Hajar al-Aswad.

d)

Cukup 7 kali pusingan dengan yakin.

e)

dilakukan pada jalan yang ditentukan.

28.

Mengerjakan saie dengan menggunakan kenderaan seperti kerusi roda bagi orang yang sihat hukumnya _.

a)

sunat

b)

harus

c)

makruh

29.

Masa bercukur atau bergunting bagi orang yang mengerjakan haji ialah _.

a)

selepas melontar Jamratul 'Aqabah / selepas Thawaf Ifadhah dan saie.

b)

setelah selesai mengerjakan saie.

c)

Selepas wuquf di Padang 'Arafah.

30.

Perkara yang termasuk di dalam Tahallul ialah _.

a)

Melontar Jamratul 'Aqabah

b)

Thawaf Ifadah dan Saie

c)

Bercukur dan bergunting

d)

Wukuf di Padang 'Arafah

e)

Bermalam di Mina

31.

Jemaah haji yang telah melakukan Tahallul Awal, dihalalkan bagi mereka melakukan perkara-perkara yang diharamkan semasa berihram, kecuali _.

a)

Memakai minyak wangi

b)

Akad nikah

c)

Memakai pakaian berjahit bagi lelaki

d)

Melakukan perkara-perkara yang mendorong kepada persetubuhan

e)

Bersetubuh

32.

Tahallul umrah berhasil dengan bercukur atau bergunting selepas _.

a)

saie

b)

thawaf

c)

melontar Jamrah