wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN EKONOMI BAB2

Total questions: 15

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah faktor yang membezakan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) dengan keluaran negara kasar (KNK)?

a)

Susut nilai

b)

Cukai tak langsung dan subsidi

c)

Pendapatan faktor bersih luar negeri

d)

Cukai pendapatan individu dan syarikat

2.

Masalah yang timbul dalam penghitungan pendapatan negara ialah

a)

pengumpulan data

b)

agihan pendapatan

c)

agihan sumber ekonomi

d)

perubahan jumlah penduduk

3.

Pendapatan per kapita akan meningkat tetapi taraf hidup penduduk akan jatuh jika berlaku peningkatan

a)

masa kerja

b)

guna tenaga

c)

kualiti barang

d)

bilangan penduduk

4.

Yang manakah yang bukan kegunaan data pendapatan negara?

a)

Mengukur kadar inflasi

b)

Membandingkan taraf hidup

c)

Menjadi asas membuat perancangan ekonomi

d)

Mengukur pertumbuhan ekonomi dan peningkatan kebajikan

5.

Yang manakah yang menyebabkan nilai pendapatan negara lebih rendah daripada nilai sebenar?

a)

Susut nilai

b)

Pengiraan dua kali

c)

Pengumpulan data yang cekap

d)

Keluaran yang tidak dipasarkan

6.

Nilai pendapatan negara yang tinggi di sesebuah negara tidak bermakna taraf hidup rakyatnya tinggi jika

a)

agihan pendapatan ketara

b)

jumlah masa kerja yang panjang

c)

tingkat harga umum yang rendah

d)

keluaran barangan pengguna yang banyak

7.

Pendapatan per kapita dapat digunakan untuk

a)

mengukur pertumbuhan ekonomi

b)

menunjukkan perubahan struktur ekonomi

c)

mengenal pasti saiz pasaran dan kuasa beli

d)

mengukur taraf hidup rakyat antara sesebuah negara

8.

Masalah terlebih nilai dalam pengiraan pendapatan negara mengikut kaedah keluaran dapat diatasi dengan menjumlahkan semua

a)

pendapatan faktor pengeluaran

b)

perbelanjaan unit-unit ekonomi

c)

nilai ditambah pada setiap peringkat pengeluaran

d)

keluaran negara benar bagi sesetengah sektor ekonomi

9.

Data pendapatan negara digunakan untuk

a)

menganalisis kualiti keluaran

b)

mengukur kadar pengangguran

c)

menentukan kadar pertukaran asing

d)

merancang kegiatan sektor ekonomi

10.

Keluaran negara kasar harga pasaran lebih besar daripada keluaran negara kasar kos faktor kerana

a)

cukai tak langsung melebihi subsidi

b)

cukai tak langsung dan subsidi melebihi susut nilai

c)

cukai tak langsung melebihi subsidi dan susut nilai

d)

cukai tak langsung dan subsidi melebihi pendapatan faktor

11.

Nilai tambah merujuk kepada

a)

Nilai keluaran yang tidak dikira untuk mengelakkan pengiraan dua kali

b)

Peningkatan nilai barang setelah melalui proses pengeluaran

c)

nilai barang dan perkhidmatan berasaskan harga faktor

d)

pertambahan nilai keluaran negara benar

12.

Kaedah nilai ditambah dapat mengatasi masalah

a)

inflas

b)

susut nilai

c)

Terkurang nilai

d)

terlebih anggar

13.

Yang manakah barang perantaraan dalam suatu pengeluaran?

a)

Perabot jati yang diimport

b)

Getah yang dibeli oleh pengilang tayar

c)

Minyak kelapa sawit yang dieksport

d)

Tepung gandum untuk kegunaan sendiri

14.

Data keluaran negar dapat menunjukkan perkara yang berikut, kecuali

a)

agihan pendapatan sesebuah negara

b)

taraf hidup penduduk sesebuah negara

c)

prestasi sektor ekonomi sesebuah negara

d)

kadar pertumbuhan ekonomi sesebuah negara

15.

Nilai keluaran firma Jepun yang beroperasi di Malaysia dihitung dalam

a)

Keluaran Dalam Negeri Kasar Jepun dan Keluaran Negara Kasar Jepun

b)

Keluaran Dalam Negeri Kasar Malaysia dan Keluaran Negara Kasar Jepun

c)

Keluaran Dalam Negeri Kasar Jepun dan Keluaran Negara Kasar Malaysia

d)

Keluaran Dalam Negeri Kasar Malaysia dan Keluaran Negara Kasar Malaysia