wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kehidupan Nabi Muhammad bersama bapa saudaranya

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

براڤاكه‌ عمور نبي محمد كتيك داتوقڽ منيڠڬل دنيا؟

Berapakah umur Nabi Muhammad ketika datuknya meninggal dunia?

a)

انم تاهون

Enam tahun

b)

لاڤن تاهون

Lapan tahun

c)

توجوه تاهون

Tujuh tahun

2.

اورڠ ‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌‌يڠ‌ مڠاسوه نبي محمد سلڤس داتوقڽ منيڠڬل دنيا اياله

Orang yang mengasuh Nabi Muhammad selepas datuknya meninggal dunia ialah

a)

عبداللّٰه

Abdullah

b)

عبدالمطلب

Abdul Mutolib

c)

ابو لهب

Abu Lahab

d)

ابو طالب

Abu Tolib

3.

ڤيليه‌ دوا كبركتن يڠ دراساءي اوليه ابو طالب كتيك ممليهارا نبي محمد

Pilih dua keberkatan yang dirasai oleh Abu Tolib ketika memelihara Nabi Muhammad

a)

جك دي ماكن برسام نبي‌محمد مك‌ ماكنن يڠ سديكيت منجادي بركة، چوكوڤ دان كڽڠ

Jika dia makan bersama Nabi Muhammad maka makanan yang sedikit menjadi berkat, cukup dan kenyang

b)

جك دي ماكن برسام نبي‌محمد مك‌ ماكنن اكن برتوكر منجادي امس دان واڠ يڠ باڽق

Jika dia makan bersama Nabi Muhammad maka makanan akan bertukar menjadi emas dan wang yang banyak

c)

جك‌ تيدق ماكن برسام نبي‌ محمد مك ماكنن دراساكنڽ بركورڠ

Jika tidak makan bersama Nabi Muhammad maka makanan dirasakannya berkurang

4.

اڤاكه‌ ڤكرجاءن يڠ دلاكوكن نبي محمد اونتوق ممبنتو ابو طالب؟

Apakah pekerjaan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad untuk membantu Abu Tolib?

a)

منترنق كمبيڠ دان اونتا

Menternak kambing dan unta

b)

مڠڬمبالا كمبيڠ

Menggembala kambing

c)

مڠڬمبالا اونتا

Menggembala unta

5.

نبي محمد جوڬ مڠمبيل اوڤه مڠڬمبالا كمبيڠ ميليق

Nabi Muhammad juga mengambil upah menggembala kambing milik

a)

صفوان

Safwan

b)

معاذ

Muaz

c)

صفين

Sufian

6.

ڤيليه تيڬ ڤركارا يڠ دلاكوكن اوليه نبي محمد ترهادڤ اوڤه يڠ دڤراوليهي بڬيندا حاصيل درڤد ڤكرجاءن مڠڬمبالا كمبيڠ صفوان

Pilih tiga perkara yang dilakukan oleh Nabi Muhammad terhadap upah yang diperolehi baginda hasil daripada pekerjaan menggembala kambing Safwan

a)

دبريكن كڤد عبدالمطلب

Diberikan kepada Abdul Mutolib

b)

دبريكن كڤد ابو طالب

Diberikan kepada Abu Tolib

c)

دسيمڤن

Disimpan

d)

دڬوناكن اونتوق كڤرلوان هارين

Digunakan untuk keperluan harian

7.

اڤاكه ڤركارا يڠ دڤروليهي اوليه نبي محمد كتيك مڠيكوتي باڤ ساوداراڽ ڤرڬي برنياڬ؟

Apakah perkara yang diperolehi oleh Nabi Muhamad ketika mengikuti bapa saudaranya pergi berniaga?

a)

ڤڠالمن يڠ باڽق

Pengalaman yang banyak

b)

واڠ دان امس يڠ باڽق

Wang dan emas yang banyak

8.

دوا ڤڠالمن يڠ دڤروليهي اوليه نبي محمد سڤنجڠ مڠيكوتي باڤ ساوداراڽ ڤرڬي برنياڬ اياله

Dua pengalaman yang diperolehi oleh Nabi Muhammad sepanjang mengikuti bapa saudaranya pergi berniaga ialah

a)

مڠتاهوءي‌ سيلوق-بيلوق براوروس نياڬ

Mengetahui selok-belok berurus niaga

b)

مڠتاهوءي چارا مڠهنچوركن اوروس نياڬ اورڠ لاءين

Mengetahui cara menghancurkan urus niaga orang lain

c)

داڤت ممبينا داي تاهن دالم مڠهادڤي ڤرجالنن يڠ‌ جاءوه‌ دان منچابر

Dapat membina daya tahan dalam menghadapi perjalanan yang jauh dan mencabar

9.

