wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Bab 5 F4 (Mitosis dan Meiosis)

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Antara pernyataan berikut, yang manakah berkaitan mitosis adalah tidak benar?

a)

Berlaku di dalam sel soma badan manusia.

b)

Berlaku dalam tisu meristem

c)

Dua sel anak yang tidak seiras dihasilkan.

d)

Sel anak mempunyai bilangan kromosom yang sama dengan sel induk.

2.

Rajah 1 menunjukkan fasa-fasa dalam proses mitosis.


Susun fasa-fasa itu dengan betul.

a)

R, Q, P, S

b)

S, Q, R, P

c)

Q, R, S, P

d)

Q, R, P, S

3.

Rajah 2 menunjukkan satu fasa dalam mitosis.


Apakah fasa mitosis yang ditunjukkan?

a)

Telofasa

b)

Anafasa

c)

Profasa

d)

Metafasa

4.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang meiosis?

a)

Berlaku pada sel soma.

b)

Menghasilkan sel-sel baharu untuk pertumbuhan.

c)

Bilangan kromosom dikekalkan

d)

Setiap sel induk menghasilkan empat sel anak

5.

Apakah yang berlaku semasa profasa I?

a)

Kromosom homolog berpisah dan bergerak ke kutub sel bertentangan.

b)

Pindah silang berlaku antara kromosom homolog

c)

Kromosom tersusun di satah khatulistiwa.

d)

Kromatid sampai ke kutub bertentangan

6.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan anafasa II?

a)
b)
c)
d)
7.

Di bahagian manakah pada bunga berlakunya meiosis?

a)

Stil

b)

Anter

c)

Sepal

d)

Filamen

8.

Apakah proses pembiakan Amoeba sp.?

a)

Gabungan

b)

Persenyawaan

c)

Meiosis

d)

Mitosis

9.

Antara berikut, yang manakah bukan sebahagian daripada proses mitosis?

a)

Profasa

b)

Telofasa

c)

Interfasa

d)

Metafasa

10.

Rajah 3 menunjukkan kejadian pindah silang.


Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar tentang fenomena ini?

a)

Variasi genetik terhasil.

b)

Bilangan kromosom dalam sel berkurangan

c)

Kromatid saling bertukar gen

d)

Fenomena ini berlaku semasa proses meiosis