wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PEERs PJPK Amang Seksual

Total questions: 14

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

berikut merupakan Contoh Hak Kesihatan Reproduktif dan Seksual KECUALI,

a)

Hak untuk Hidup, Kebebasan dan Keselamatan

b)

Hak untuk Kesamaan Gender dan Tidak Mendiskriminasi

c)

Hak untuk mendapatkan kekayaan sendiri

d)

Hak untuk Bebas daripada Penyeksaan, Kekejaman atau Menghukum

2.

Golongan remaja perlu mengetahui kepentingan hak kesihatan reproduktif dan seksual mereka dengan sebaik-baiknya sebelum menempuh alam dewasa.


Antara hak kesihatan reproduktif dan seksual yang perlu diketahui remaja ialah:

-Hak daripada Perspektif Individu

-Hak daripada Perspektif Keluarga

-Hak daripada Perspektif Masyarakat

a)

BETUL

b)

SALAH

3.

Berdasarkan contoh yang diberikan, pilih bentuk tingkah laku yang betul.


Contoh:

Menunjukkan bahan lucah, melukis gambar lucah dan menulis surat berunsur seksual.

a)

gangguan secara lisan

b)

Gangguan bukan lisan

c)

gangguan visual

d)

gangguan psikologi

4.

Hak untuk pendidikan reproduktif dan seksual ialah

a)

remaja harus mengamalkan gaya hidup urban tanpa mengira batas pergaulan

b)

perkara yang dipelajari demi kepuasan diri sendiri

c)

proses pembelajaran sepanjang kehidupan

d)

berkelakuan individualistik untuk kesejahteraan hidup

5.

'Remaja perlu lebih terbuka untuk berkongsi masalah dengan keluarga'.


Berikut adalah Kepentingan Mengetahui Hak Kesihatan Reproduktif dan Seksual .


Manakah hak kesihatan reproduktif dan seksual yang paling sesuai dengan pernyataan di atas?

a)

Hak daripada Perspektif Keluarga

b)

Hak daripada Perspektif Individu

c)

Hak daripada Perspektif Masyarakat

6.

Berdasarkan contoh yang diberikan, pilih bentuk tingkah laku yang betul.


Contoh:

kata-kata gurauan, usikan, bunyian, dan soalan yang berbentuk cadangan seksual.

a)

gangguan secara lisan

b)

gangguan bukan lisan

c)

gangguan psikologi

d)

gangguan visual

7.

Berdasarkan contoh yang diberikan, pilih bentuk tingkah laku yang betul.


Contoh:

Pandangan atau kerlingan yang mempunyai niat atau keinginan, menjilat bibir, memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks.

a)

gangguan secara lisan

b)

gangguan bukan lisan

c)

gangguan fizikal

d)

gangguan psikologi

8.

Apakah definisi yang tepat bagi amang seksual?

a)

Tingkah laku seksual yang melibatkan keganansan terhadap remaja perempuan.

b)

Serangan seksual secara berterusan yang dilakukan dalam kalangan ahli keluarga.

c)

Hubungan seksual yang dilakukan secara sukarela antara remaja perempuan dan remaja lelaki.

d)

Serangan seksual yang berlaku secara fizikal terhadap atau bukan fizikal terhadap kanak-kanak walaupun tanpa persetubuhan.

9.

'Remaja perlu melindungi diri mereka daripada menjadi mangsa penderaan seksual. Mereka perlu tahu batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan'. Pernyataan ini menunjukkan hak daripada perspektif ...... .

a)

individu

b)

keluarga

c)

masyarakat

d)

dunia

10.

Terdapat lima kategori gangguan seksual iaitu bentuk tingkah laku ...... .

a)

pandangan tajam, percakapan lucah, menunjukkan alat kemaluan, kekerasan & kelakuan hinaan

b)

lisan, bahasa tubuh, visual, psikologi dan fizikal

c)

Isyarat lucah, menghantar gambar lucah menerusi telefon, menghantar video lucah, berjenaka lucah dan sering mengintip

d)

Memaksa, memukul, menyentuh tubuh badan mangsa, mengugut & memberi barang lucah

11.

Melakukan gurauan yang berunsurkan lucah ialah ...........

a)

Gangguan secara lisan

b)

Gangguan bukan lisan

c)

Gangguan visual

d)

Gangguan psikologi

e)

Gangguan fizikal

12.

Bagaimanakah mengatakan TIDAK kepada Amang Seksual?

a)

Sentiasa berada di tempat yang tersembunyi.

b)

Menolak pelawaan untuk berdua-duaan.

c)

Berdiam diri apabila diri diancam dan dalam keadaan berbahaya.

d)

Mencabar diri dan mencari bahaya.

13.

Seorang menghubungi anda melalui media sosial dan mengajak anda untuk berjumpa di taman yang berdekatan. Apakah tingkah laku anda yang bijak?

a)

Berjumpanya bersama dengan rakan lain.

b)

Tidak memberi respon dan tidak menerima pelawaannya.

c)

Ajak ibu untuk berjumpa dengannya.

d)

Beranikan diri untuk berjumpa dengannya.

14.

Apakah kesan Psikologi kepada mangsa amang seksual?

a)

hilang motivasi diri

b)

dikenakan denda, penjara atau sebatan

c)

mengalami trauma

d)

sentiasa berada dalam ketakutan