Font size
WorksheetsKUIZ PDPR P.PERAKAUNAN
Total questions: 65
Worksheet time: 33mins
Apakah yang dimaksud dengan Perakaunan?
Perekodan sistematik
Aktiviti simpan kira dari menyusun sehingga melapor
Perekodan sistematik di dalam sesebuah organisasi termasuk menganalisis, mentafsir, merancang, menilai dan merumus
Perekodan yang tdak sistematik
Di dalam Kitaran Perakaunan, apakah proses seterusnya selepas penyediaan Buku Catatan Pertama
Penyata Kewangan
Pelarasan
Lejar
Dokumen Sumber
Yang manakah bukan Sub Bidang Perakaunan ?
Penstoran
Pengauditan
Perakaunan Pengurusan
Percukaian
Apakah fungsi Juruaudit ?
Melaporkan maklumat perakaunan untuk pengguna luaran dan dalaman
Mentaksir cukai syarikat berdasarkan penyata kewangan yang diaudit
Memeriksa secara menyeluruh dan membuat pengesahan rekod perakaunan adalah betul dan tepat
Menyediakan maklumat perakaunan untuk pengguna dalaman
Apakah yang dimaksudkan dengan professional?
Tiada kepakaran dalam sesuatu bidang
Tiada akauntabiliti dalam tugasan yang diberikan
Ada kepakaran dalam bidang tertentu tetapi tiada kredibiliti
Ada kepakaran dalam bidang tertentu dan menunjukkan minat yang mendalam.
Apakah fungsi badan perakaunan di atas?
Menggubal dan menerbit piawaian perakaunan
Memberi khidmat sokongan kepada ahli
Menentukan kelayakan sesorang menjadi ahli
Melatih Akauntan Bertauliah
Apakah Fungsi Badan Perakaunan di atas?
Memberi pendedahan peraturan dan undang-undang
Mengkaji dan menangani perubahan semasa dalam perniagaan
Memajukan profession perakaunan
Menggubal dan menerbitkan piawaian perakaunan
Berikut merupakan ciri-ciri kepimpinan seorang Akauntan kecuali :
Akauntabiliti,
Integriti
Sosialis
Kredibiliti
Mengikut kitaran perakaunan, apakah yang harus dibuat selepas perekodan di Buku Catatan Pertama?
A. Pengeposan ke lejar
B. Penyediaan Imbangan Duga
C. Penyediaan Penyata Kewangan
D. Catatan Penutup
Antara berikut, yang manakah merupakan tuntutan terhadap aset perniagaan oleh pihak luar?
A Liabiliti
B. Aset semasa
C. Ekuiti pemilik
D. Aset bukan semasa
Antara berikut, yang manakah merupakan butiran aset semasa?
I Overdraf bank
II. Deposit telefon
III. Hasil belum terperoleh
IV. Hasil belum terima
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D.III dan IV
Buku Catatan Pertama yang merupakan Jurnal Khas ialah ......
A. Jurnal Am
B. Buku Tunai
C. Jurnal Belian
D. Buku Tunai Runcit
Ciri kualitatif Penyata Kewangan termasuk ......
I. Kebolehbandingan
II. Kebolehfahaman
III. Keseragaman
IV. Pemasaan
A. I, II dan III.
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV.
D. II, III dan IV
" Komisen yang masih belum diterima pada akhir tempoh perakaunan perlu diselaraskan dalam Akaun Komisen sebelum untung bersih dapat ditentukan"
Berpandukan situasi di atas, apakah Prinsip Perakaunan yang dipatuhi ?
A. Ketekalan
B. Prinsip Kos
C. Entiti Berasingan
D. Pengiktirafan Hasil dan Belanja
Pilih pernyataan yang benar tentang "Ekuiti Pemilik" ?
A. Tuntuan pihak luar terhadap aset perniagaan.
B. Tuntuan pemilik terhadap aset perniagaan.
C. Harta yang digunakan untuk menjana pendapatan.
D. Hutang perniagaan terhdapa pihak ketiga.
Manakah yang berikut merupakan aset semasa perniagaan?
Akaun Belum Terima, Inventori, Bank, Tunai
Tunai, Premis, Akaun Belum Terima, Overdraf Bank
Tunai, Akaun Belum Terima, Kadar Bayaran, Inventori
Jentera, Inventori, Akaun Belum Terima, Tunai
Butiran manakah adalah belanja operasi perniagaan?
Gaji
Insurans peribadi
Rugi atas jualan aset bukan semasa
Faedah simpanan tetap
Apakah item yang akan menambahkan kos belian?
Duti import
Angkutan keluar
Pulangan keluar
Insurans atas belian
Butiran manakah yang dicatat di bahagian kredit Akaun Untung Rugi?
Susut nilai
Komisen diterima
Hutang Lapuk
Faedah simpanan tetap
Apakah fungsi Penyata Kedudukan Kewangan?
