wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI BAB 1-BAB 4 (SAINS T2)

Total questions: 55

Worksheet time: 55mins

Name
Class
Date
1.

Haiwan dapat dikelaskan kepada

a)

Berkaki dan tidak berkaki

b)

Vertebrata dan invertebrata

c)

Bertulang dan tidak bertulang

d)

Berkulit keras dan berkulit lembut

2.

Invertebrata bermaksud

a)

Haiwan yang mempunyai tulang

b)

Haiwan yang tidak mempunyai tulang

c)

Haiwan yang mempunyai tulang belakang

d)

Haiwan yang tidak mempunyai tulang belakang

3.

Nyatakan kumpulan (a) dan (b)

a)

Reptilia dan Ular

b)

Amfibia dan Serangga

c)

Amfibia dan Reptilia

d)

Reptilia dan Serangga

4.

Antara haiwan berikut, yang manakah BUKAN bernafas melalui insang?

a)

Ikan badut

b)

Ikan kerapu

c)

Ikan paus

d)

Belut

5.

Haiwan di atas mempunyai

a)

Kulit bersisik yang berlendir

b)

Kulit lembap

c)

Kulit bersisik kering

6.

Tandakan semua ciri-ciri kumpulan burung

a)

Homoioterma (berdarah panas)

b)

Mempunyai sayap

c)

Badan dilitupi bulu pelepah

d)

Menjalankan persenyawaan dalam

7.

Yang berikut merupakan cara pemeliharaan dan pemuliharaan sumber alam KECUALI

a)

Kitar semula bahan yang telah digunakan

b)

Penghutanan semula

c)

Penguatkuasaan undang-undang

d)

Menggalakkan pemburuan haram

8.

Spesis endemik yang terdapat di Malaysia ialah

a)

Orang utan

b)

Buaya

c)

Panda

d)

Harimau

9.

Berikut adalah ciri-ciri tumbuhan monokotiledon KECUALI..

a)

Daun urat selari

b)

Akar serabut

c)

Batang berkayu

10.

Semua kumpulan tumbuhan berikut adalah kumpulan tumbuhan tidak berbunga kecuali?

a)

Lumut hati, paku pakis, ru

b)

Pine, alga, lumut

c)

Kulampair, lumut, paku pakis

d)

Lengkuas, Keladi, paku gajah

11.
Apakah kepentingan biodiversiti yang ditunjukkan dalam gambar?
a)
sumber makanan
b)
bahan mentah industri
c)
perubatan
d)
pendidikan
12.

Pemuliharaan ex situ bermaksud

a)

Mengekalkan spesies di habitat asal

b)

Mengekalkan spesies di luar habitat asal

13.

Poikiloterma bermaksud

a)

Organisma yang mempunyai suhu badan yang berubah-ubah mengikut suhu persekitran

b)

Organisma yang mempunyai suhu badan yang tetap dan tidak dipengaruhi oleh suhu persekitaran

14.

Sekumpulan kambing di padang rumput.

a)

Populasi

b)

Ekosistem

c)

Habitat

d)

Komuniti

15.

Sebuah hutan hujan tropika yang didiami oleh pelbagai tumbuhan dan haiwan yang saling bersandaran antara satu sama lain.

a)

Ekosistem

b)

Komuniti

c)

Spesies

d)

Pengeluar

16.

Padang rumput yang menjadi tempat tinggal bagi sekumpulan kambing.

a)

Populasi

b)

Komuniti

c)

Habitat

d)

Ekosistem

17.

Satu kaedah yang menggunakan organisma iaitu pemangsa semula jadi, parasit atau patogen untuk mengurangkan bilangan haiwan perosak di sesuatu kawasan.

a)

Menggunakan racun serangga

b)

Kawalan biologi

c)

Migrasi

18.

Pilih faktor-faktor yang mempengaruhi saiz populasi dalam suatu ekosistem.

a)

Serangan penyakit

b)

Kehadiran pemangsa

c)

Sumber makanan

d)

Bilangan pengeluar

19.

Apakah jenis interaksi bagi organisma tersebut?

a)

Parasitisme

b)

Komensalisme

c)

Mangsa pemangsa

d)

Simbiosis

20.

.................... boleh digunakan untuk menunjukkan hubungan pemakanan antara organisma.

a)

Siratan makanan

b)

Aliran tenaga

c)

Piramid nombor

d)

Rantai makanan

21.

