Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PENGAJIAN AM: SEMESTER 2 (BAHAGIAN A, B dan C)

Total questions: 35

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Nyatakan dua usaha kerajaan bagi mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

a)

Membangunkan modal insan

b)

Meningkatkan pendapatan negara

c)

Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D)

d)

Meningkatkan imej negara

2.

Berikan tiga alasan amalan prinsip Rukun Negara yang pertama dalam mencegah berleluasanya masalah sosial dalam negara.

a)

Menjadi benteng penghalang melakukan perkara buruk

b)

Takut dengan undang-undang

c)

Mewujudkan rasa hormat kepada orang lain

d)

Bimbang akan di hina oleh masyarakat

3.

Nyatakan manfaat pelaksanaan Dasar Sukan Negara terhadap masyarakat?

a)

Mengukuhkan ekonomi negara

b)

Memupuk perhubungan dan penyatuan masyarakat dalam kalangan rakyat

c)

Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan

d)

Mengembangkan sukan Malaysia ke peringkat luar

4.

Nyatakan dua anjakan yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).


a)

Memastikan setiap murid menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Ibunda.

b)

Melahirkan rakyat Malaysia yang takut kepada undang-undang

c)

Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan

d)

Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas

e)

Meminimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit

5.

Nyatakan dua manfaat yang diperoleh negara jika integrasi kaum dikekalkan.

a)

Meningkatkan budaya inovasi dalam kalangan masyarakat

b)

Pendapatan negara akan meningkat

c)

Kestabilan politik dikekalkan

d)

Pembangunan ekonomi lancar

6.

Berdasarkan maklumat yang diberikan di dalam petikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah aset bank perdagangan di Malaysia bagi tahun-tahun yang dinyatakan. Nyatakan graf yang sesuai?

a)

Graf bar komponen

b)

Graf bar kompaun

c)

Graf bar gabungan

d)

Graf bar berpasangan

7.

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan aliran indeks pengeluaran sektor perindustrian dari tahun 2005 hingga tahun 2009. Pilih graf yang tepat?

a)

Graf bar kompaun

b)

Graf garis komponen

c)

Graf bar memesong

d)

Graf garis kompaun

8.

Terangkan dua langkah untuk membangunkan modal insan ke arah Malaysia mencapai status negara maju?

a)

Meningkatkan pendidikan berkualiti

b)

Menyediakan pusat-pusat

c)

Meningkatkan kepakaran

d)

Membina lebih banyak sekolah Bestari

9.

Apakah dua cabaran yang harus diatasi bagi membolehkan Malaysia mecapai taraf negara maju?

a)

Mewujudkan negara Malaysia bersatu

b)

Mewujudkan masyarakat yang berjiwa kental

c)

Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan berintegriti

d)

Mewujudkan masyarakat yang makmur

10.

Nyatakan dua langkah oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan prasarana kesihatan ke arah sebuah negara maju.

a)

Menawarkan pakej insurans perubatan yang mampu bayar kepada rakyat

b)

Kualiti perkhidmatan kesihatan yang sentiasa ditingkatkan

c)

Menggiatkan penyelidikan dan pembangunan prasarana kesihatan

d)

Membawa masuk lebih ramai doktor daripada luar negara

11.

Berikan dua punca semangat Rukun Negara semakin terhakis dalam kalangan rakyat

a)

Kurang penghayatan agama / moral.

b)

Kurang semangat patriotism

c)

Pengaruh budaya timur

d)

Perkembangan teknologi maklumat

12.

Nyatakan dua langkah kerajaan untuk membudaya inovasi dalam kalangan rakyat

a)

Meningkatkan lebih banyak peluang pekerjaan

b)

Meningkatkan kesedaran masyarakat

c)

Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan

d)

Mengadakan anugerah inovasi / insentif

e)

Menyediakan pinjaman boleh ubah

13.

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penduduk Malaysia mengikut kumpulan umur dari tahun 2005 hingga tahun 2009. Nyatakan media yang sesuai?

a)

Graf garis kompaun

b)

Graf garis komponen

c)

Graf bar memesong

d)

Graf gabungan

14.

