NEW
Font size
WorksheetsEkonomi tingkatan 4 bab 3.1 Wang dan bank SPM2018-2019
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Situasi manakah yang menerangkan fungsi wang sebagai alat ukuran nilai?
A. Encik Gan membayar RM5,000 sebagai deposit untuk kereta baharu
B. Cik Selvi membayar RM250 setiap bulan untuk motorsikalnya selama dua tahun
C. Encik Azam menuynjungi lebih daripada 10 gerai komputer untuk membandingkan harga komputer sebelum membeli
D. Puan Maimon membeli barang kemas pada harga diskaun 70% sempena jualan penghabisan stok oleh Intan Jewel Sdn Bhd
Pernyataan manakah yang menerangkan kesan tindakan bank pusat menurunkan kadar rizab berkanun bank perdagangan?
I Penawaran wang dalam pasaran bertambah
II Jumlah permintaan barang berkurang
III Inflasi dapat diatasi
IV Keupayaan bank memberi pinjaman meningkat
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Apakah kelebihan menggunakan overdraf dalam sesuatu urusniaga?
A. Boleh mengeluarkan wang tanpa had
B. Pendeposit di bank perdagangan layak ditawarkan ditawarkan kemudahan ini
C. Dapat digunakan oleh peniaga yang menghadapi masalah aliran wang tunai
D. Faedah yang dikenakan tidak tertakluk terhadap wang yang dikeluarkan
Pernyataan manakah menunjukkan persamaan antara deposit tabungan dengan deposit semasa di bank perdagangan?
I Disediakan buku akaun simpanan
II Pengeluaran wang pada bila-bila masa
III Kemudahan menggunakan kad ATM
IV Boleh memohon kemudahan overdaraf
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Rajah menunjukkan kemudahan pembayaran yang disediakan oleh bank perdagangan.
Apakah kemudahan P?
A. Draf bank
B. Debit langsung
C. Pindahan kredit
D. Perintah sedia ada
Pemegang akaun boleh mengeluarkan wang melebihi baki simpanan yang ada di bank.
Antara yang berikut, yang manakah betul tentang pernyataan di atas?
A. Kemudahan pembiayaan pembelian hartanah
B. Syarat pinjaman memerlukan penjamin dan cagaran
C. Faedah yang dikenakan ke atas jumlah pinjaman yang digunakan
D. Merupakan perjanjian yang dilakukan oleh penghutang kepada pemiutang.
Maklumat dalam jadual berkaitan dengan upah wang dan harga tiga barang di pasaran.
Apakah yang akan terjadi jika harga purata berang berubah kepada RM20.00?
A. Kuasa beli pengguna berkurang
B. Upah benar pengguna meningkat
C. Pendapatan boleh guna berkurang
D. Pendapatan boleh cukai meningkat
Antara berikut, yang manakah merujuk kepada fungsi bank pusat?
A. Menerima deposit daripada pelbagai lapisan masyarakat
B. Menerima dan membuat bayaran kepada pelanggan
C. Memberi pendahuluan sementara kepada kerajaan
D. Memberi pinjaman kepada orang ramai
Wang boleh digunakan dalam pembelian secara ansuran sesuatu barang.
Fungsi wang adalah sebagai
A. ukuran nilai
B. simpanan nilai
C. bayaran tertunda
D. perantaraan pertukaran
Pemilik akaun simpanan tetap
A. dibayar kadar faedah lebih tinggi
B. menerima penyata bank setiap bulan
C. diberi kemudahan cek
D. boleh menggunakan kad juruwang elektronik
