wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perniagaan T6 Sem 2 - Bab 9: Pembuatan Keputusan

Total questions: 35

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

Berikut yang manakah definisi membuat keputusan?

a)

Proses menentukan matlamat dan memilih tindakan yang harus dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut

b)

Proses penyelesaian masalah dengan memilih satu cara yang terbaik di antara beberapa alternatif yang ada

c)

Proses mengagihkan sumber organisasi untuk melaksanakan tugas yang ditetapkan supaya matlamat organisasi dapat dicapai

d)

Proses pemantauan prestasi dan memastikan hasil akhir kerja tercapai seperti yang diinginkan

2.

Terdapat 2 jenis keputusan iaitu keputusan rutin dan keputusan tak rutin. Pilih 3 yang betul tentang Keputusan rutin iaitu

a)

keputusan yang dibuat terhadap masalah yang biasa dan kerap berlaku

b)

keputusan tehadap masalah yang boleh dijangka

c)

keputusan dibuat menggunakan kaedah yang telah distruktur

d)

contoh keputusan ialah pengenalan produk baharu oleh pesaing

3.

Membeli peralatan, pembayaran cukai, pengambilan pekerja, penggajian, disiplin pekerja merupakan

a)

Keputusan Rutin

b)

Keputusan Tak Rutin

4.

Membuka cawangan baharu di luar negara merupakan......

a)

keputusan rutin

b)

keputusan tak rutin

5.

Yang manakah antara berikut TIDAK terlibat dalam proses membuat keputusan?

a)

Mengenalpasti matlamat

b)

Mengutip data

c)

Menganalisis data

d)

Menilai alternatif

6.

Langkah ketiga dalam proses pembuatan keputusan ialah (a)  

7.

Mencari alternatif-alternatif sebelum dapat membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Pengurus boleh berbincang dengan staf syarikat atau rakan atau konsultan untuk mendapat alternatif penyelesaian. Kemudian membentuk seberapa banyak alternatif atau jalan penyelesain yang berkaitan.

a)

Mengutip Data

b)

Menganalisis Data

c)

Menjana Alternatif

d)

Menilai Alternatif

8.

Sila pilih tiga sumber dalaman yang boleh diguna untuk mengutip data dalam proses pembuatan keputusan.

a)

Tahap persaingan

b)

Bahan mentah yang sedia ada

c)

Bilangan pekerja

d)

Keadaan ekonomi

e)

Kedudukan kewangan syarikat

9.

Pilih susunan yang betul untuk proses pembuatan keputusan

a)

1.mengenal pasti masalah,

2.mengutip data,

3.menjana alternatif,

4.menganalisis data,

5.menilai alternatif,

6.memilih alternatif

b)

1.mengenal pasti masalah,

2.mengutip data,

3.menganalisis data,

4.menilai alternatif,

5.menjana alternatif,

6.memilih alternatif

c)

1.mengenal pasti masalah,

2.mengutip data

3.menganalisis data

4.menjana alternatif

5.menilai alternatif

6.memilih alternatif

d)

1.mengenal pasti masalah,

2.menganalisis data,

3.mengutip data,

4.menilai alternatif,

5.menjana alternatif,

6.memilih alternatif

10.

Berikut merupakan alat membuat keputusan kualitatif KECUALI

a)

analisis tulang ikan

b)

teknik delphi

c)

teknik kumpulan nominal

d)

sisihan piawai

11.

Yang manakan BUKAN kelebihan alat membuat keputusan kuantitatif

a)

keputusan cepat dibuat

b)

sesuai untuk jangka panjang

c)

berbentuk objektif

d)

menjimatkan kos

12.

Nilai data yang terletak ditengah-tengah data yang telah disusun mengikut tertib.

a)

Median

b)

Min

c)

Mod

d)

Sisihan Piawai

13.

Jumlah semua nilai data dibahagikan dengan bilangan data.

a)

Median

b)

Min

c)

Mod

d)

Sisihan Piawai

14.

Nombor yang paling kerap berulang atau kumpulan data dengan kekerapan yang paling tinggi.

a)

Median

b)

Min

c)

Mod

d)

Sisihan Piawai

15.

Pilih dua jenis alat pembuatan keputusan.

a)

alat pembuatan keputusan kontigensi

b)

alat pembuatan keputusan kualitatif

c)

alat pembuatan keputusan kuantitatif

d)

alat pembuatan keputusan karismatik

16.

Pilih tiga alat pembuatan keputusan yang betul.

a)

Statistik deskriptif

b)

Carta Gantt

c)

Pokok Keputusan

d)

Analisis tulang ikan

e)

Bajet tunai

17.

Berikut merupakan alat membuat keputusan kualitatif KECUALI

a)

analisis tulang ikan

b)

pokok keputusan

c)

Kumpulan Fokus

d)

Teknik Delphi

18.

Contoh pengiraan: Sebuah syarikat pemasaran automobil di sebuah pekan mempunyai 5 orang jurujual kereta. Pada tahun lalu jurujual A, B, C, D dan E masing-masing dapat menjual 80 buah kereta, 75 buah, 92 buah, 88 buah dan 65 buah. Kira min kereta yang dijual oleh jurujual?

a)

75

b)

78

c)

80

d)

82

19.

