Font size
WorksheetsT401 NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
Total questions: 60
Worksheet time: 44mins
Anak Remaja Berumur Belasan Tahun
-Menduduki PMR
-Anak Che Jah Yang Sering Menimbulkan Masalah
-Memulas Tangan Lalu Menculik Lili
-Menggunakan Senjata Tajam Dan Mengacukannya Di Leher Lili
-Berubah Sikap Menjadi Lebih Baik
Siapakah watak yang dimaksudkan?
Rafiq dan Haziq
Danel
Lili
Gethaa
Siapakah yang menjelaskan isu tentang pembinaan Kubah Surau?
Lili
Geetha
Hajah Aisyan
Danel
Danel bertanggungjawab untuk membangunkan kampung kerana Danel merupakan penduduk tetap kampung, dan dia perlu memperjuangkannya. Latar yang terdapat pada petikan tersebut ialah..
Masyarakat yang prihatin
Masyarakat yang suka mengambil tahu hal orang lain
Masyarakat yang suka menyelesaikan masalah
Masyarakat yang memahami
Penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq yang mencuri kubah surau memandangkan kisah silam mereka yang memang nakal. Latar masyarakat yang terdapat dalam petikan ialah..?
prihatin
suka mengambil tahu hal orang lain
memandang serong terhadap orang lain
menyiasat dengan teliti sebelum mengambil tindakan
Nenek memberitahu Lili bahawa orang Kampung suka bermuka-Muka. Mereka juga suka mengumpat walaupun melalui jendela. Masyarakat yang digambarkan ialah masyarakat yang..?
Masyarakat yang hidup berjiran
Masyarakat yang saling memahami
Masyarakat yang tinggal di kampung
Suka mengambil tahu hal keluarga orang lain
Lili Meminta Izin Nenek Untuk Berada Di Luar Bagi Melihat Kubah Surau Atau Bertemu Che Jah. Peristiwa ini berlaku pada waktu..?
Tengah Hari
Magrib
Petang
Pagi
Siapakah watak yang kurang yakin dengan ubat tradisional yang disediakan oleh datuk?
Haji Abdul Rahman
Hajah Aisyan Tan Abdullah
Abang Rashid
Anak William
Pernyataan yang manakah menunjukkan sikap masyarakat yang prihatin?
Menjelang Waktu Isyak, Lili Melihat Melalui Jendela Sebuah Lori Membawa Kubah Di Puncaknya Terdapat Bulan Sabit.
Danel menyelamatkan Lili Sewaktu Diculik, Membawanya Ke Pekan Dan Banyak Perkara Mereka Bersependapat.
Penduduk kampung menuduh Sugi merayu penduduk kampung menjual tanah sedangkan Sugi mencadangkan supaya tanah-tanah dimajukan dengan penanaman agripolitan
Penduduk kampung menyangka bahawa datuk yang mencadangkan penjualan tanah orang kampung kepada pemaju perumahan.
Datuk tetap menganggap perubatan secara tradisional yang diusahakannya selama ini dapat memberikan bantuan perubatan alternatif kepada pesakit yang datang menemuinya. Nilai yang terdapat dalam petikan ialah..?
Nilai Tanggungjawab
Nilai Prihatin
Nilai Jati Diri
Nilai kasih sayang
Pernyataan manakah yang menggambarkan mengenai nilai baik hati?
Datuk menggunakan kepakarannya untuk membantu orang lain dengan memberikan herba dan akar-akar kayu. Usahanya itu Berjaya sebagai cara memberikan alternatif kepada menyembuhkan penyakit selain berubat secara perubatan moden.
Sebagai ketua keluarga, sikap Seman yang tidak menyayangi ahli keluarga amat mengecewakan. Keluarga yang penuh dengan kasih sayang akan menghasilkan keluarga yang bahagia.
Nenek dan datuk melayan baik Lili walaupun dahulu ibu Lili tidak mendengar nasihat datuk dan neneknya.
Lili Menjenguk Che Jah Untuk Mendapatkan Maklumat Lanjut Tentang Latar Belakang Haziq Dan Rafik.
Pernyataan manakah yang menunjukkan adanya nilai kasih sayang?
