wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Teori

Total questions: 15

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Bagaimanakah ukuran labuh jubah diukur ?

a)

Ukur dari bahu ke kaki

b)

Ukur dari bahu ke lantai

c)

Ukur dari bahu ke lutut

d)

Ukur dari bahu ke paras buku lali

2.

Manakah diantara berikut bukan cara menyusun atur pola semasa hendak memotong fabrik?

a)

Terletak dengan rata

b)

Disemat dengan betul

c)

Terletak pada ira yang betul

d)

Dijahit dengan kemas dan kukuh

3.

Berikut adalah bahagian badan yang TIDAK perlu diukur bagi menghasilkan baju mengandung.

A.

B.

C.

D. K

a)

Keliling dada

b)

Keliling perut

c)

Labuh baju

d)

Keliling leher

4.

Apakah perbezaan antara pola bahagian hadapan dan belakang baju blaus?

a)

Leher,pinggul

b)

Leher,bahu,lisu

c)

Leher,lisu,poket

d)

Leher,bahu,pinggang

5.

Kenapakah pola skirt cheerleeding perlu di gunting pada beberapa bahagian ?

a)

Untuk mencantikkan skirt tersebut

b)

Untuk memudahkan menjahit skirt

c)

Untuk melabuhkan skirt tersebut

d)

Untuk membuat bukaan pola bagi mengembangkan skirt

6.

Berikut adalah peralatan yang diperlukan dalam proses menggunting fabrik.

a)

Kertas perang,pensil 2B

b)

Gunting kertas,jarum peniti

c)

Gunting fabrik,jarum peniti

d)

Penetas,penebuk lubang

7.

Sebelum menggunting badan hadapan blaus, pastikan pola tersebut berada dalam keadaan berikut.

a)

Ira menegak

b)

Ira melintang

c)

Ira menyerong

d)

Ira memanjang

8.

Apakah kepentingan pola semasa menggunting fabrik?

a)

Untuk menjimatkan fabrik dan masa

b)

Untuk memudahkan menjahit pakaian

c)

Untuk mencantikkan pakaian tersebut

d)

Untuk memudahkan menggunting pakaian

9.

Manakah kenyataan yang benar mengenai langkah untuk mengelakkan kain yang di gunting beralih daripada kedudukan asal?

a)

Sepitkan fabrik tersebut pada meja memotong

b)

Tetapkan fabrik tersebut dengan jahitan mesin

c)

Minta rakan anda memegang fabrik tersebut semasa hendak memotong

d)

Letak tapak tangan atas kain dekat dengan bahagian yang hendak digunting

10.

Semasa memotong perkara tersebut dibawah harus dielakkan.

a)

Menyematkan jarum peniti pada fabrik

b)

Menggunting menggunakan gunting yang tajam

c)

Mengangkat fabrik semasa sedang menggunting

d)

Menandakan setiap garisan pada pola kepada fabrik

11.

Keterangan yang manakah benar mengapa setiap garisan pada pola harus ditanda pada fabrik semasa proses menggunting.

a)

Memudahkan tukang jahit menggunting fabrik

b)

Memudahkan tukang jahit melihat fabrik tersebut

c)

Memudahkan tukang jahit mencantum kepingan fabrik

d)

Memudahkan tukang jahit menekan kepingan fabrik tersebut

12.

Apakah bahan yang paling penting dalam penjagaan mesin industri ?

a)

Sekoci

b)

Benang

c)

Minyak

d)

Tapak zip

13.

Jarum yang tidak dipasang dengan betul boleh menyebabkan jahitan tidak elok dan kemungkinan jarum akan patah. Manakah diantara sebab berikut TIDAK benar mengenai cara-cara memasang jarum.

a)

Tutup punca letrik

b)

Jarum mestilah yang bermutu tinggi dan panjang

c)

Masukkan jarum hingga ke bahagian bawah pemegang jarum dan ketatkan skru

14.

Manakah diantara jenis-jenis mesin berikut digunakan untuk menyulam logo atau nama pada baju ?

a)

Mesin jahit butang

b)

Mesin jahit kepala hitam

c)

Mesin jahit lubang butang

d)

Mesin jahit sulam berkomputer

15.

Jahit sulam kerawang merupakan jahitan sulaman yang berlubang-lubang. Lubang pada sulaman tersebut ditebuk menggunakan sejenis alat. Apakah alat tersebut?

a)

Penetas

b)

Gunting kertas

c)

Penebuk lubang (puncture)

d)

Penebuk lubang (soldering iron)