Definisi ........ ialah satu kumpulan panel yang dibentuk mengikut struktur supaya ahli diberi peluang untuk memberikan idea dan menyelesaikan sesuatu masalah yang wujud

a)

Kumpulan Fokus

b)

Teknik Kumpulan Nominal

c)

Teknik Delphi

20.

Kegunaan maklumat kepada pembuat keputusan ialah

a)

sebagai alat pemantauan prestasi organisasi

b)

meningkatkan kualiti pengeluaran barang dan perkhidmatan

c)

sebagai strategi meluaskan pasaran

21.

Sumbangsaran ialah......

a)

pengutipan data atau maklumat berdasarkan kaedah tinjauan daripada ahli panel

b)

pengumpulan dan penyusunan dalam bentuk angka dan dianalisis sebelum membuat keputusan

c)

sekumpulan individu daripada pelbagai bidang pengetahuan dan kemahiran dikumpulkan

d)

percambahan fikiran, dan semua ahli dalam kumpulan dibenarkan memberi pendapat secara bergilir-gilir terhadap topik yang dibincangkan

22.

Maklumat yang jelas dan lengkap, hasil keputusan adalah pasti.

a)

Situasi kepastian

b)

Situasi risiko

c)

Situasi ketidakpastian

d)

Situasi kesamaran

23.

Nyatakan kelemahan teknik kumpulan nominal

a)

akan timbul rasa dendam di kalangan ahli

b)

mengambil masa yang lama untuk dapat persetujuan

c)

mengambil masa yang lama untuk mengumpul data dan maklumat

d)

ahli kumpulan mungkin bukan pakar dalam bidang yang dibincangkan

24.

Yang berikut adalah faktor kedapatan maklumat iaitu....

a)

cara maklumat wujud

b)

cara mendapatkan pendapatan

c)

cara mendapatkan maklumat

25.

Faktor kecekapan dalam pembuatan keputusan ialah

a)

konservatif, intuisi, kepakaran

b)

Personaliti,kebijaksanaan,kreativiti

c)

kesempurnaan. kebijaksanaan, intuisi

26.

Antara yang berikut, yang manakah tidak berkaitan dengan alat pembuatan keputusan kuantitatif.

a)

menggunakan nombor atau angka

b)

menggunakan alat pembuatan keputusan seperti sumbang saran dan analisis tulang ikan.

c)

membuat analisis matematik dan statistik

d)

keputusan dibuat berdasarkan faktor-faktor yang objektif.

27.

Sumbangan idea secara bebas daripada sekumpulan individu tanpa menghadkan jumlah idea yang diberi.

a)

Sumbang saran

b)

Kumpulan fokus

c)

Teknik Delphi

d)

Kumpulan nominal

28.

Perbincangan yang dijalankan oleh sekumpulan orang bersama-sama dengan seorang fasilitator.

a)

Sumbang saran

b)

Kumpulan fokus

c)

Teknik Delphi

d)

Kumpulan nominal

29.

Tandakan 3 kelemahan alat pokok keputusan.

a)

hanya sesuai untuk masalah yang melibatkan angka

b)

tidak sesuai untuk masalah yang baharu

c)

memerlukan kos yang tinggi terutama kos penyelidikan

d)

sukar untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

30.

Antara yang berikut yang manakah BUKAN kaedah yang digunakan untuk mengutip data?

a)

Soal selidik

b)

temubual

c)

pemerhatian

d)

analisis data

31.

Masalah yang jumpa buat kali pertama, hasil keputusan adalah tidak menentu.

a)

Situasi kepastian

b)

Situasi risiko

c)

Situasi ketidakpastian

d)

Situasi kesamaran

32.

Pilih penyataan yang TIDAK BENAR tentang kumpulan fokus

a)

seorang fasilatator dilantik untuk membantu perbincangan

b)

ahli kumpulan perlu bersikap terbuka

c)

ahli terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berlainan.

d)

tidak dibenarkan untuk mengkritik idea orang lain

33.

Definisi ...... ialah maklumat yang diperolehi daripada sumber yang sahih dan boleh diukur, serta memberi gambaran sebenar dari sumber yang sah, maka pembuatan keputusan jadi lebih tepat.

a)

kuantiti/jumlah maklumat

b)

ketersediaan maklumat

c)

kualiti maklumat

34.

"Hanim membuat keputusan untuk memesan stok baharu apabila stok sedia ada hampir habis". Antara yang berikut yang manakah berkaitan dengan jenis keputusan di atas?

a)

keputusan yang dibuat untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang biasa atau boleh dijangka.

b)

keputusan yang menggunakan kaedah berstruktur, berprogram atau disediakan.

c)

biasanya melibatkan pengurus peringkat bawahan.

d)

menggunakan kaedah baru yang tidak distrukturkan.

35.

Pembuat keputusan mempunyai maklumat tidak lengkap / tidak cukup tetapi hasil yang dijangkakan tepat/jelas dan boleh dicapai. Keadaan ini merujuk kepada situasi......

a)

risiko

b)

kesamaran

c)

ketidakpastian

d)

kepastian