Font size
WorksheetsPendapatan Individu
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Antara jenis pekerjaan yang berikut, manakah yang tergolong dalam sektor kedua?
Pemandu bas
Buruh binaan
Penternak kambing biri-biri
Penyelia asrama sekolah
Kegiatan manakah yang dikategorikan dalam sektor kedua?
Perlombongan
Pembinaan
Peruncitan
Perhotelan
Apakah aktiviti yang tergolong dalam sektor ketiga?
Perlombongan dan perkhidmatan kewangan
E-dagang dan perkhidmatan hotel
Pembinaan jalan dan perusahaan belacan
Penanaman getah dan pembinaan rumah
Manakah yang merupakan faedah sampingan?
Upah
Kemudahan cuti tahunan
Pejabat berhawa dingin
Peluang kenaikan pangkat
Maklumat yang berikut mengenai kos pengeluaran kerepek ubi dalam tempoh sebulan.
Kos bahan mentah: RM 5 500
Upah pekerja: RM 2 000
Sewa kilang: RM 1 500
Jika Amir berjaya menjual sebanyak 20 000 bungkus kerepek ubi pada harga RM0.80 sebungkus, berapakah untung yang diperoleh dalam tempoh tersebut?
RM 7 000
RM 7 200
RM 9 000
RM 11 000
Encik Adnan menerima bantuan akibat banjir semasa monsun Timur Laut yang melanda Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Pendapatan yang diterima oleh Encik Adnan ialah
upah
elaun
komisen
bayaran pindahan
Puan Norehan seorang ibu tunggal mengambil keputusan berhenti kerja untuk menjaga tiga orang anaknya yang masih bersekolah. Suaminya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Dia memiliki sebidang tanah yang terdapat pencawang sebuah syarikat telekomunikasi. Dia juga menabung wang pampasan insurans suaminya sebanyak RM150 000 di Lembaga Tabung Haji. Selain itu, dia juga menjalankan perniagaan kosmetik secara atas talian. Apakah jenis pendapatan yang diperoleh oleh Puan Norehan?
Upah, sewa dan faedah
Sewa, dividen dan untung
Upah, dividen dan untung
Sewa, faedah dan untung
Berikut menunjukkan suatu pendapatan tahunan.
Gaji tahunan RM 40 000
Premium insurans nyawa RM 2 200
Zakat RM 200
Caruman KWSP RM 4 400
Cukai pendapatan individu RM 500
Berapakah jumlah pendapatan boleh guna?
RM 7 300
RM 32 700
RM 34 900
RM 37 800
Pendapatan tahunan Puan Saliha ialah RM 48 000. Daripada jumlah ini, RM 5 280 dicarumkan kepada KWSP, RM 600 untuk potongan cukai pendapatan dan RM 300 untuk bayaran zakat harta benda. Hitungkan perbelanjaan penggunaan Puan Saliha jika tabungan ialah RM 4 600.
RM 37 220
RM 37 520
RM 41 820
RM 43 400
Maksud pendapatan boleh guna ialah....
pendapatan bersih yang boleh digunakan setelah ditolak potongan wajib
baki pendapatan yang boleh digunakan setelah ditolak jumlah perbelanjaan
jumlah pendapatan bersih yang boleh digunakan untuk membayar potongan wajib
jumlah pendapatan yang boleh digunakan untuk membuat perbelanjaan penggunaan
Rajah menunjukkan langkah-langkah menyediakan belanjawan peribadi. Langkah Q ialah..
menabung sebahagian pendapatan
menyusun perbelanjaan mengikut keutamaan
mengenal pasti punca pendapatan dan potongan wajib
mengimbangi anggaran pendapatan boleh guna dan perbelanjaan
Antara yang berikut, manakah yang akan meningkatkan perbelanjaan penggunaan?
Kerajaan membekukan kenaikan gaji kakitangan kerajaan
Kadar cukai pendapatan perseorangan akan bertambah
Golongan berpendapatan rendah menerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR)
Pasar raya meningkatkan harga barangan di premisnya
Berikut merupakan sebab mengapa kaedah pembayaran kad kredit semakin popular kecuali.....
Meminimumkan risiko kecurian
Meminimumkan bayaran tunai
Meminimumkan risiko bankrap
Individu berpeluang memiliki barang yang mahal dan mewah
Jenis pekerjaan manakah yang tergolong dalam sektor utama?
Pengurus ladang kelapa sawit
Pelombong
Pemandu lori
Arkitek
Antara yang berikut, manakah yang menerangkan upah benar?
Upah yang diterima dalam bentuk wang
Digunakan untuk menentukan taraf hidup individu
Merujuk kepada kemampuan upah wang untuk membeli barang
Keupayaan menghasilkan barang dan perkhidmatan
Upah ialah ganjaran yang diterima oleh
(a)
Sewa ialah ganjaran kepada pemilik
(a)
Faedah ialah ganjaran kepada pemilik modal wang yang sanggup menangguhkan (a) penggunaan pada masa kini.
Untung ialah ganjaran kepada
(a)
Dividen ialah ganjaran yang diterima oleh pemilik modal wang yang (a) di institusi kewangan yang patuh syariah.