Penduduk kampong bergotong-royong membantu menyelesaikan masalah kubah surau.
Datuk menggunakan kepakarannya untuk membantu orang lain dengan memberikan herba dan akar-akar kayu.
Nenek dan datuk melayan baik Lili walaupun dahulu ibu Lili tidak mendengar nasihat datuk dan neneknya.
Penduduk kampong prihatin terhadap masalah yang berlaku dalam kampong mereka
Nyatakan contoh teknik penulisan saspens?
Datuk bermonolog tentang perubatan tradisional yang sekian lama dipeloporinya di kampung itu.
Pembaca tertanya-tanya tentang orang yang melarikan kubah surau. Semuanya menyangkakan bahawa kubah surau dilarikan oleh Haziq dan Rafiq sebagaimana penduduk kampung beranggapan yang sama.
Dialog antara Lili dan datuk tentang ilmu-ilmu agama sebagai menguji pengetahuan Lili terhadap ilmu-ilmu agama.
Penulis menceritakan keadaan kampung tempat tinggal nenek dan datuk Lili.
Lili pulang ke kampung datuknya di Dungun, Terengganu dengan menaiki bas. Walaupun dia tidak gembira dengan percutiannya pada kali ini, namun dia ikutkan sahaja kehendak ibunya supaya ibunya tidak berasa kecil hati. Jelaskan plot yang terdapat dalam petikan?
Perkembangan
Penutup
Permulaan
Konflik
Jelaskan contoh konflik terhadap diri sendiri?
Che Jah berasa sangat kecewa dengan sikap suaminya Seman yang melakukan keganasan dengan memukul anak-anaknya Haziq dan Rafiq sehingga cedera. Oleh sebab tidak tahan dengan tindakan suaminya yang sering mengecewakan itu Che Jah minta diceraikan.
Lili berkonflik terhadap permintaan ibunya supaya dia tinggal di kampung setelah tamat persekolahannya
Datuk berasa terkesan apabila nenek selalu menyindir akan sikapnya yang lebih mengutamakan perubatan tradisional berbanding perubatan moden.
Datuk berhasrat untuk tidak lagi mencari akar-akar kayu akibat sindiran nenek namun minatnya tetap dengan perubatan tradisional menyebabkan datuk keliru.
Apakah tema novel Jendela Menghadap Jalan?
Kegigihan seorang gadis dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan.
Keberanian seorang gadis dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan.
Keyakinan seorang gadis dalam menempuh berbagai-bagai ujian dan rintangan.
Kecekalan seorang gadis dalam menempuh berbagai-bagai ujian dan rintangan.
Berdasarkan pernyataan di bawah pilih persoalan yang tepat.
"Lili amat taat dan patuh akan arahan ibu dan bapanya. Dia tidak membantah secara lisan apabila ibunya membuat keputusan untuk menghantarnya ke kampung kelahiran ibunya bagi menghabiskan masa cuti sekolah."
Persoalan kasih sayang seorang anak kepada ibu bapa.
Persoalan ketaatan Lili kepada perintah ibu bapanya.
Persoalan ketaatan anak terhadap perintah ibu bapa.
Persoalan menyayangi ibu bapa dan sanggup berkorban.
Berlakunya pertikaian antara penduduk kampung berhubung dengan pemasangan kubah baharu pada bumbung surau Kampung Sentosa. Latar tempat berikut ialah, ...
Balai raya Kampung Sentosa
Rumah datuk Lili
Pekan Sentosa
Surau Kampung Sentosa
Lili berkenalan dengan seorang gadis India bernama Geetha ketika menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Dungun. Nyatakan bahagian binaan plot tersebut.
Permulaan
Perkembangan
Perumitan
Klimaks
Peleraian
Che Jah menceritakan kejadian malangnya secara panjang lebar kepada Kak Mimah dan Nadia. Dia bersetuju jika suaminya dibawa ke muka pengadilan. Nyatakan binaan plot bagi petikan di atas.
