wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

kata hubung

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Para pelajar perlu ingat _______________ pelajaran sangat penting dalam kehidupan mereka.

a)

walaupun

b)

bahawa

c)

yang

d)

supaya

2.

Emak sedang menjemur pakaian _____________________berbual-bual dengan jiran.

a)

agar

b)

tetapi

c)

manakala

d)

sambil

3.

Encik Muthu membaca surat khabar __________________ menunggu pelanggan tiba.

a)

manakala

b)

kerana

c)

agar

d)

sementara

4.

Hadiah itu dibalut dengan kertas yang berwarna ____________________ kelihatan cantik.

a)

apabila

b)

kerana

c)

kecuali

d)

agar

5.

Adik asyik menangis ______________________ telah dipujuk oleh ibu sejak pagi tadi.

a)

tetapi

b)

walaupun

c)

kerana

d)

apabila

6.

Saya suka makan semua jenis buah-buahan tempatan ____________________buah durian.

a)

dan

b)

serta

c)

kecuali

d)

tetapi

7.

Nabil tetap menyertai ekspedisi itu ________ dia kurang sihat.

a)

melainkan

b)

walaupun

c)

agar

d)

jika

8.

Penduduk kampung mula mengagumi Abang Ikram ______ kejayaan projek ternakan ikan keli yang diusahakannya.

a)

lantas

b)

malahan

c)

lantaran

d)

manakala

9.

Basirah terkejut ______ bahunya ditepuk oleh Aisyah.

a)

apabila

b)

sambil

c)

hingga

d)

untuk

10.

Abang Zaki bekerja pada setiap hari _____ pada hari Ahad.

a)

kecuali

b)

malahan

c)

jikalau

d)

kemudian

11.

Kita perlu mencuci tangan dengan sabun ______ berkebun.

a)

sungguhpun

b)

melainkan

c)

setelah

d)

ketika

12.

Cikgu Razman ternampak sehelai cebisan kertas di bawah meja __________ mengambilnya untuk dibuang ke dalam tong sampah.

a)

dan

b)

lalu

c)

atau

d)

supaya

13.

Razif menggilap sepatu yang hendak dipakainya ke majlis itu ____________ kelihatan menarik.

a)

untuk

b)

kerana

c)

supaya

d)

jikalau

14.

Jamilah berjanji dengan Anis untuk bertemu di Restoran Ibuku pada pukul lapan malam _______________ dia berangkat ke Scotland esok.

a)

apabila

b)

sebelum

c)

sekiranya

d)

sementara

15.

Lampu isyarat itu bertukar warna merah _______________ kereta ayah hampir dengan garisan itu.

a)

apabila

b)

sebelum

c)

sekiranya

d)

sementara