WorksheetsSains Tahun 4: Fenomena dan Kesan Bunyi
Total questions: 20
Worksheet time: 12mins
Apakah yang akan berlaku apabila bunyi terkena pada suatu permukaan yang keras?
Bunyi akan kedengaran.
Bunyi akan dipantulkan.
Bunyi akan bergetar.
Bunyi akan berdentum.
_____________ ialah bunyi yang tidak dapat didengar oleh manusia tetapi dapat didengar oleh haiwan seperti kelawar, ikan lumba-lumba dan paus untuk memandu arah dan mengesan lokasi mangsa masing-masing.
Gema
Sonar
Ultrasonik
Pembesar suara
Siva dan keluarganya melawat Gua Niah. Sebaik sahaja mereka sampai, Siva menjerit di dalam gua tersebut. Apakah fenomena bunyi yang terhasil?
Fenomena sonar
Fenomena ultrasonik
Fenomena gema
Apabila bunyi terkena pada permukaan ______________ bunyi akan dipantulkan semula.
kasar
berkilat
lembut
keras
Apakah fenomena bunyi seperti dalam gambar?
Ultrasonik
Gema
Sonar
Apakah kegunaan sonar?
untuk mengesan objek di dalam air.
untuk menanam pokok.
untuk mengkaji bunyi.
untuk berubat.
Apakah kesan bunyi yang memudaratkan?
Menghiburkan.
Memberikan maklumat.
Berkomunikasi dengan mudah.
Tekanan emosi.
Berikut adalah bunyi yang bermanfaat KECUALI
Bunyi suara membolehkan kita berkomunikasi dengan mudah.
Bunyi muzik boleh menghiburkan.
Bunyi deringan telefon.
Bunyi bising gerudi.
Pencemaran bunyi boleh dikurangkan dengan menggunakan
Pembesar suara
Penyerap bunyi seperti permaidani, langsir dan pokok
Pelitup muka
Rajah menunjukkan bunyi siren ambulans. Apakah kepentingan bunyi ini kepada manusia?
Membantu polis trafik mengawal lalu lintas di jalan raya.
Menyedarkan orang ramai bahawa kebakaran telah berlaku.
Menenangkan fikiran dan menghiburkan hati.
Memberi isyarat kepada pengguna jalan raya yang lain untuk memberi laluan.
Berdasarkan gambar yang ditunjukkan, apakah alat yang perlu digunakan oleh pekerja itu melindungi telinganya?
Pencemaran bunyi akan membawa kesan-kesan berikut, kecuali
menyedarkan orang ramai bahawa kemalangan mungkin berlaku
menyebabkan kepekakan secara beransur-ansur
merosakkan deria pendengaran manusia
mengganggu ketenangan fikiran dan tumpuan pada kerja atau pelajaran
Apakah kesan bunyi yang lembut kepada manusia?
Merosakkan deria pendengaran manusia
Mengelakkan kemalangan berlaku
Dapat menenangkan fikiran dan menghiburkan hati
Menghilangkan keletihan badan
Rajah menunjukkan bunyi tiupan wisel polis trafik. Antara berikut, yang manakah kepentingan bunyi ini kepada manusia?
Menenangkan fikiran dan menghiburkan hati
Membolehkan pengguna jalan raya menyedari kehadiran polis trafik di sekitarnya
Membantu polis trafik mengawal lalu lintas di jalan raya
Memberi isyarat kepada pengguna jalan raya yang lain untuk memberi laluan
Kita harus mempraktikkan sikap bertimbang rasa dalam pengendalian sumber bunyi. Antara langkah-langkah berikut, yang manakah betul?
Bercakap dengan suara yang kuat dalam bilik darjah
Memperlahankan bunyi televisyen pada waktu malam
Menggunakan paip ekzos kenderaan yang bising
Membakar mercun
Antara pernyataan di bawah, kenal pasti bunyi yang berfaedah kepada manusia.
Bunyi mesin gerudi
Bunyi siren dari kereta bomba
Bunyi pesawat pejuang di udara
Bunyi kereta Formula One yang sedang berlumba di litar
Apakah kegunaan alat ini?
Mengukur tahap kekuatan angin
Sebagai pembesar suara
Menyukat kekuatan angin
Mengukur tahap kekuatan bunyi
Unit ukuran bagi suhu adalah darjah Celsius manakala unit ukuran bagi jisim adalah kilogram.
Apakah unit ukuran bagi kekuatan bunyi?
desibel (dB)
december (dC)
Fahrenheit (F)
Beldesi (Bd)
Langsir, permaidani dan bantal merupakan objek yang sentiasa terdapat di rumah.
Kenal pasti kegunaan objek-objek ini dalam membantu manusia agar deria pendengaran sentiasa sihat.
Sebagai pelindung telinga
Sebagai pendakap telinga
Sebagai penyerap bunyi
Sebagai penyerap cahaya
Lihat gambar yang diberikan.
Apakah kesan yang paling sesuai dari persekitaran bising tersebut
Masalah pendengaran
Sukar berkomunikasi
Masalah jiwa
Dapat beramah mesra
