wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bidang 7.3: Pengurusan Kecederaan Sukan

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Rajah di bawah menunjukkan satu prosedur dalam pengurusan kecerederan. Antara berikut, yang manakah prosedur dalam pengurusan kecederaan TOTAPS. (Pilih DUA jawapan).

a)

sentuh untuk memeriksa kawasan yang sakit

b)

meninggikan bahagian badan yang cedera

c)

bantu atlet yang mengalami kecederaan untuk melakukan pergerakan

d)

rawat menggunakan ais

2.

Huruf D yang terdapat dalam D.R.A.B.C. mewakili singkatan bagi

a)

Bahaya

b)

Reaksi

c)

Saluran Udara

d)

Pernafasan

e)

Peredaran Darah

3.

Tindakan yang sesuai untuk Response

a)

Bawa mangsa ke tempat selamat.

b)

Periksa mangsa, dapatkan gerak balas dan tanya soalan kepada mangsa.

c)

Lihat pergerakan pada dada mangsa bagi memastikan berlakunya pernafasan.

d)

Periksa dan pastikan saluran pernafasan mangsa tiada bendasing.

4.

RICER adalah satu teknik rawatan bantu mula bagi kecederaan dalam sukan. Kecederaan yang manakah yang sesuai dirawat mengunakan teknik RICER?

a)

Kulit tercalar kerana terkena kuku pemain lawan semasa bermain bola jaring

b)

Kaki terseliuh semasa melompat dalam bola tampar

c)

Pengsan semasa melakukan aktiviti berintensiti tinggi dalam waktu yang lama

d)

Kaki terpijak paku sewaktu latihan

5.

Apakah maklumat yang diperhati dalam prosedur bantu mula T.O.T.A.P.S

I Reaksi kesakitan pada wajah mangsa

II Perubahan struktur pada bahagian yang cedera

III Meninggikan badan yang cedera

IV Terus member rawatan pada bahagian yang cedera

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Rajah menunjukkan salah satu kaedah rawatan pengurusan kecederaan. Nyatakan kaedah yang digunakan dalam rawatan tersebut

a)

DRABC

b)

RICER

c)

TOTAPS

d)

Splinting dan Taping

7.

Apakah pengurusan kecederaan tersebut?

a)

TOTAPS

b)

DRABC

c)

RICER

d)

CPR

8.

Kenapakah teknik ini perlu dalam pengurusan kecederaan?

a)

Memudahkan pengaliran cecair dari mulut

b)

Memberi keselesaan untuk mangsa tidur dengan nyenyak

c)

Melindungi saluran pernafasan dari lidah yang hilang kontraksi

d)

Memudahkan mangsa dilakukan balutan

9.

Asas pertolongan cemas selepas DRABC adalah....

a)

RICE

b)

TOTAPS

c)

CPR

d)

FISIOTERAPI

10.

Apakah perlu dilakukan dengan kain anduh semasa bantu mula untuk

mangsa yang terseliuh lengan ?

a)

Melegakan kesakitan otot

b)

Memotong dan tampal atas luka

c)

Mengelap darah

d)

Mengampu lengan yang terseliuh

11.

..........terdiri daripada perkataan cardio (jantung), pulmonary (paru-paru) dan resuscitation (pemulihan).

a)

CPR

b)

D.R.A.B.C

c)

T.O.T.A.P.S

d)

R.I.C.E

12.

Huruf S dalam prosedur TOTAPS bermaksud....

a)

Berkomunikasi dengan mangsa

b)

Memerhati kesakitan mangsa

c)

Perlakuan pergerakan asas mangsa

d)

Menyentuh bahagian yang sakit.

13.

Manakah langkah-langkah yang sesuai untuk diambil semasa memberi

bantu mula untuk terseliuh.

a)

Hentikan pendarahan dan balut bahagian yang cedera. Letak ‘pad’ di tepi tulang. Tuap dan mengurangkan pergerakan bahagian yang cedera.

