wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA GANTI NAMA DIRI

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

“Ampun________, bolehkah________ mengiringi mereka ke sana?” tanya Tuah kepada Sultan Mahmud Shah.

a)

beta........ hamba

b)

baginda ......... hamba

c)

yang mulia ........ beta

d)

tuanku ........ patik

2.

"________mesti berlatih bersungguh-sungguh jika ingin menentang________,” kata ketua pasukan kepada sahabatnya.

a)

Awak ....... mereka

b)

Anda ....... aku

c)

Kita ....... mereka

d)

Awak ........ saya

3.

“Masalah itu patut ________selesaikan supaya _______tidak merajuk lagi,” kata Ali kepada kawan-kawannya.

a)

awak … mereka

b)

engkau … beliau

c)

aku … kita

d)

kita … dia

4.

“Ampun _______, apakah hajat _______ meminta _______ datang menghadap?” sembah Bendahara Tun Perak

a)

baginda … tuanku … hamba

b)

beta … baginda … hamba

c)

tuanku … beta … patik

d)

tuanku … tuanku … patik

5.

_______ bertiga telah diarahkan oleh membersihkan taman mini ini.

a)

Kami … awak

b)

Beta … dia

c)

Mereka … beliau

d)

Mu … kami

6.

“Perbuatan ________memang tidak ________gemari,” kata Irfan kepada budak-budak itu.

a)

anda … dia

b)

kamu … ku

c)

kita … beliau

d)

awak … saya

7.

"Pen ini _____hadiahkan kepada _____,” kata Ani kepada Ayuni.

a)

nya … awak

b)

kita … anda

c)

aku … kami

d)

ku … mu

8.

Iqmal bermain bola sepak di padang.________ bermain bersama rakannya.

a)

Mereka

b)

Dia

c)

Kami

d)

Engkau

9.

“Pukul berapa ______akan sampai di rumah?” tanya Puan Aini kepada Hafiz.

a)

kami

b)

awak

c)

mereka

d)

kamu

10.

Kami berikrar akan melakukan apa sahaja yang ______suruh.

a)

kita

b)

awak

c)

mereka

d)

kami

11.

Datuk Hamidi telah meninggal dunia. Jenazah________ akan dimakamkan di kawasan perkuburan Kampung Ai.

a)

beliau

b)

baginda

c)

dia

d)

nya

12.

_______yang melakukan kesalahan, bukan saya,” kata lelaki itu sambil menunjuk ke arah Ah Hong.

a)

Saya

b)

Kami

c)

Dia

d)

Mereka

13.

_________akan berangkat ke balai persidangan tidak lama lagi.

a)

Baginda

b)

Aku

c)

Beta

d)

Hamba

14.

Murid-murid di dalam kelas itu mengutamakan kebersihan. _________ ingin belajar dalam suasana yang ceria.

a)

Mereka

b)

Kalian

c)

Kita

d)

Kamu

15.

15.“ _______telah dirompak oleh_______ ,” rintih kumpulan pelancong itu sambil menunjuk ke arah perompak yang melarikan diri.

a)

Hamba, dia

b)

Kita, nya

c)

Kami, mereka

d)

Saya, dia

16.

Selva ialah anak angkat Encik Murugiah. Ibu bapa ______meninggal dunia setahun yang lalu.

a)

kami

b)

mereka

c)

kita

d)

-nya

17.

Ayah Amin sakit. Kami sudah melawat _______di hospital semalam.

a)

-nya

b)

dia

c)

mereka

d)

beliau

18.

Aini dan keluarga _____telah berpindah ke Kangar sejak dua tahun yang lalu.

a)

ia

b)

kami

c)

-nya

d)

dia

19.

Kepulangan ________sekeluarga dari Mekah telah disambut oleh sanak-saudara dan penduduk kampung.

a)

kita

b)

kami

c)

saudara

d)

ianya

20.

Perdana Menteri telah sembuh selepas ________diberi rawatan di hospital.

a)

dia

b)

baginda

c)

kalian

d)

beliau