Permulaan
Perkembangan
Perumitan
Klimaks
Peleraian
Kak Mimah dan Nadia bertanggungjawab terhadap nasib malang Che Jah yang menjadi mangsa keganasan suaminya. Mereka berusaha sedaya upaya untuk mengheret suami Che Jah ke muka pengadilan.
Nilai Hemah Tinggi
Nilai Baik Hati
Nilai Keikhlasan
Nilai Tanggungjawab
Kita mestilah bijak menguasai keadaan cemas. Contohnya,
Che Jah bercerita secara jujur tentang sikap buruk suaminya kepada Kak Mimah dan Nadia yang berusaha untuk menyelesaikan isu kemelut rumah tangga yang dihadapinya.
Lili menawarkan khidmatnya untuk membantu Geetha setelah melihat keadaan Geetha yang kelam-kabut ketika duduk bersebelahan tempat duduknya di dalam bas ekspres.
Danel tidak bertindak balas terhadap aksi agresif Rafiq yang menahan Lili dengan sebilah pisau tajam yang diacukan ke leher Lili demi keselamatan nyawa sahabatnya itu.
Nenek Lili begitu sabar menangani kerenah dan provokasi sekumpulan penunjuk perasaan yang datang membuat bantahan di hadapan rumahnya.
ms31: Pada ketika inilah nenek memainkan peranan dengan berteriak,"Ha,cukup halau nyamuk,jangan bakar rumah."
Apakah perbuatan datuk Lili menyebabkan neneknya berteriak sebegitu?
Datuk membakar daun-daun kering
Datuk merokok
Datuk membakar ubat nyamuk
ms35: Datuk pun bercerita tentang seorang pesakitnya yang menghidap kencing manis,yang bertahun-tahun menjalani rawatan moden tetapi sukar untuk sembuh.Pertama, mungkin disebabkan faktor pemakanannya yang tidak dikawal atau pesakit itu ditakdirkan sakit...
Menurut petikan apakah sebabnya pesakit tersebut tidak sembuh? (Taipkan jawapan anda , satu hingga dua patah perkataan sahaja)
(a)
ms34: "Itu sangat bagus,sekurang-kurangnya amalan perubatan tradisional tak akan lupus di muka bumi ini , dan kita berpeluang membantu orang lain untuk sembuh.Kalau mereka ke hospital , (a)
Di penghujung dialog ini datuk Lili menyatakan pendapatnya tentang rawatan moden. Nyatakan pendapatnya
(Taipakn jawapan anda, satu hingga tiga patah perkataan)
Rujuk padad ms82 novel dan jawab soalan berikut:
Mengapakah Lili tidak gemar akan minuman kopi?
Lili tidak suka akan aroma kopi
Lili beranggapan bahawa kopi ialah minuman orang dewasa
Lili menggemari minuman sejuk sahaja
Ibu bapa Lili tidak menggalakkannya meminum kopi
Rujuk ms 115 dan jawab soalan berikut?
Apakah yang dimaksudkan oleh datuk sebagai rezeki yang dilepaskannya begitu saja?
haiwan buruan
harta karun
tumbuhan penawar penyakit
Rujuk ms226-227 untuk menjawab soalan berikut:
"Masukkan dia ke dalam karung dan hantar ke penjara,tak perlu tunggupolis datang tangkap,"cadangku tanpa berfikir panjang.
"Jangan," spontan Geetha menegah
Soalan:
Mengapakah kita menegah cadangan Lili?
Sebab Haziq dan Rafik masih muda
Sugi tidak bersalah dalam hal pembinaan surau
Seman patut dijatuhkan hukuman di sisi undang-undang
Rujuk ms266 untuk menjawab soalan:
Menurut nenek rekaan jendela rumah dibina menghadap jalan kerana
mudah untuk mengenali orang yang datang ke rumah melalui jendela
tidak perlu mendedahkan kaum wanita yang tinggal di rumah kepada orang luar
memperingati perjuangan orang kampung menentang tentera Bintang Tiga
mudah untuk mengintai pergerakan tentera Bintang Tiga
Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili menutup semua cermin yang terdapat di dalam rumah dengan kain sarung bertujuan untuk terbalikkan mata kilat. Kemudian nenek membakar kulit bawang putih pemberian perempuan berbangsa India, Letchumi, supaya isi rumah berbau wangi.
