NEW
Font size
WorksheetsKUIZ TATABAHASA TAHUN 3
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Kempen kebersihan yang dilancarkan pada minggu lepas akan berlangsung....................minggu hadapan.
dari
kepada
hingga
pada
Kakak __________melihat kelakuan adik yang suka bercakap bohong.
risau
gembira
sedih
bising
Pada setiap petang kami __________ di taman bunga.
berbaris - baris
bersiar - siar
bersiap - siap
berjaga - jaga
“Ayah, _______ mendapat tempat yang pertama dalam peperiksaan,” kata Wani dengan gembira.
saya
aku
engkau
kamu
Pelajarannya bertambah merosot __________ ibunya meninggal.
atau
dan
sejak
serta
Pemenang pertandingan bercerita itu _________________ oleh Guru Besar.
diumumkan
dihebahkan
disiarkan
ditunjukkan
Hani dan Hana bersahabat rapat ________________ mereka belajar di tadika lagi.
daripada
ketika
sejak
sampai
Pengemis itu makan dengan __________ kerana terlalu lapar.
perlahan
aman
gelojoh
comel
Pakaian yang dijual di pusat membeli-belah Hang Tuah __________ belaka.
comel - comel
putih - putih
tinggi - tinggi
cantik - cantik
Ahmad murid yang berdisiplin. ________ sentiasa mematuhi peraturan di sekolah.
Mereka
Baginda
Dia
Beliau
Awak mesti pulang sekarang _______hari sudah malam.
dan
kerana
supaya
lalu
Kereta itu _____________ ke dalam parit selepas cuba mengelak seekor anjing yang melintas jalan.
terbelok
terlajak
terbabas
terpesong
Guru Besar dan guru-guru sekolah sedang berbincang ________________ Majlis Anugerah yang akan diadakan pada minggu hadapan.
tentang
terhadap
agar
supaya
Beberapa batang pokok mangga di kebun datuk berbuah __________.
kuat
kaya
lebat
rendang
_____________ di dalam perpustakaan itu disusun dengan kemas di dalam rak.
Kertas - kertas
Kerusi - kerusi
Buku - buku
Nota - nota
Datuk Rosli ialah pegawai daerah di kawasan itu. ________ telah menderma wang sebanyak enam ribu ringgit untuk membina balai raya itu.
Patik
Dia
Beliau
Mereka
Pengawal itu membuka pintu _________ dia menjemput kami masuk.
lalu
tetapi
kerana
jika
Setiap hari, Rahmat akan _____________ motosikal bapanya ke sekolah.
menunggang
membonceng
mengayuh
memandu
Haris akan menjual keretanya ________________ sesiapa yang berminat.
pada
daripada
kepada
dengan
“_______ hendak pergi berkelah di Air Terjun Sekayu,” kata Ah Meng dan Raju kepada
Badrul.
Engkau
Tuanku
Saudara
Kami
