Font size
WorksheetsKebangkitan Nasionalisme
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Apakah maksud nasionalisme dalam konteks orang Melayu sebelum merdeka?
Mendapatkan kembali keunggulan dalam negeri sendiri
Mengembalikan kegemilangan Kesultanan Melayu
Menuntut keadilan kepada anak bangsa
mengiktiraf hak setiap kaum negara ini
Apakah maksud nasionalisme menurut tokoh di atas?
Fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa
Perjuangan menentang penjajahan melalui persatuan dan perpaduan yang kuat
Kesedaran dan ketegasan diri akibat ancaman terhadap kepentingan orang Melayu
Satu gerakan yang meletakkan kesetiaan hanya kepada bangsa dan negaranya
Maklumat di bawah merupakan karya John Locke, seorang ahli falsafah Inggeris.
Apakah prinsip pemerintahan yang ditekankan dalam karya tersebut?
Raja berkuasa mutlak
Raja Berperlembagaan
Sistem Demokrasi Berparlimen
Sistem Republik Berperlembagaan
Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan semangat nasionalisme?
Perjuangan menentang penjajahan
Pengekalan sistem pemerintahan feudal
Pengukuhan peranan golongan pembesar
Perasaan cinta terhadap bangsa dan negara
Maklumat berikut berkaitan dengan sejarahawan yang memberikan tafsiran tentang nasionlisme.
* Hans Kohn
* Dr R. Suntharalingam
* Dr. Burhanuddin al-Helmi
Apakah intipati tafsiran mereka tentang semangat nasionalisme?
Kemakmuran ekonomi
Kemajuan pendidikan rakyat
Kesamarataan bidang sosial
Kedaulatan bangsa dan negara
Apakah yang membezakan idea nasionalisme antara sesebuah negara dengan negara lain?
Keluasan wilayah
Kekayaan hasil bumi
Pengalaman sejarah
Pengaruh bangsawan
Apakah faktor perkembangan semangat nasionlisme di Barat?
Perkembangan ekonomi moden
Peningkatan kemasukan imigran
Penindasan raja terhadap rakyat
Penguasaan hasil bumi oleh penjajah
Senarai berikut berkaitan dengan perkembangan idea nasionlisme di Barat.
* Revolusi keagungan (1688)
* Revolusi Amerika (1770)
* Revolusi Perancis (1789)
Apakah persamaan idea yang diperjuangkan oleh revolusi tersebbut?
Pemerintahan beraja
Kedaulatan hak rakyat
Pembentukan parlimen
Kesamarataan ekonomi
Meengapakah peristiwa Dahagi India 1857 meletus di India?
Menentang kuasa asing
Menamatkan sistem feudal
Mengehadkan pelaburan asing
Memperjuangkan hak asasi manusia
Apakah tindakan Maharaja Mikado Meiji (1868) untuk memulihkan negara Jepun?
Merombak sistem bangsawan
Menguasai teknologi perindustrian
Menghadkan pelaburan modal asing
Memperkukuh kuasa pemimpin tempatan
Apakah punca berlakunya Revolusi keagungan di England?
Keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat
Menuntut kebebasan daripada penjajahan Amerika Syarikat
Keinginan menentang Pemerintahan Raja Louis XVI
Menuntut penghapusan cukai
Gerakan apakah yang mempengaruhi Nasionalisme di Mesir?
Gerakan Muhammaddiyah
Gerakan Islah
Gerakan Pan-Islamisme
Gerakan Jihad
Siapakah tokoh yang mengetuai Penentangan terhadap kerajaan Manchuria?
Mahatma Gandhi
Maharani Dowager
Sun Yat Sen
San Min Chu
Kuasa barat yang manakah membantu Emilio Aguinaldo menentang Sepanyol?
Belanda
Perancis
British
Amerika Syarikat
Apakah punca Persatuan Belia Buddha menentang British di Burma (Myanmar) ?
Isu kasut
Isu cukai
Isu kaum
Isu penglibatan dalam pemerintahan
Apakah yang diperjuangkan Kartini di Indonesia?