Sokong bahagian yang cedera dengan kain pembalut. Hantar ke hospital.

b)

Berikan rawatan renjatan. Jangan cuba memasukkan sendi yang terkeluar itu ke tempat asal. Jangan lakukan banyak pergerakan. Balut dengan padding atau anduh di tempat yang cedera. Hantar segera ke hospital.

c)

Tekan kawasan yang berdarah sehingga pendarahan berhenti. Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari jantung dan otak. Praktikkan teknik RICE. Hantar ke hospital.

d)

Rehatkan kawasan yang cedera. Letakkan ais yang telah dibungkus dalam kain ke tempat cedera. Balut tempat yang cedera. Tinggikan tempat cedera dari paras jantung. Hantar ke hospital.

14.

Apakah tujuan keadah pengurusan kecederaan RICER diberikan seawal yang mungkin?

I Kembalikan kecerdasan atlet kepada keadaan asal seperti sebelum bertanding

II Meningkatkan julat pergerakan sendi

III Mencegah tisu tisu lain mengalami kecederaan

IV Mengurangkan bengkak yang dialami oleh atlet

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Tindakan yang sesuai untuk Breathing

a)

Bawa mangsa ke tempat selamat.

b)

Periksa mangsa, dapatkan gerak balas dan tanya soalan kepada mangsa.

c)

Lihat pergerakan pada dada mangsa bagi memastikan berlakunya pernafasan.

d)

Periksa dan pastikan saluran pernafasan mangsa tiada bendasing.

16.

Apakah 3 teknik yang boleh digunakan untuk memastikan pernafasan berlaku pada mangsa?

a)

merasa

b)

mendengar

c)

melihat

d)

menekan dada mangsa

17.

Dibahagian manakah kita boleh memeriksa nadi mangsa?

a)

bahu

b)

arteri karotid (leher)

c)

pinggang

d)

jari

18.

Apakah pengurusan kecederaan sukan yang paling utama apabila seseorang itu mengalami kecederaan yang pelbagai (multiple injuries)?

a)

Penggunaan splint

b)

Kawal pendarahan

c)

Kapasiti pengaliran darah

d)

Kenal pasti laluan pernafasan

19.

Apakah yang dimaksudkan dengan splint tarikan?

a)

Mengawal pengaliran darah

b)

Member daya untuk menjadikan tulang sejajar

c)

Splint sementara yang diperbuat daripada bahan yang lembut

d)

Splint yang dihaslikan mengikut keselesann atlet yang cedera

20.

Apakah yang dimaksudkan dengan posisi pemulihan dalam pengurusan kecederaan?

a)

Posisi pembantu mula

b)

Posisi pembantu mula dan atlet yang cedera

c)

Posisi pesakit ketika ditemui semasa kecederaan berlaku

d)

Posisi yang membenarkan pernafasan normal dan kedudukan jantung dapat dilihat semasa kecederaan

21.

Manakah antara berikut yang BUKAN kepentingan Taping?

a)

Meningkatkan maklum balas proprioseptif pada bahagian sendi

b)

Mengurangkan pergerakan pada bahagian tulang

c)

Mengurangkan rasa sakit

d)

Membantu proses pemulihan akibat lebihan gunaan dan kecederaan lain

22.

Apakah jenis splint yang bertujuan untuk memberikan sokongan sementara pada bahagian yang cedera dan memberikan kselesaan pada atlet?

a)

Splint lembut

b)

Splint Keras

c)

Splint Udara atau vakum

d)

Splint tarikan

23.

Apakah tujuan balutan?

a)

Membantu menyembuhkan luka

b)

Membantu pernafasan

c)

Membantu pembebatan

d)

Membantu menguatkan otot

24.

Sebarang urutan pada bahagian yang cedera tidak disarankan dilakukan dalam tempoh berapa jam?

a)

12 Jam

b)

24 Jam

c)

48 Jam

d)

72 Jam

25.

Pengurusan kecederaan DRABC melibatkan pemantauan pernafasan iaitu B (Breathing). Berapakah kadar pernafasan seminit bagi orang dewasa?

a)

12 - 20 kali/seminit

b)

20 - 25 kali/seminit

c)

25 - 40 kali/seminit

d)

30 - 40 kali/seminit