Apakah perwatakan nenek? (Taipkan jawapan, satu hingga dua patah perkataan sahaja)
(a)
Ibu Lili pula lebih suka seni taman ala Bali, yang dipenuhi reka bentuk dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan, tahan lasak dan menghalau nyamuk. Manakala, di halaman rumah, ditanam dengan herba pembuka selera makan.
Apakah teknik yang digunakan dalam petikan di atas?
Pemerian
Dialog
Monolog
Imbas kembali
Danel anak bongsu William Ng berkunjung ke rumah datuk untuk menjelaskan isu yang hangat dibincangkan oleh masyarakat kampung. Apakah isu yang hangat dibincangkan tersebut?
berkaitan pembinaan kubah surau
masalah keganasan rumah tangga Che Jah
kes kecurian kubah surau
Semasa dalam perjalanan pulang dari pasar raya, Lili dan Danel menyusuri jalan ke kampung. tiba-tiba muncul seseorang megacukan pisau ke leher Lili sementara tangan Lili dipulas ke belakang?
Apakah yang berlaku dan siapakah yang mengacukan pisau ke leher Lili?
Lili diculik oleh Rafiq anak Che Jah
Lili diculik oleh abang Rashid
Seman ingin menculik Lili.
Taipkan nama watak berkenaan
"Lili disembunyikan di sebuah rumah usang berlantaikan buluh. (a) telah datang menyelamatkan Lili pada waktu kegelapan malam. "
Lili berasa simpati tentang nasib malang Rafik dan Haziq kerana berpunca daripada masalah keluarga yang dihadapi. Sebaik sahaja berjumpa Danel, Lili terus bertanyakan khabar berita nasib mereka dua beradik. Ketua kampung pula telah mengarahkan penduduk-penduduk kampung merobohkan pondok tempat persembunyian mereka. Namun Lili tetap berasa simpati dengan keadaan hidup malang yang menimpa Che Jah, Rafiq dan Haziq.
Apakah nilai yang diperoleh daripada petikan di atas?
(Taipkan satu hingga dua patah perkataan sahaja)
(a)
Nyatakan/taipkan watak berkenaan.
Masalah keganasan rumah tangga Che Jah dapat diselesaikan apabila Lili meminta tolong (a) iaitu pesakit yang mendapat rawatan daripada datuk.
Siapakah Lili?
Gadis berusia 17 tahun yang sangat mementingkan kesihatan
Anak William
Penulis yang banyak menulis artikel tentang pisang
Mahasiswa Universiti Malaya tahun satu dalam bidang kejuruteraan
*Pengamal rawatan tradisional
*Berasal dari Kalimantan dan merupakan keluarga pelaut
*Rajin masuk ke hutan untuk mencari akar-akar kayu
*Dituduh bersekongkol dengan Sugi
*Membantu Che Jah yang sering dizalimi suami
Siapakah watak yang dimaksudkan?
Hamimah (Kak Mimah)
Geetha
Haziq dan Rafiq
Datuk (Haji Abdul Rahman)
Lili dan Geetha melihat panorama matahari terbenam.
Latar tempat yang terdapat dalam petikan tersebut ialah... .
Halaman rumah datuk
Kawasan bendang
Atas bukit
Pondok usang tepi belukar
Golongan tua termasuk datuk masih percaya kepada larangan supaya tiada perubahan dilakukan di kampung itu dalam tempoh seratus tahun.
Latar masyarakat yang digambarkan ialah...
Masyarakat yang mengamalkan perubatan tradisional
Masyarakat yang cenderung untuk menghukum
Masyarakat yang mementingkan diri sendiri
Masyarakat yang percaya kepada perkara karut
"Ke manakah hilangnya benda itu?" nenek bergumam, membuatku tahu benda yang dicarinya itu sungguh penting baginya. (halaman 41)
Teknik plot yang digambarkan dalam petikan di atas ialah... .
Teknik imbas muka
Teknik monolog
Teknik pemerian
Teknik kejutan
Pernyataan yang manakah menunjukkan sikap masyarakat yang mempunyai harga diri?
