Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

FIZIK T5: BAB 5: 5.1 ELEKTRON

Total questions: 11

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Zarah manakah yang terbebas dari permukaan logam apabila dipanaskan pada suhu yang tinggi?

a)

Proton

b)

Neutron

c)

Elektron

d)

Nukleon

2.

Rajah menunjukkan proses elektron terbebas daripada permukaan logam yang dipanaskan.

Apakah proses ini?

a)

Sinaran

b)

Penyejatan

c)

Rektifikasi

d)

Pancaran termion

3.

Zarah manakah adalah sinar katod?

a)

Zarah alfa

b)

Alur elektron

c)

Sinar gama

d)

Sinar ultraungu

4.

Mengapakah tiub kaca berada dalam keadaan vakum?

a)

Untuk mengelakkan tindak balas berlaku dalam tiub kaca

b)

Untuk memastikan elektron tidak berlanggar dengan molekul-molekul udara

c)

Untuk mengurangkan tekanan dalam tiub kaca

d)

Untuk memastikan pancaran elektron terkawal

5.

Apakah ciri-ciri bagi sinar katod?

(Boleh tanda lebih daripada satu jawapan)

a)

Mempunyai jisim

b)

Bergerak dalam satu garis lurus

c)

Suatu alur zarah-zarah bercas negatif

d)

Boleh dipesongkan oleh medan magnet

e)

Mempunyai momentum dan tenaga kinetik

6.

Apabila alur elektron bergerak dari katod ke anod di dalam sebuah tiub sinar katod, nyatakan penukaran jenis-jenis tenaga yang berlaku.

a)

Haba > Kinetik > Cahaya

b)

Kimia > Haba > Kinetik

c)

Kimia > Haba > Cahaya

d)

Haba > Cahaya > Kinetik

7.

Rajah menunjukkan satu bayang terbentuk di atas skrin Tiub Palang Maltase. Bayang itu dipesongkan oleh magnet.


Arah pesongan itu ditentukan dengan menggunakan

a)

Hukum Faraday

b)

petua genggaman tangan kanan

c)

Petua tangan Kiri Fleming

d)

petua tangan Kanan Fleming

8.

Rajah menunjukkan satu tiub vakum digunakan untuk menyiasat pancaran termion.


Apakah fungsi katod-anod?

a)

Untuk menghasilkan elektron apabila ia dipanaskan oleh filamen

b)

Untuk memecutkan elektron pada kelajuan tinggi

c)

Untuk mengawal keamatan alur elektron

d)

Untuk memesongkan alur elektron secara menegak

9.

Rajah menunjukkan satu tiub palang Maltese.


Kesan berpendarflour yang diperhatikan pada skrin di sekeliling bayang-bayang menunjukkan bahawa, sinar katod

a)

bergerak dari katod ke anod

b)

boleh dihentikan oleh sekeping logam

c)

bergerak dengan pecutan sangat tinggi

d)

mempunyai momentum dan tenaga kinetik

10.

Rajah menunjukkan tiub Palang Maltese yang disambung ke bekalan kuasa Voltan Lampau Tinggi (V.L.T).


Apakah yang berlaku apabila suis S2 dibuka?

a)

Tidak ada kesan berpendarflour pada skrin

b)

Sinar katod bergerak dengan halaju lebih rendah

c)

Sinar katod bergerak dengan halaju lebih tinggi

d)

Bayang-bayang palang Maltase terbentuk

11.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan pesongan sinar katod yang betul ketika melalui suatu medan elektrik?

a)
b)
c)
d)