Font size
WorksheetsKata Banyak Makna
Total questions: 10
Worksheet time: 8mins
Pilih ayat yang betul bagi penggunaan perkataan 'erat'. Jawapan mungkin lebih dari satu.
Anisa dan Nita Tinggal erat antara satu sama lain.
Persahabatan antara Sin dan Biki sangat erat sejak daripada mereka kecil.
Ibu memegang tangan adik dengan erat semasa melintas jalan raya.
Pilih ayat yang betul bagi penggunaan perkataan 'cetek'. Jawapan mungkin lebih dari satu.
Air sungai itu menjadi cetek semasa musim kemarau.
Dia tidak boleh menjawab soalan itu kerana pengetahuan amnya sangat cetek.
Matanya kelihatan cetek kerana kurang tidur.
Pilih ayat yang betul bagi penggunaan perkataan 'habis'. Jawapan mungkin lebih dari satu.
Kek pisang itu telah habis dimakan oleh adik sebentar tadi.
Mereka berbual sehingga habis malam.
Sisa makanan itu habis dimakan oleh Si Tompok.
Pilih ayat yang betul bagi penggunaan perkataan 'rendah'. Jawapan mungkin lebih dari satu.
Kebanyakan murid daripada kelas ini rendah dalam mata pelajaran Sains.
Harga kereta nasional lebih rendah daripada harga kereta import.
Barang yang murah tidak semestinya bermutu rendah.
Pilih ayat yang betul bagi penggunaan perkataan 'makan'. Jawapan mungkin lebih dari satu.
Pegawai yang makan suap itu telah ditangkap.
Letupan bom itu telah makan beberapa buah bangunan.
Pilih ayat yang betul bagi penggunaan perkataan 'tamat'. Jawapan mungkin lebih dari satu.
Perkhidmatannya akan tamat pada bulan depan.
Lai Ming tamat mendaki gunung yang tinggi itu
Lesen memandu Fadli tamat pada pertengahan bulan ini
Pilih ayat yang betul bagi penggunaan perkataan 'kelas'. Jawapan mungkin lebih dari satu.
Ali membeli tiket kereta api kelas ekonomi.
Puan Lee ditempatkan di wad kelas pertama di hospital itu.
Kelas itu pecah kerana terhempas ke batu.
Pilih ayat yang betul bagi penggunaan perkataan 'memerah'. Jawapan mungkin lebih dari satu.
Petani-petani itu memerah keringat bekerja di tengah sawah.
Dia memerah kakinya supaya berjalan dengan pantas
Kami memerah otak untuk menyelesaikan masalah Matematik itu.
Pilih ayat yang betul bagi penggunaan perkataan 'kencang'. Jawapan mungkin lebih dari satu.
Nelayan tidak turun ke laut pada musim angin kencang.
Tendangan kencang pemain bola sepak itu telah menggegar jaring gol lawan.
Suaranya yang kencang itu menakutkan sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Pilih ayat yang betul bagi penggunaan perkataan 'dasar'. Jawapan mungkin lebih dari satu.
Pelajar itu mempunyai dasar keluarga yang miskin.
Dasar undang-undang negara diambil daripada
undang-undang lama.
Penyelam itu menyelam hingga ke dasar laut.