ڤيليه دوا سيلوق-بيلوق اوروس نياڬ يڠ دكتاهوءي اوليه نبي محمد

Pilih dua selok-belok urus niaga yang diketahui oleh Nabi Muhammad.

a)

چارا منيمبڠ دان مڽوكت بارڠ يڠ دنياڬاكن

Cara menimbang dan menyukat barang yang diniagakan

b)

چارا مرمڤس ڤلڠڬن اورڠ لاءين

Cara merampas pelanggan orang lain

c)

چارا ملاين ڤلڠڬن دڠن باءيق

Cara melayan pelanggan dengan baik

10.

سياڤاكه يڠ دتموءي نبي محمد دان ابو طالب كتيك دالم ڤرجالنن كشام؟

Siapakah yang ditemui Nabi Muhammad dan Abu Tolib ketika dalam perjalanan ke Syam?

a)

ڤنديتا نصراني بربڠسا عرب

Pendeta Nasrani berbangsa Arab

b)

ڤنديتا نصراني بربڠسا يهودي

Pendeta Nasrani berbangsa Yahudi

11.

ڤنديتا نصراني يڠ دتموءي اوليه نبي محمد دان باڤ ساوداراڽ ايت برنام

Pendeta Nasrani yang ditemui oleh Nabi Muhammad dan bapa saudaranya itu bernama

a)

بحيرى

Buhaira

b)

بخاري

Bukhori

12.

اڤاكه يڠ دلاكوكن اوليه ڤنديتا نصراني ايت ترهادڤ نبي محمد دالم ڤرتموان ايت؟

Apakah yang dilakukan oleh pendeta Nasrani itu terhadap Nabi Muhammad dalam pertemuan itu?

a)

ممباچاكن نبي محمد ايسي كتاب توراة دان إنجيل

Membacakan Nabi Muhammad isi kitab Taurat dan Injil

b)

ممرهاتيكن ڬرق-ڬري نبي محمد

Memerhatikan gerak-geri Nabi Muhammad

13.

اڤاكه يڠ دداڤتي اوليه بحيرى درڤد حاصيل ڤمرهاتينڽ ترهادڤ ديري نبي محمد؟

Apakah yang didapati oleh Buhaira daripada hasil pemerhatiannya terhadap diri Nabi Muhammad?

a)

ترداڤت تندا٢ كنبين ڤد ديري نبي محمد سڤرتي يڠ دسبوت دالم كتاب زبور

Terdapat tanda-tanda kenabian pada diri Nabi Muhammad seperti yang disebut dalam kitab Zabur

b)

ترداڤت تندا٢ كنبين ڤد ديري نبي محمد سڤرتي يڠ دسبوت دالم كتاب توراة دان إنجيل

Terdapat tanda-tanda kenabian pada diri Nabi Muhammad seperti yang disebut dalam kitab Taurat dan Injil

14.

تندا٢ كنبين يڠ دداڤتي اوليه بحيرى دالم‌‌ ديري نبي محمد اياله

Tanda-tanda kenabian yang didapati oleh Buhaira dalam diri Nabi Muhammad ialah

a)

نبي محمد داڤت ممبله بولن دهادڤن مريك

Nabi Muhammad dapat membelah bulan di hadapan mereka

b)

نبي محمد دليندوڠي اون دالم ڤرجالنن كشام

Nabi Muhammad dilindungi awan dalam perjalanan ke Syam

c)

نبي محمد داڤت منجاديكن ماكنن يڠ سديكيت منجادي باڽق

Nabi Muhammad dapat menjadikan makanan yang sedikit menjadi banyak

15.

اڤاكه ريسڤون ابو طالب سلڤس مندڠر بريتا بركاءيتن ديري انق ساوداراڽ ايت؟

Apakah respon Abu Tolib selepas mendengar berita berkaitan diri anak saudaranya itu?

a)

براس تاكوت دان چمس كران جك اورڠ كافير قريش مڠتاهوءي ڤركارا ترسبوت مك نبي محمد دالم بهاي

Berasa takut dan cemas kerana jika orang Kafir Quraisy mengetahui perkara tersebut maka Nabi Muhammad dalam bahaya

b)

براس ساڠت ڬمبيرا

Berasa sangat gembira