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai permohonan bantuan modal yang diterima oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) daripada beberapa buah koperasi di negara ini dan nilai permohonan yang diluluskan mengikut jenis projek bagi tahun 2010 dan tahun 2011. Nyatakan jenis media yang tepat?

a)

Graf kompaun

b)

Graf Bar berpasangan komponen

c)

Graf gabungan bar kompaun dengan satu garis

d)

Graf bar berpasangan kompaun

15.

Penghayatan dan pengamalan prinsip Rukun Negara adalah penting dalam kalangan semua warganegara Malaysia. Jelaskan tiga kepentingan tersebut.

a)

Meningkatkan nilai moral dalam kalangan masyarakat

b)

Membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum

c)

Mewujudkan sebuah masyarakat yang adil

d)

Memelihara cara hidup yang lebih sistematik

e)

Mengukuhkan jati diri dalam kalangan masyarakat

16.

Penguatkuasaan undang-undang bukan merupakan langkah untuk mencapai matlamat memelihara alam sekitar. Huraikan 2 langkah yang lain?

a)

Meningkatkan kesedaran masyarakat

b)

Menjatuhkan hukuman kepada individu yang membuang sampah merata-rata

c)

Menggunakan kaedah kawalan biologi

d)

Mewartakan hutan simpan

17.

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan penggunaan air bermeter mengikut sektor bagi tempoh tahun 2008 hingga tahun 2010 di Semenanjung Malaysia. Nyatakan media yang sesuai?

a)

Graf bar berpasangan kompaun

b)

Graf bar kompaun

c)

Graf bar komponen

d)

Graf garis kompaun

e)

Graf bar berpasangan komponen

18.

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan bilangan pendatang asing tanpa izin (PATI) mengikut negara asal dan mengikut program penyelesaian menyeluruh pada 16 Disember 2011. Nyatakan carta yang sesuai

a)

Carta pai bandingan

b)

Carta pai bertingkat

19.

Program Bandar Selamat bukanlah satu-satunya cara bagi kerajaan mengurangkan jenayah daripada berleluasa di negara ini. Bincangkan tiga cara tersebut?

a)

Meletakkan CCTV di kawasan panas jenayah

b)

Program kehadiran polis di mana-mana

c)

Pendidikan pencegahan jenayah

d)

Aktiviti kemasyarakatan

e)

Peranan kerajaan

20.

Nyatakan dua faktor yang melambatkan pencapaian Malaysia untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

a)

Kepimpinan yang lemah

b)

Teknologi yang masih rendah

c)

Lambakan graduan universiti

d)

Dasar-dasar negara yang terlalu banyak

21.

Bekalan air bersih semakin berkurangan. Usaha-usaha tertentu perlu diambil bagi mengatasi masalah tersebut. Bincangkan 3 usaha-usaha tersebut.

a)

Meningkatkan penguatkuasaan undang-undang berkaitan pengurusan sumber

b)

Memantapkan pengurusan sumber air

c)

Mengurangkan penggunaan teknologi moden

d)

Mengadakan kempen 'Cintakan Sungai Kita"

22.

Semangat kejiranan merupakan aspek penting dalam kehidupan bermasyarakat. Jelaskan dua aspek penting tersebut?

a)

Meningkatkan kos sara hidup masyarakat

b)

Mengekalkan keharmonian masyarakat

c)

Mengamalkan gotong royong dalam kalangan penduduk

d)

Mengukuhkan perpaduan kaum

23.

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan tenaga buruh di negeri-negeri terpilih dan peratus guna tenaga buruh dari tahun 2014 hingga tahun 2016 di Malaysia. Nyatakan graf yang sesuai?

a)

Graf gabungan kompaun dengan banyak garis

b)

Graf gabungan kompaun dengan satu garis

c)

Graf gabungan komponen dengan satu garis

d)

Graf gabungan komponen dengan banyak garis

24.

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan sekolah mengikut jenis, kategori dan lokasi terpilih pada tahun 2017 di Malaysia. Nyatakan graf yang sesuai?

a)

graf bar berpasangan kompaun

b)

graf bar berpasangan komponen

c)

graf gabungan

d)

Graf bar positif negatif

e)

Graf garis memesong

25.

