NEW
Font size
WorksheetsKata Terbitan
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Soalan berdasarkan gambar .
Pegawai itu ________________ beg yang berisi fail-fail penting ke pejabat.
mengepit
membimbit
memikul
mengenggam
Kebanyakan pelajar kelas saya mengantuk pada hari ini kerana mereka ____________ mata pada malam tadi menyaksikan siaran langsung pertandingan bola sepak Piala Dunia.
berkelip
berkedip
bersengkang
bertentang
Kementerian Kesihatan Malaysia telah bersetuju untuk _________ produk kesihatan yang dihasilkan oleh anak tempatan ke luar negara.
menggerakkan
menguruskan
menambahkan
memasarkan
Ayah berasa sungguh ___________ kerana tidak dapat menunaikan impian adik untuk melancong ke luar negara.
tertekan
terkilan
terharu
tersinggung
Duit syiling di dalam tabung itu _________ di atas lantai selepas tabung itu jatuh dan pecah.
bertaburan
bertebaran
berserakan
berlimpahan
Kaki Pak Man ______________ duri semasa dia melalui kawasan ladang kelapa sawit.
tersangkut
tersengat
tertikam
tertusuk
Puan Teoh _____________ tiga periuk nasi kerana rakan-rakannya akan makan tengah hari di rumahnya.
memasak
menanak
merebus
menjerang
_________________ wajah Aishah berjaya menarik perhatian para juri untuk menobatkan beliau sebagai Ratu Busana Muslimah sempena Minggu Fesyen Islam 2020.
Kesayuan
Kesucian
Keindahan
Keayuan
Encik Hazwan berasa ___________ ketika berada di luar bilik bersalin.
tercungap-cungap
tertanya-tanya
berdebar-debar
berkobar-kobar
Ekoran permintaan yang tinggi, pengeluaran kereta syarikat itu mencatatkan ________________ sejak bulan April.
kemajuan
perangkaan
peningkatan
kenaikan
3) Pilih contoh perkataan awalan kata kata kerja.
menyikat, berjalan
pembawa, pekerja
terbesar, secantik
tatabahasa, prasejarah
4) Pilih contoh perkataan kata terbitan akhiran kata nama.
besarkan, tidurkan
pemakaian, perjalanan
sasterawan, nasionalisme
berlari, pelarian
5) Pilih contoh perkataan kata terbitan berapitan kata nama.
kehujanan, kepanasa
kecinaan, keinggerisan
menggunakan, menghiraukan
kedukaan, kelebihan
Berikut merupakan kata terbitan yang menerima imbuhan sisipan yang betul kecuali
-el- = telunjuk
-in- = linangan
-em- = gemilang
-er- = seruling
8) Pilih contoh ayat yang menggunakan kata imbuhan dengan betul.
Khairul menghadiahkan ibunya sebentuk cincin.
Alia rajin mensapu sampah di lantai.
Harith sedang mempasangkan lampu di rumahnya.
Erin rajin membaca buku di perpustakaan.
9) Pilih contoh ayat yang menggunakan kata imbuhan dengan betul.
Cikgu Shahir tidak pernah mengenepikan anak muridnya.
Program itu banyak mengenengahkan bakat para pelajar.
Para pelajar diminta mengemaskan kelas pada waktu pagi.
Pihak berkuasa telah menghadkan tahap kelajuan kenderaan di lebuh raya.
10) Pilih contoh ayat yang menggunakan kata imbuhan dengan betul.
Bola itu di sepak dengan sangat kencang.
Para pelajar amat rindukan guru mereka.
Penduduk kampung diminta kehadiran diri ke mesyuarat.
Pihak sekolah telah melaksanakan Hari Sukan Sekolah pada minggu lepas.
Kereta yang dipandu dengan laju itu __________ ke dalam gaung setelah hilang kawalan.
terpelanting
tersungkur
terperosok
terhumban
Ahmad jatuh _________ setelah _______ seketul batu di tepi kolam itu.
telentang … terpijak
tersungkur … tersepak
terduduk … tertendang
tergolek … terkuis
Ibu menggunakan air yang __________ oleh kakak untuk membancuh kopi.
direbus
dijerang
dididih
dimasak
