Font size
WorksheetsHAK KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SEKSUAL
Total questions: 12
Worksheet time: 6mins
Maklumat mengenai kesihatan reproduktif dan seksual yang diperolehi melalui internet adalah ...... .
tepat dan boleh dipercayai.
perlu didapati daripada sumber yang boleh dipercayai seperti laman web Kementerian Kesihatan Malaysia.
sahih dan lebih baik daripada bahan buku teks.
senang disebarluas dan tepat.
'Remaja perlu melindungi diri mereka daripada menjadi mangsa penderaan seksual. Mereka perlu tahu batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan'. Pernyataan ini menunjukkan hak daripada perspektif ...... .
individu
keluarga
masyarakat
dunia
Apakah yang dimaksudkan dengan kesaksamaan gender?
Lelaki dan wanita mendapat peluang yang sama untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Lelaki lembut wajar mendapat hak dan peluang yang sama dengan semua lelaki dan wanita.
Wanita mempunyai daya saing yang tinggi dan tidak wajar didiskriminasi
Wanita mendapat lebih peluang mencebur diri dalam bidang korporat, keusahawanan, kejuruteraan dan pertahanan.
Kesihatan reproduktif bermaksud :
keadaan individu yang sihat fizikal, mental dan sosial serta bebas daripada penyakit yang berkaitan dengan sistem reproduktif.
keadaan individu yang tidak sihat fizikal, mental dan sosial serta bebas daripada penyakit yang berkaitan dengan sistem reproduktif.
keadaan individu yang sihat serta ADA penyakit yang berkaitan dengan sistem reproduktif.
keadaan individu yang mental dan berpenyakit yang berkaitan dengan sistem reproduktif.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization), istilah remaja ditafsirkan sebagai ;
seseorang yang berada dalam lingkungan umur di antara 10 hingga 19 tahun.
seseorang yang berada dalam lingkungan umur di antara 9 hingga 19 tahun.
seseorang yang berada dalam lingkungan umur di antara 15 hingga 19 tahun.
seseorang yang berada dalam lingkungan umur di antara 17 hingga 19 tahun.
Contoh Hak Kesihatan Reproduktif dan Seksual
Hak untuk Mendiskriminasikan Gender
Hak untuk Hidup, Kebebasan dan Keselamatan
Hak untuk Menghukum sesiapa sahaja
Hak untuk Bebas daripada kongkongan ibu bapa
'Remaja perlu lebih terbuka untuk berkongsi masalah dengan keluarga'.
Berikut adalah Kepentingan Mengetahui Hak Kesihatan Reproduktif dan Seksual .
Manakah hak kesihatan reproduktif dan seksual yang paling sesuai dengan pernyataan di atas?
Hak daripada Perspektif Individu
Hak daripada Perspektif Keluarga
Hak daripada Perspektif Masyarakat
Golongan remaja perlu mengetahui kepentingan hak kesihatan reproduktif dan seksual mereka dengan sebaik-baiknya sebelum menempuh alam dewasa.
Antara hak kesihatan reproduktif dan seksual yang perlu diketahui remaja ialah:
-Hak daripada Perspektif Individu
-Hak daripada Perspektif Keluarga
-Hak daripada Perspektif Masyarakat
BETUL
SALAH
'Remaja perlu dilindungi daripada terjebak dalam gejala sosial'.
Berikut adalah Kepentingan Mengetahui Hak Kesihatan Reproduktif dan Seksual .
Manakah hak kesihatan reproduktif dan seksual yang paling sesuai dengan pernyataan di atas?
Hak daripada Perspektif Individu
Hak daripada Perspektif Keluarga
Hak daripada Perspektif Masyarakat
'Remaja berhak mendapat bimbingan daripada ibu bapa dalam kesihatan reproduktif mereka'.
Berikut adalah Kepentingan Mengetahui Hak Kesihatan Reproduktif dan Seksual .
Manakah hak kesihatan reproduktif dan seksual yang paling sesuai dengan pernyataan di atas?
Hak daripada Perspektif Individu
Hak daripada Perspektif Keluarga
Hak daripada Perspektif Masyarakat
Nyatakan maksud 4M yang diterapkan oleh kumpulan pakar psikologi dan kanselor..
Memahami
Mendengar
Melindungi
Mendidik
Memerhati
"Remaja diajar untuk mengenali sentuhan selamat dan tidak selamat serta berkata TIDAK terhadap perkara yang melanggar hak mereka" . Kenyataan ini merujuk kepada 4M iaitu :
Memerhati
Mendidik
Melindungi
Mendengar