Pendidikan semua kaum
Membangkitkan pengaruh agama
Memajukan pendidikan kaum wanita
Menuntut pekerjaan golongan tempatan
Siapakah mengetuai perjuangan kemerdekaan Pembentukan Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI)
Andikah
Susillo
Bambang Pamungkas
Soekarno
Apakah peranan penulisan kreatif terhadap kebangkitan Nasionalisme
Menaikkan semangat bagi memahami realiti hidup dijajah
Menyebarkan peranan agama
Membangkitkan semangat bersatu orang melayu
Menentang pengenalan cukai
Apakah persatuan yang memperjuangkan penentangan terhadap British menerusi mewujudkan satu gagasan yang diamalkan Melayu Raya
Kesatuan Melayu Singapura
Persaudaraan Sahabat Pena
Persatuan Melayu Sarawak (PMS)
Kesatuan Melayu Muda
Semangat Bushido
Makumat berikut berkaitan dengan semangat yang diperkenalkan semasa era pemulihan Meiji di Jepun. Apakah kesan pengenalan semangat tersebut kepada Jepun?
menjadi negara perindustrian
mencapai kemajuan pendidikan
menghalang gerakan anti barat
mengatasi kelemahan pemerintahan
Isu Kasut ialah perbuatan orang British yang memakai kasut semasa memasuki kuil Buddha. Apakah Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan isu tersebut?
Nasionalisme tidak berjaya di Burma
Agama Buddha pencetus nasionalisme
Burma adalah negara yang tidak bersih
Pemimpin Burma terdiri dari golongan sami
Mengapakah penulisan kreatif berjaya mencetuskan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara?
Memperkenalkan semangat Jihad
Mendorong gerakan radikal
mencetuskan idea revolusi
menyindir sikap penjajah
Berikut adalah karya penulisan Raden Adjeng Kartini yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris.
" Letters of a Javanes Princess"
Apakah yang didedahkan dalam karya tersebut?
Kepentingan pendidikan
Perjuangan kemerdekaan
Penentangan isu kasut
Diskriminasi penjajah
Tokoh-tokoh berkut adalah pejuang nasionalisme Tanah Melayu penghujung abad ke-19.
- Dato Maharaja Lela
- Dol Said
- Dato Bahaman
Apakah Ciri nasionalisme tokoh-tokoh tersebut?
Melindungi Raja-raja Melayu
Mempertahankan agama
Menuntut kemerdekaan
Bersifat setempat
Gambar diatas merupakan tokoh nasionalisme awal abad ke-20. Bagaimanakah tokoh pejuang tersebut membangkitkan kesedaran nasionalisme?
Melalui penulisan
Melalui persatuan
Melalui propaganda
Melalui gerakan Islam
Berikut adalah institut pendidikan di Tanah Melayu.
- Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
- Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC)
Apakah kesan penubuhan institut pendidikan tersebut?
Pendidikan berkembang pesat
Melahirkan golongan intelektual
Kesedaran pendidikan bertambah
Kesedaran sosioekonomi meningkat
Gambar di atas merupakan Syarikat Jelutong Press di Pulau Pinang. Apakah peranan Jelutong Press dalam mempengaruhi gerakan nasionalisme di negara kita?
Menyuburkan kegiatan penerbitan
Melahirkan golongan penulis muda
Menyemarakkan perjuangan anak muda
Membangkitkan tuntutan kemerdekaan negara
Senarai berikut merupakan cerpen yang dihasilkan sebelum Perang Dunia Kedua.
"Rumah Besar Tiang Sebatang"
"Cerita Awang Putat"
"Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang"
Apakah tema cerpen tersebut?
Menyekat pengaruh komunis
Mewujudkan perpaduan kaum
Memperjuangkan nasib bangsa
Mengurangkan pengaruh golongan radikal
Apakah matlamat penubuhan persatuan berikut di Burma (Myanmar) ?
- Persatuan Belia Buddha (1906) -
Menuntut hak memerintah
Mengekalkan tradisi Buddha
Menentang pengenalan cukai
Memulihkan sistem pemerintahan beraja
Apakah faktor luar yang mempengaruhi nasionalisme di negara kita sebelum Perang Dunia Kedua?
Kejayaan Jepun menewaskan Rusia
Penyebaran ideologi komunis sedunia
Kemunculan golongan intelektual Barat
Kebangkitan gerakan Pan-Islamisme di seluruh dunia