Apakah jenis kitar nutrien yang diwakili oleh rajah di atas

a)

Kitar nitrogen

b)

Kitar air

c)

Kitar karbon

d)

Kitar karbon

22.

Manakah antara berikut ialah langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah gangguan kepada kitar nutrien.

a)

Mewujudkan sistem pertanian yang terancang

b)

Penggunaan sumber air secara berlebihan

c)

Menanam semula pokok

d)

Menggunakan kenderaan awam

23.

Apakah jenis interaksi yang diwakili oleh organisma dalam rajah?

a)

Mutualisme

b)

Parasitisme

c)

Persaingan

d)

Komensalisme

24.

Antara berikut yang manakah BUKAN kesan aktiviti penebangan hutan?

a)

Hujan asid

b)

Kepupusan spesies flora dan fauna

c)

Kesan rumah hijau

d)

Hakisan tanah

25.

Antara berikut yang manakah ialah langkah-langkah untuk mengatasi kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar

a)

Menguatkuasakan undang-undang

b)

Meningkatkan kesedaran orang awam

c)

Mengamalkan Refuse, Reduce, Reuse, Recycle, Repurpose (5R)

d)

Menggalakkan aktiviti perindustrian

26.

Antara kebaikan kawalan biologi

a)

kesannya lambat berbanding racun perosak

b)

tidak mencemarkan alam sekitar

c)

tidak memusnahkan perosak dengan sepenuhnya

d)

tidak menjejaskan kesihatan manusia

27.

Penyahutanan boleh menyebabkan

a)

Kesan rumah hijau

b)

Kepupusan flora dan fauna

c)

Penipisan ozon

d)

Banjir kilat

e)

Kemusnahan habitat

28.

Contoh kitar nutrien ialah

a)

Kitar air

b)

Kitar Oksigen

c)

Kitar Karbon

d)

Kitar Karbon Dioksida

29.

Air diserap oleh akar tumbuhan dari tanah dàn dibebaskan ke atmosfera melalui tranpirasi merujuk kepada kitar....

a)

Kitar Oksigen

b)

Kitar Karbon

c)

Kitar Karbon Dioksida

d)

Kitar Air

30.

apakah fungsi makanan bagi kelas karbohidrat

a)

membekalkan garam mineral

b)

membekalkan vitamin untuk kesihatan

c)

membekalkan tenaga untuk aktiviti harian

d)

mengekalkan haba pada badan manusia

31.
Nasi, ubi kentang dan roti adalah antara makanan yang mengandungi banyak sumber .....
a)
Protein
b)
Mineral
c)
Karbohidrat
d)
Lemak
32.
Ikan dan daging mengandungi sumber Protein. Apakah fungsi utama Protein?
a)
membekalkan tenaga
b)
mengekalkan badan yang sihat
c)
membina sel baharu untuk pertumbuhan
d)
sebagai penebat untuk mengekalkan haba badan
33.
Mentega, marjerin dan minyak perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit kerana ia mengandungi sumber Lemak. Apakah fungsi Lemak?
a)
membekalkan tenaga
b)
mengekalkan badan yang sihat
c)
membina sel baharu untuk pertumbuhan
d)
sebagai penebat untuk mengekalkan haba badan
34.

Antara keadaan berikut, yang manakah akibat daripada kekurangan serat dalam diet?

Which of the following condition is caused by lack of fibre in the diet?

a)

Osteoporosis

b)

Obesiti / Obesity

c)

Sembelit / Constipation

d)

Rabun Malam / Night blindness

35.
Sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi sumber Mineral dan Vitamin. Apakah fungsi Mineral dan Vitamin?
a)
membekalkan tenaga
b)
mengekalkan badan yang sihat
c)
membina sel baharu untuk pertumbuhan
d)
sebagai penebat untuk mengekalkan haba badan
36.

Antara keadaan berikut, yang manakah akibat daripada kekurangan serat dalam diet?

Which of the following condition is caused by lack of fibre in the diet?

a)

Osteoporosis

b)

Obesiti / Obesity

c)

Sembelit / Constipation

d)

Rabun Malam / Night blindness

37.

Antara berikut, yang manakah ujian makanan untuk menguji kehadiran glukosa?

Which of the following food test is used to test for the peresence of glucose?

a)

Ujian iodin / iodin test

b)

Ujian Millon / Millon's test

c)

Ujian benedict / Benedict's test

d)

Ujian emulsi / emulsion test

38.

Nilai kalori nasi lemak adalah 14 kJ/g. Hitung nilai kalori 100g makanan itu.

