Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 7 MEMBINA KESEJAHTERAAN NEGARA KSSM F4

Total questions: 21

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah takrif integrasi nasional dalam proses pembangunan negara?

a)

Perpaduan rakyat yang erat

b)

Ketelusan dalam kepimpinan

c)

Pembebasan tanah air daripada penjajah

d)

Hubungan masyarakat antara negeri dengan wilayah

2.

Bahasa Melayu merupakan alat komunikasi rasmi dalam pelbagai urusan di kementerian dan jabatan kerajaan


Penyataan di atas berkaitan dengan usaha memartabatkan bahasa kebangsaan melalui?

a)

Akta Bahasa Kebangsaan

b)

Bahasa rasmi pentadbiran

c)

Memperkasakan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan.

d)

Penubuhan UKM sebagai pusat keilmuan

e)

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka

3.

12. Apakah mesej yang ingin disampaikan melalui slogan "Bahasa Jiwa Bangsa:"?

a)

Bahasa alat komunikasi

b)

Bahasa Melayu bahasa rasmi

c)

Masyarakat hidup kerana bahasa

d)

Masyarakat bersatu padu melalui bahasa

4.

Apakah kesan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1970?

a)

Meningkatkan kajian ilmiah peringkat kebangsaan

b)

Memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

c)

Membentuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan

d)

Memupuk perasaan cinta akan negara

5.

Jawatankuasa Kabinet 1974 telah mengkaji semula pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan. Apakah kesan daripada Laporan Jawatankuasa tersebut?

a)

Pembentukan kurikulum baharu

b)

Penubuhan Jemaah nazir sekolah

c)

Pengenalan KBSR dan KBSM

d)

Penekanan kepada subjek Sejarah

6.

Mengapakah hubungan kaum menjadi sukar semasa penjajahan British?

a)

Perbezaan fahaman politik

b)

Kurang peluang pendidikan

c)

Ketidakadilan pengagihan ekonomi

d)

Petempatan yang berbeza

7.

Bagaimanakah kerajaan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi pentadbiran negara?

a)

Pelancaran Minggu Bahasa

b)

Penggunaan urusan mahkamah

c)

Penubuhan sekolah menengah

d)

Mengembangkan aktiviti bahasa

8.

Akta Pendidikan 1996 mewajibkan pengajaran bahasa kebangsaan, Pengajian Malaysia, Pendidikan Islam atau Moral. Mengapakah cadangan tersebut dibuat?

a)

Memupuk perasaan cinta akan negara

b)

Melahirkan keharmonian antara negeri

c)

Menghargai keunikan dalam negara

d)

Menyemai nilai mencintai kemanusiaan

9.

Bagaimanakah kerajaan mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum?

a)

Menggalakkan penglibatan sukan

b)

Mengukuhkan sistem pendidikan

c)

Memperkenalkan Rukun Negara

d)

Mengamalkan Kebudayaan Kebangsaan

10.

Bagaimanakah kerajaan mewujudkan integrasi antara negeri selepas peristiwa 13 Mei 1969?

a)

Membuka petempatan khas

b)

Mengurangkan kemasukan imigran

c)

Memperluaskan kawasan pertanian

d)

Menyelaraskan perkhidmatan awam

11.

Senarai berikut berkaitan dengan cadangan untuk memperkukuhkan perpaduan melalui pendidikan.

-Penekanan kepada mata pelajaran Sejarah

-Mewajibkan mata pelajaran Tatarakyat


Apakah jawatankuasa yang membuat cadangan tersebut?

a)

Jawatankuasa Razak

b)

Jawatankuasa Kabinet

c)

Jawatankuasa Fenn-Wu

d)

Laporan Rahman Talib

12.

Mengapakah Akta Bahasa Kebangsaan telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957?

a)

Menjamin perpaduan rakyat

b)

Mewujudkan masyarakat berilmu

c)

Mengekalkan kedaulatan negara

d)

Mengatasi pengaruh bahasa asing

13.

Senarai di bawah menunjukkan sekolah di Malaysia

-Sekolah Seri Puteri

-Sekolah Alam Shah

-Kolej Sultan Abdul Halim


Apakah persamaan ketiga-tiga sekolah tersebut?

a)

Menempatkan pelajar golongan elit

b)

Menawarkan pelbagai kursus kemahiran

c)

Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

d)

Menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

14.

"Bahasa Jiwa Bangsa"

Apakah agensi kerajaan yang memperkenalkan slogan tersebut?

a)

Universiti Sains Malaysia

b)

Jabatan Perpaduan Negara

c)

Dewan Bahasa dan Pustaka

d)

Institut Bahasa Kuala Lumpur

15.

Apakah persamaan sumbangan agensi kerajaan berikut?

-Jabatan Perpaduan Negara

-Majlis Muhibah Negara

-Majlis Perundingan Negara

a)

Memajukan sosioekonomi

b)

Membangunkan pendidikan

c)

Memperkasakan perpaduan

d)

Mempertingkatkan prasarana

16.

Apakah jabatan yang memperkenalkan Rukun Negara?

a)

Jabatan Perpaduan Negara

b)

Jabatan Gerakan Negara

c)

Jabatan Perundangan Negeri

d)

Jabatan Muhibah Nasional

17.

Maklumat berikut berkaitan Falsafah Pendidikan pada tahun 1996.

-Falsafah Pendidikan Kebangsaan-

Apakah matlamat Falsafah tersebut?

a)

Memupuk semangat cinta akan negara

b)

Melahirkan generasi yang berkemahiran

c)

Menyediakan tenaga kerja berkemahiran

d)

Melahirkan pelajar yang seimbang

18.

Dasar Pembangunan Ekonomi dibentuk untuk mencapai kemakmuran ekonomi.

-Dasar Ekonomi Baru

-Dasar Pembangunan Nasional

Siapakah golongan masyarakat yang menjadi sasaran di bawah dasar tersebut?

a)

Masyarakat luar bandar

b)

Golongan peribumi

c)

Masyarakat bandar

d)

Golongan imigran

19.

Kawasan berikut muncul di bawah usaha kerajaan memajukan bidang perindustrian dan perdagangan.

-Bayan Lepas, Pulau Pinang

-Pasir Gudang, Johor


Apakah yang berkaitan dengan kawasan tersebut?

a)

Kawasan ekonomi industri

b)

Zon Bebas Percukaian

c)

Zon Perindustrian Bebas

d)

Kawasan pembangunan wilayah

20.

Mengapakah sistem persekolahan aneka jurusan diperkenalkan?


I-Melahirkan tenaga kerja mahir

II-Persediaan untuk pasaran kerja

III-Mengurangkan sekolah vernakular

IV-Memendekkan tempoh pembelajaran

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

21.

Mengapakah Jawatankuasa Kabinet 1974 dibentuk?

a)

Memperkenalkan dasar pendidikan kebangsaan

b)

Memperbaiki mutu pendidikan sekolah dan negara

c)

Menilai keberkesanan dasar Pendidikan Kebangsaan

d)

Mengenal pasti kelemahan penggunaan bahasa Melayu