Menentukan keuntungan atau kerugian perniagaan dalam tempoh kewangan yang tertentu
Memastikan kedudukan kewangan sesuatu perniagaan pada tarikh tertentu
Menunjukkan jumlah hutang perniagaan terhadap pemilik perniagaan
Menyemak ketepatan catatan bergu dalam perniagaan
Aset Semasa mempunyai tahap kecairan yang lebih _________ daripada Aset Bukan Semasa.
rendah
tinggi
Liabiliti Bukan Semasa ialah hutang peniagaan yang __________ dari setahun untuk menjelaskannya.
lebih
kurang
Kadar bayaran ialah
Hasil
Belanja
Kadar bayaran ialah
Hasil
Belanja
Faedah atas simpanan tetap ialah
Hasil
Belanja
Berikut merupakan komponen Penyata Kedudukan Kewangan, kecuali
Hasil
Aset Bukan Semasa
Liabiliti Bukan Semasa
Ekuiti Pemilik
KOMPONEN AKAUN PERDAGANGAN
JUALAN BERSIH & KOS JUALAN
JUALAN KASAR & KOS BELIAN
HASIL & BELANJA
HASIL BERSIH & JUALAN PERNIAGAAN
KOMPONEN PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN
I ASET
II LIABILITI
III HASIL
IV EKUITI PEMILIK
I, II & III
I, II & IV
II, III & IV
I, III & IV
HASIL OPERASI IALAH
KOMISEN DITERIMA
KOMISEN DIBAYAR
DIVIDEN
FAEDAH OVERDRAF
BELANJA AM, KADAR BAYARAN, INSURANS IALAH
HASIL OPERASI
BELANJA OPERASI
HASIL BUKAN OPERASI
BELANJA BUKAN OPERASI
FAEDAH ATAS PINJAMAN IALAH
BELANJA OPERASI
HASIL OPERASI
BELANJA BUKAN OPERASI
HASIL BUKAN OPERASI
Kenderaan direkodkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan berasaskan kos belian pada tarikh belian walaupun harga semasa telah berubah.
Prinsip perakaunan yang terlibat ialah
Ketekalan
Prinsip kos
Kos manfaat
Usaha berterusan
Perniagaan dianggap mempunyai hayat yang berterusan dan tidak dibubarkan dalam jangka pendek.
Andaian tersebut ialah
Entiti berasingan
Usaha berterusan
Tempoh perakaunan
Wang sebagai ukuran
Kaedah yang sama dan konsisten digunakan untuk merekodkan dan memproses data.
Amalan tersebut adalah berasaskan prinsip
Ketekalan
Entiti berasingan
Usaha berterusan
Pengiktirafan hasil dan belanja
Perniagaan Zack telah merekodkan promosi RM500 dalam penyata kewangan termasuk promosi belum dijelaskan sebanyak RM80.
Apakah prinsip perakaunan yang dipatuhi?
Ketekalan
Usaha berterusan
Entiti berasingan
Pengiktirafan hasil dan belanja
Encik Gan merekodkan perabot peribadi yang telah dibawa masuk ke dalam perniagaan sebagai modal tambahan.
Apakah andaian perakaunan yang diamalkan oleh Encik Gan?
Ketekalan
Prinsip kos
Usaha berterusan
Entiti berasingan
Penyata Kewangan Intan Enterprise disediakan berdasarkan semua urus niaga yang berlaku daripada 1 Julai 2019 sehingga 30 Jun 2020.
Andaian perakaunan yang terlibat adalah
Entiti berasingan
Tempoh perakaunan
Prinsip kos
Kos manfaat
Bayaran pengiklanan Kedai Dobi Mesra dikenakan sebanyak RM1800.
Andaian perakaunan yang terlibat adalah
Kos manfaat
Prinsip kos
Pengiktirafan hasil dan belanja
Wang sebagai ukuran
Kedai Jaya sentiasa memastikan kos penyediaan maklumat kepada pengguna adalah kurang daripada nilai maklumat tersebut kepada pengguna Penyata Kewangan. Hal ini adalah untuk memastikan Kedai Jaya menikmati untung bersih yang lebih tinggi.
Pernyataan di atas berkaitan dengan
Prinsip kos
Usaha berterusan
Kos manfaat
Pengiktirafan hasil dan belanja
Perabot mewah yang dibeli oleh Puan Suzy untuk kegunaan kediamannya tidak direkodkan dalam buku perakaunan Kedai Suzy.
Nyatakan andaian/prinsip/batasan perakaunan yang telah dipatuhi.
(a)
Tidak ada titik akhir dalam jangka hayat Karen Enterprise. Perniagaan ini akan terus beroperasi untuk tempoh yang tidak terbatas.
Nyatakan andaian/prinsip/batasan perakaunan yang terlibat.
(a)
Lejar adalah buku yang
A)Menyenaraikan kos jualan bagi satu tempoh perakaunan
B)Merekod hasil dan belanja untuk mengira keuntungan perniagaan
C)Merekodkan semua perbelanjaan perniagaan dalam tempoh perniagaan
D)Mengandungi pelbagai jenis akaun yang digunakan untuk merekod urus niaga
Akaun berikut yang diperoleh daripada Kedai Buku Taib akan dikelaskan kepada 2 jenis lejar.