The calorific value of nasi lemak is 14kJ/g. Calculate the calorific value for 100g of the food.

a)

14kJ

b)

28kJ

c)

1400kJ

d)

2800kJ

39.

Bahan yang manakah diserap semula ke dalam usus besar?

Which substance is reabsorbed into the large intestine?

a)

Air / water

b)

Glukosa / glucose

c)

Asid lemak / fatty acid

d)

Asid amino / amino acids

40.

Jelaskan mengapa terdapat banyak vilus dalam usus kecil.

Explain why there are many villi in the small intestine.

a)

Memudahkan pengaliran makanan tercerna

Make the flow of digested food easier

b)

Menambah luas permukaan untuk penyerapan pantas makanan tercerna

Provide a larger surface area for the rapid absorption of digested food.

41.
______________________ ialah hidangan makanan yang mengandungi semua kelas makanan dalam kuantiti yang betul.
a)
Piramid nombor
b)
Gizi seimbang
c)
Kalori makanan
d)
Sistem pencernaa
42.
Proses pencernaan ialah .......
a)
proses yang menyerap semula air, vitamin dan mineral terlarut
b)
proses penyerapan makanan tercerna ke dalam sistem peredaran darah
c)
proses pengangkutan nutrien ke hati kemudian ke jantung untuk dihantar ke seluruh bahagian badan
d)
proses penguraian molekul makanan besar kepada molekul kecil yang boleh larut & diserap ke dalam darah
43.
Aliran makanan di dalam salur pencernaan
a)
mulut - esofagus - perut - duodenum - usus kecil - usus besar - dubur
b)
mulut - perut - esofagus - usus kecil - duodenum - usus besar - dubur
c)
mulut - esofagus - perut- usus besar - usus kecil - dubur
d)
mulut - esofagus - perut - usus besar- dubur- usus kecil
44.

Penyakit yang boleh berpindah daripada seorang individu kepada individu lain. Ini merupakan kenyataan bagi :

a)

Penyakit tidak berjangkit

b)

Patogen

c)

Penyakit Berjangkit

d)

Vektor

45.

Yang manakah antara berikut merupakan jenis penyakit berjangkit :

a)

Kanser

b)

Asma

c)

Tuberkulosis

d)

Darah Tinggi

46.

Apakah cara yang betul bagi mencegah penyebaran penyakit melalui air ?

a)

Mencampurkan klorin di dalam sistem bekalan air

b)

Elakkan menyentuh orang yang dijangkiti kulit

c)

Menutup mulut dan hidung ketika bersin, batuk atau menguap

d)

Elakkan meludah di merata-rata tempat

47.

Demam denggi berdarah merupakan penyakit berjangkit yang boleh membawa maut

Namakan patogen dan vektor bagi penyakit ini

a)

Bakteria Salmonella typhi

lipas

b)

Virus denggi

Nyamuk Aedes

c)

Plasmodium malariae

nyamuk Anopheles betina

d)

Bakteria Leptospira sp

tikus

48.

Apakah yang dimaksudkan dengan patogen ?

a)

Patogen ialah organisma yang memindahkan vektor dari perumah ke perumah baru.

b)

Patogen ialah penyakit tidak berjangkit.

c)

Patogen ialah organisma yang

menyebabkan penyakit.

49.

Keupayaan badan untuk melawan jangkitan penyakit

a)

antibodi

b)

antigen

c)

keimunan

d)

sistem pertahanan badan

50.

Fagositosis pada barisan pertahanan kedua badan dijalankan oleh

a)

SEL DARAH PUTIH

b)

SEL DARAH MERAH

c)

KULIT

d)

MEMBRAN MUKUS

51.

antara yang berikut yang manakah barisan pertahanan pertama?

a)

sel darah putih

b)

antibodi

c)

kulit

52.

Penyakit seperti SARS, H1N1 dan TB ialah contoh penyakit

a)

BAWAAN AIR

b)

BAWAAN UDARA

c)

TIDAK BERJANGKIT

d)

DISEBABKAN VEKTOR

53.

berikut adalah medium bagi penyebaran penyakit KECUALI

a)

air

b)

udara

c)

debu

d)

sentuhan

54.

Antara yang berikut, yang manakah penyakit yang tidak berjangkit?

a)

hipertensi

b)

tuberkulosis

c)

penyakit kencing tikus

d)

demam zika

55.

apakah contoh penyakit yang berjangkit melalui sentuhan?

a)

panau

b)

demam denggi

c)

tuberkulosis