Nyatakan tiga kepentingan politik yang stabil kepada negara?

a)

Menarik lebih ramai warga asing

b)

Merancakkan ekonomi negara

c)

Meningkatkan pendapatan negara

d)

Meningkatkan imej negara

e)

Menarik pelancong asing

26.

Nyatakan dua kepentingan prinsip kesopanan dan kesusilaan yang terkandung dalam Rukun Negara

a)

Menjadi asas individu yang mulia

b)

Membentuk warganegara yang bersopan santun dan bertatasusila

c)

Menjamin perhubungan yang harmoni dalam masyarakat yang berbilang kaum

d)

Menjadi halatuju mencapai negara maju

27.

Jelaskan dua cara Dasar Kebudayaan Kebangsaan dapat menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum?

a)

Mengamalkan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi

b)

Berkongsi pengalaman pahit dan manis antara satu sama lain

c)

Saling menghormati kepelbagai kebudayan

d)

Mengamalkan nilai murni yang menjamin perpaduan

28.

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kadar perubahan tahunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mengikut sektor terpilih daripada tahun 2010 hingga tahun 2013 (ramalan)?

a)

Graf garis kompaun

b)

Graf garis positif negatif

c)

Graf berpasangan kompaun

d)

Graf gabungan

29.

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan majikan berdaftar dan penerima faedah perlindungan PERKESO serta aliran kes kemalangan perusahaan yang telah dilaporkan dan diselesaikan dari tahun 2007 hingga tahun 2009. Nyatakan media yang sesuai?

a)

Graf gabungan bar kompaun dengan banyak garis

b)

Graf garis positif negatif

c)

Graf berpasangan kompaun

d)

Graf gabungan bar kompaun dengan satu garis

e)

Graf gabungan bar komponen dengan satu garis

30.

Wawasan 2020 merupakan gagasan kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara maju dengan cara tersendiri. Oleh itu, banyak persediaan yang perlu dilakukan oleh rakyat Malaysia bagi mencapai tujuan tersebut. Bincangkan tiga persediaan tersebut?

a)

Menjadi rakyat yang bermoral dan beretika

b)

Peranan kerajaan

c)

Mengamalkan sistem demokrasi yang sebenar

d)

Menjadi masyarakat saintifik dan progresif

e)

Menjadi masyarakat yang memonopoli dalam bidang ekonomi

31.

Sistem pengangkutan awam yang moden dan cekap penting dalam pembangunan sesebuah negara. Namun begitu, terdapat masalah dalam sistem pengangkutan awam. Hal ini menyebabkan pengangkutan awam menjadi pilihan terakhir kepada pengguna. Bincangkan tiga kepentingan pengangkutan awam.

a)

Mengurangkan kemalangan jalan raya

b)

Mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas

c)

Mengurangkan masalah pencemaran

d)

Membantu menjana pembangunan negara

e)

Meningkatkan pendapatan negara

32.

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai menunjukkan bilangan pelawat tempatan yang mengunjungi taman laut di negeri-negeri terpilih di Malaysia dari tahun 2007 hingga tahun 2011. Nyatakan media yang sesuai?

a)

Graf bar berpasangan

b)

Graf bar kompaun

c)

Graf garis kompaun

d)

Graf bar komponen

33.

Sistem pendidikan menjadi landasan yang paling berkesan untuk mengukuhkan perpaduan antara kaum di negara ini. Huraikan tiga jawapan yang sesuai?

a)

Melalui pengguna Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

b)

Melalui aktiviti kokurikum

c)

Memperkasakan sekolah wawasan

d)

Memperkasakan sekolah kebangsaan

e)

Sukatan pelajaran berteraskan latar belakang rakyat Malaysia

34.

Nyatakan petunjuk berlakunya perkembangan ekonomi negara Malaysia?

a)

Peningkatan pembinaan kemudahan ICT

b)

Peningkatan pelaburan asing

c)

Peningkatan ekonomi negara

d)

Meningkatkan peluang pekerjaan

35.

Nyatakan dua cara untuk memastikan kelestarian alam sekitar negara terus terpelihara?

a)

Mengamalkan sop yang ketat

b)

Membanyakkan penanaman pokok

c)

Mengurangkan aktiviti pembalakan

d)

Menggunakan pengangkutan awam

e)

Menanam sampah sarap