Lili tidak membenarkan Danel masuk ke dalam rumah ketika dia seorang diri di rumah datuk.
Danel dan adik-beradiknya yang lain berusaha mengubati penyakit ayahnya, William.
Lili rajin membaca untuk menambahkan ilmu pengetahuannya.
Lili amat bersimpati dan berusaha untuk membantu Che Jah, Haziq dan Rafiq.
Lili menyediakan minuman kepada tetamu-tetamu yang datang iaitu Pak Sahak, Imam Sanusi, Kiai Baharom dan seorang anak muda untuk membincangkan tentang binaan masjid baharu.
Nilai yang terdapat dalam petikan ialah... .
Nilai Rasional
Nilai Kasih sayang
Nilai Kerajinan
Nilai Ketabahan
Pernyataan yang manakah menunjukkan pengajaran kita hendaklah mengamalkan gaya hidup sihat?
Tok ketua gagal meyakinkan penduduk kampung tentang manfaat binaan masjid baharu.
Lili tidak mudah menerima ajakan Danel yang baharu dikenalinya supaya menemankannya pergi ke kebun.
Ketika Danel memakan dua biji burger, Lili hanya meminum jus epal yang dikatakan dapat membuang toksik di dalam badan.
Penduduk kampung tidak bersatu hati walaupun mereka melakukan musyawarah untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Dua unsur pengajaran yang dapat menerbitkan kesedaran kepada pembaca untuk meningkatkan kualiti kehidupan ialah... .
Lili menjaga cara pemakanannya supaya badan sihat, terhindar daripada penyakit dan otak cerdas.
Geetha bercerita bahawa kegemarannya ialah mendaki gunung, meredah hutan dan masuk gua. Dia sudah mendaki Gunung Kinabalu sebanyak lima kali.
Datuk dan golongan tua enggan menerima pembangunan kerana fikiran mereka dikongkong oleh larangan generasi perintis kampung.
Haziq dan Rafiq menjadi penagih dadah tegar yang berpunca daripada pergolakan rumah tangga ibu dan bapa mereka.
Tema novel Jendela Menghadap Jalan ialah...
Kepentingan menjaga kebajikan komuniti setempat dengan bijaksana
Kehidupan masyarakat yang menghadapi pelbagai masalah diselesaikan dengan cara bermuafakat.
Kemakmuran dan kesepakatan masyarakat menghadapi dugaan dalam hidup
Bukti yang menunjukkan adanya persoalan sikap prihatin terhadap jiran ialah..
Lili begitu prihatin terhadap Kak Hamimah yang datang mendapatkan rawatan daripada datuk
Lili begitu prihatin dengan Che Jah yang mengalami keganasan rumah
Lili begitu prihatin terhadap nasib orang kampung yang hidup dalam kemiskinan
Suatu ketika datuk telah menghilangkan diri dan tidak pulang ke rumah selama walaupun hari telah malam sehingga memaksa Nenek meminta Rashid mencarinya. Punca datuk lewat pulang ialah.......
merajuk kerana nenek juga meragui kemampuan kemujaraban ubat tradisional
nyanyuk sehingga lupa jalan pulang
gigih mencari akar-akar kayu dijadikan ubat
Terdapat peristiwa yang menimbulkan rasa saspens dalam kalangan pembaca iaitu Che Jah tidak begitu mesra ketika menerima kunjungan Lili selepas kejadian Haziq dan Rafiq menculik Lili. Mengapa???
bimbang Lili mebuat repot polis akan hal anak-anaknya
berfikir mencari jawapan jika Lili memakinya
Lili datang secara tetiba dan dia tidak bersedia
Datuk dilihat memiliki jati diri yang tinggi kerana
menggunakan kepakarannya untuk membantu orang lain dengan memberikan herba dan akar-akar kayu.
menganggap perubatan secara tradisional yang diusahakannya selama ini dapat memberikan bantuan perubatan alternatif kepada pesakit yang datang menemuinya.
berusaha menyelesaikan masalah walaupun ada antaranya menggunakan cara yang tidak sesuai dan salah
Nyatakan peristiwa saspens yang terdapat dalam novel ini.