Akaun Perabot= Debit Kedai Perabot Lim RM 520
```
Akaun Kedai Perabot Lim= Kredit Perabot RM 520
Apakah jenis lejar tersebut?
A)Akaun Perabot= Lejar AM, Kedai Perabot Lim =Lejar Belian
B)Akaun Perabot=Lejar Am, Kedai Perabot Lim=Lejar Am
C) Akaun Perabot=Lejar Belian. Kedai Perabot Lim= Lejar Am
D)Akaun Perabot= Lejar Belian, Kedai Perabot Lim= Lejar Belian
Apakah X dan Y?
Rajah berkaitan
dengan pembahagian akaun.
Akaun
↙
A) X=Akaun Modal, Y= Akaun Ambilan
B)X= Akaun Jualan, Y =Akaun Belian
C) X=Akaun Belum Bayar, Y= Akaun Belum Terima
D) X= Akaun Kadar Bayaran, Y= Akaun Dividen
Lejar terbahagi kepada dua jenis iaitu.........
A) Lejar Belian dan Lejar Jualan
B) Lejar Am dan Lejar Khas
C) Lejar Akaun Brelum Terima dan Lejar Akaun Belum Bayar
D) Lejar Aset dan Lejar Liabiliti
Antara berikut, pernyataan manakah yang TIDAK benar tentang lejar?
A) Akaun modal dan akaun ambilan direkodkan ke dalam lejar am
B) Lejar subsidiarI terdiri daripada lejar jualan dan lejar belian
C) Lejar belian digunakan untuk merekod semua ak belum bayar
D) Lejar Ak Belumr Bayar dikenali juga sebagai lejar jualan
Akaun manakah
yang mempunyai baki kredit?
A) Akaun ambilan
B) Akaun Insurans prabayar
C) Akaun sewa dibayar
D) Akaun kadar bayaran belum bayar
Antara berikut yang manakh merupakan akaun nominal?
A) Akaun Perabot
B) Akaun Kadar Bayaran Prabayar
C) Akaun dividen
D) Akaun Kenderaan
Antara berikut, yang manakah benar Lejar Jualan?
A) Melibatkan urus niaga jualan tunai
B) Merekod urus niaga belian kredit
C) Mencatat semua akaun belum bayar
D) Merekod urus niaga jualan kredit
Antara yang berikut, akaun manakah direkodkan dalam lejar subsidiary?
i) Akaun aset
ii)Akaun hasil
iii) Akaun Belum Bayar
iv)Akaun Belum terima
A) i dan ii
B) i dan iv
C)ii dan iii
D) iii dan iv
Peniaga telah membuat ambilan wang tunai sebanyak RM350 untuk kegunaan sendiri tetapi tiada rekod dibuat berkaitan dengan jenis kesilapan:
Kesilapan ketinggalan salah satu urusniaga
Kesilapan terbalik
Kesilapan komisen
Kesilapan saling mengimbangi
Akaun Faedah Atas Pinjaman sebanyak RM400 dikredit dan didebitkan ke akaun Bank. kesilapan ini merujuk kepada kesilapan
Komisen
Sonsang
Amaun
Prinsip
Jualan kepada Risodah sebanyak RM3000 direkodkan dalam akaun Rashidah.
Kesilapan jenis ini adalah
Kesilapan Terbalik
Kesilapan Komisen
Kesilapan Ketinggalan Satu Urusniaga
Kesilapan Prinsip
Pulangan jualan oleh Salmah RM550 telah direkodkan sebagai RM 505di dalam Jurnal Pulangan Jualan dan dipindahkan ke dalam Akaun Pulangan Jualan.
Kenyataan ini merujuk kepada jenis kesilapan
Kesilapan Amaun
Kesilapan Prinsip
Kesilapan Terbalik
Kesillapan Saling Mengimbangi
Belanja membaiki kenderaan sebanyak RM600 telah didebitkan dalam Akaun Kenderaan. Ini adalah jenis kesilapan
Kesilapan prinsip
Kesilapan amaun
Kesilapan saling mengimbangi
Kesilapan komisen
yang manakah antara berikutbukan kelemahan sistem inventori berkala?
Tidak menyimpan rekod inventori yang keluar dan masuk
Inventori akan ditentukan pada akhir tempoh perakaunan
Pengiraan inventori dilakukan secara manual
perniagaan besar akan menggunakan sistem ini dalam merekodkan inventori
Perniagaan manakah yang menjalankan perekodan inventori secara berkala
TESCO
MYDIN
AEON
Perniagaan Buku Kita
Kesilapan tidak ketara terdapat dalam ............kesilapan
4
5
6
7
Kesilapan terbalik juga dinamakan kesilapan .............................
amaun
prinsip
sonsang
komisen
