Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Istilah Ekonomi - Pengeluaran

Total questions: 29

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Suatu proses yang menggabungkan faktor pengeluaran seperti buruh, tanah, modal, dan usahawan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.

a)

Jumlah keluaran

b)

Pengeluaran

c)

Input

2.

Unit ekonomi yang produktif sama ada organisasi atau unit pengeluaran yang merancang dan menggabungkan faktor pengeluaran yang terhad untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.

a)

Firma

b)

Isi rumah

c)

Pengeluaran

3.

Faktor pengeluaran yang digunakan dalam proses pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.

a)

Input

b)

Output

c)

Barang akhir

4.

Input yang kuantitinya tetap pada sebarang tingkat output.

a)

Input tetap

b)

Input berubah

c)

Input akhir

5.

Input yang kuantitinya berubah mengikut tingkat output.

a)

Input tetap

b)

Input berubah

c)

Input akhir

6.

Barang dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam proses pengeluaran

a)

Output (keluaran)

b)

Barang perantaraan

c)

Fungsi pengeluaran

7.

Barang yang akan digunakan dalam proses pengeluaran seterusnya.

a)

Barang akhir

b)

Output (keluaran)

c)

Barang perantaraan

8.

Barang siap yang boleh digunakan terus oleh pengguna untuk mencapai kepuasannya.

a)

Barang akhir

b)

Output (keluaran)

c)

Barang perantaraan

9.

Suatu tempoh apabila wujud sekurang-kurangnya satu input tetap dalam proses pengeluaran.

a)

Fungsi pengeluaran jangka pendek

b)

Jangka masa pendek

c)

Jangka masa panjang

10.

Suatu tempoh apabila semua input yang digunakan dalam proses pengeluaran adalah input berubah.

a)

Fungsi pengeluaran jangka panjang

b)

Jangka masa panjang

c)

Jang masa pendek

11.

Hubungan antara jumlah input dengan output.

a)

Fungsi pengeluaran

b)

Jumlah keluaran

c)

Keluaran purata

12.

Hubungan antara input berubah dengan output pada suatu tingkat input tetap yang diberikan.

a)

Fungsi pengeluaran jangka pendek

b)

Barang perantaraan

c)

Jangka masa pendek

13.

Jumlah output yang dapat dihasilkan oleh sejumlah input yang dimiliki oleh firma.

a)

Jumlah keluaran (TP)

b)

Keluaran purata (AP)

c)

Keluaran marginal (MP) keluaran sut

14.

Jumlah kuantiti keluaran yang dapat dihasilkan oleh seunit input berubah.

a)

Kos tetap (FC)

b)

Kos berubah purata (AVC)

c)

Keluaran purata (AP)

15.

Perubahan dalam jumlah keluaran kesan daripada perubahan dalam penggunaan satu unit input berubah.

a)

Keluaran marginal (MP) keluaran sut

b)

Kos pengeluaran

c)

Kos berubah (VC)

16.

Segala perbelanjaan terhadap input yang digunakan dalam proses pengeluaran.

a)

Kos pengeluaran

b)

Fungsi pengeluaran

c)

Fungsi pengeluaran jangka pendek

17.

Bayaran yang dilakukan oleh firma terhadap penggunaan input-input tetap dalam proses pengeluaran.

a)

Kos berubah (VC)

b)

Kos berubah purata (AVC)

c)

Kos tetap (FC)

18.

Bayaran yang dilakukan oleh firma terhadap penggunaan input-input berubah.

a)

Kos berubah (VC)

b)

Kos berubah purata (AVC)

c)

Kos tetap (FC)

19.

Kos berubah seunit output dan diperoleh dengan membahagikan jumlah kos berubah dengan jumlah output.

a)

Kos berubah (VC)

b)

Kos berubah purata (AVC)

c)

Kos tetap (FC)

20.

Kesemua jenis kos yang terlibat dalam proses pengeluaran tersebut.

a)

Kos purata (AC)

b)

Jumlah kos (TC)

c)

Kos marginal (MC) (kos sut)

21.

Kos seunit output dan diperoleh dengan membahagikan jumlah kos dengan jumlah output pengeluaran.

a)

Kos eksplisit

b)

Kos purata (AC)

c)

Kos berubah (VC)

22.

Perubahan dalam jumlah kos kesan daripada perubahan dalam seunit output.

a)

Kos purata (AC)

b)

Kos marginal (MC) (kos sut)

c)

Kos berubah purata (AVC)

23.

Jumlah nilai penerimaan yang diperoleh firma daripada jualan keluarannya.

a)

Hasil

b)

Untung

c)

Faedah

24.

Perbezaan antara jumlah hasil dengan jumlah kos.

a)

Hasil

b)

Untung

c)

Faedah

25.

Kos yang sepatutnya dibayar kepada faktor pengeluaran tetapi tidak diambil kira dalam kos pengeluaran.

a)

Kos implisit

b)

Kos pengeluaran

c)

Kos eksplisit

26.

Kos yang dibayar dengan nyata oleh firma terhadap penggunaan input dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan.

a)

Kos implisit

b)

Kos pengeluaran

c)

Kos eksplisit

27.

Apabila suatu input berubah ditambahkan secara berterusan kepada satu input tetap, maka jumlah keluaran semakin bertambah, tetapi tambahannya adalah semakin berkurangan bagi setiap unit tambahan input berubah.

a)

Hukum permintaan

b)

Hukum penawaran

c)

Hukum pulangan berkurangan

28.

Keupayaan untuk meningkatkan penghasilan output daripada sejumlah input yang diberikan.

a)

Produktiviti

b)

Eksternaliti

c)

Konsep pulangan dalam pelaburan

29.

Kos atau faedah yang tidak diambil kira dalam pengeluaran dan penggunaan sesuatu barang dan perkhidmatan.

a)

Hukum pulangan berkurangan

b)

Eksternaliti

c)

Konsep pulangan dalam pelaburan