(Taipkan jawapan anda dalam 10 patah perkataan)
(a)
Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh diambil untuk mempopularkan perubatan tradisional kepada masyarakat? (Taipkan jawapan ringkas anda dalam lima hingga lapan patah perkataan)
(a)
Lili, Danel dan Geetha akan mengadakan perjumpaan terbuka dengan penduduk kampung untuk menjelaskan kepentingan membina masjid daripada memasang kubah di bumbung surau.
Pernyataan di atas ialah cara penyelesaian bagi konflik isu (a) (nyatakan jawapan anda dalam dua patah perkataan sahaja)
Datuk Lili menyembuhkan penyakit Puan Letchumi, ibu Geetha dengan menggunakan rawatan tradisional melalui penggunaan herba
Teladan yang boleh diambil oleh pembaca menerusi peristiwa di atas..... (pilih yang paling sesuai)
sentiasa menyimpan herba dan ubat di rumah
memandai-mandai dalam melakukan sesuatu
bijak menggunakan sumber alam sekitar
membantu siapa sahaja yang ditimpa masalah
Lily gigih mempelajari bahasa asing sehingga dia boleh bertutur dalam bahasa Mandarin dengan fasih.
Nilai yang terdapat dalam peristiwa tersebut ialah
kerajinan
kesabaran
bertanggungjawab
kegigihan
Apakah nilai yang dapat dinyatakan melalui peristiwa berikut :
Geetha rajin membantu nenek Lily dengan memotong sayur dan menyiang ikan
kegigihan
baik hati
keberanian
kerajinan
Suami Cik Jah iaitu Pak Seman sering memukul Cik Jah. Dia juga sering berjudi sehingga melupakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.
Pernyataan di atas meggambarkan kepincangan masyarakat dalam...............
menunaikan tanggungjawab
mengambil cakna masalah kejiranan
memenuhi kehendak ketua keluarga
ketiadaan polis membuat rondaan ke kawasan tersebut
Datuk tetap menganggap perubatan secara tradisional yang diusahakannya selama ini dapat memberikan bantuan perubatan alternatif kepada pesakit yang datang menemuinya.
Nilai yang terdapat dalam petikan ialah
Nilai tanggungjawab
Nilai jati diri
Nilai prihatin
N ilai kasih sayang
Manakah pernyataan berikut menggambarkan perwatakan datuk
" Tangan datuk macam besi berkarat, uratnya biru dan tertonjol."
kuat bersenam
gemar mengangkat barang-barang yang berat
kuat bekerja
suka menolong orang lain
Jelaskan peristiwa yang menggambarkan konfliks dalam diri
Che Jah berasa sangat kecewa dengan sikap suaminya Seman yang melakukan keganasan dengan memukul anak-anaknya Haziq dan Rafq sehingga cedera.
Datuk disindir oleh nenek kerana mengutamakan perubatan tradisional berbanding perubatan moden.
Datuk berhasrat untuk tidak lagi mencari akar-akar kayu akibat sindiran nenek tetapi kerana minat dan kecintaannya terhadap perubatan tradisional menyebabkan dia dalam keadaan keliru.
Lily yang agak keberatan untuk menghabiskan cuti sekolahnya di kampung.
1. Datuk Lili menyembuhkan penyakit Puan Letchumi, ibu Geetha dengan menggunakan rawatan tradisional melalui penggunaan herba.
2. Datuk Lili merawat Kak Mimah yang menghidap penyakit gout dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan herba seperti mas cotek, pegaga, daun sirih,daun belimbing dan sebagainya.
Kedua-dua peristiwa peristiwa di atas dianggap menarik perhatian pembaca kerana......... (pilih 2 jawaban yang tepat)
penggunaan herba dalam perubatan tradisional ini dapat membantu menyembuhkan pesakit yang tidak mahu pergi ke hospital kerana kos rawatan yang tinggi.
datuk bersedia membantu sesiapa sahaja yang menghidap penyakit dengan perubatan tradisional
penyatuan kaum menerusi perubatan tradisional
perubatan moden gagal menyembuhkan penyakit yang telah lama wujud di muka bumi ini
