WorksheetsPENGAJIAN AM BAB 4
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
3 Komponen Parlimen kecuali
YDPA
Dewan Rakyat
Dewan Negara
Dewan Undangan Negeri
Yang manakah satu bukan faktor kehilangan kelayakan menjadi ahli Parlimen?
tidak sempurna akal
didakwa dengan kesalahan jenayah berkaitan kesalahan pilihan raya
memperoleh warganegara asing
diisytiharkan muflis yang belum dilepaskan
Tempoh hayat Parlimen ialah 5 tahun. Parlimen terbubar secara automatik apabila genap tempoh 5 tahun. Tempoh hayat lima tahun Parlimen dikira daripada tarikh
hari pilihan raya
hari penamaan calon
pembubaran Parlimen
mesyuarat pertama Parlimen
Fungsi Parlimen kecuali
Parlimen menggubal dan meluluskan undang-undang
Parlimen menjadi tempat kritikan pendapat awam
Parlimen meluluskan perbelanjaan kerajaan
Parlimen tidak berhak untuk memindakan undang-undang
Agenda penting dalam persidangan pertama Dewan Rakyat?
Ucapan selamat tinggal
Persidangan ditamatkan
Melantik ketua kerajaan
Merancang takwim bagi Dewan Rakyat
Yang manakah berikut bukan komponen dalam Parlimen ?
YDPA
MRR
Dewan Rakyat
Dewan Negara
Yang manakah yang benar tentang Dewan Rakyat?
Ketua Setiausaha Negara merupakan Setiausaha Dewan Rakyat
Ahli Dewan Rakyat boleh mewakili dua kawasan Dewan Rakyat
Yang diPertua Dewan Rakyat mesti dipilih dalam kalangan ahli Dewan Rakyat
Rang Undang2 Perbekalan dikemukakan dan dimulakan di Dewan Rakyat
Peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh seorang menteri atas kuasa yang diberi oleh Akta Parlimen
Penyataan di atas merujuk kepada
A Ordinan
B Enakmen
C Perundangan Kecil
D Dokrin duluan kehakiman
Undang-undang hanya boleh dikuatkuasakan oleh badan eksekutif setelah
A diluluskan oleh Majlis Parlimen
B disahkan oleh Badan Kehakiman
C diwartakan sebagai Warta Kerajaan
D diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong
Yang manakah cara pindaan syarat-syarat kewarganegaraan Malaysia dapat dilaksanakan?
A Majoriti mudah ahli Parlimen
B Majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara
C Majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong
D Majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja
📌Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
📌Berumur 30 tahun ke atas
📌Memegang jawatan selama tiga tahun
Perkara-perkara di atas merujuk kepada
A ahli Pesuruhjaya Tinggi
B ahli Perkhidmatan Awam
C ahli Suruhanjaya Pilihan Raya
D ahli Dewan Negara
🏸Peringkat ini sangat penting
🏸Rang undang-undang akan dibahaskan secara menyeluruh
🏸Menteri berkenaan bertanggungjawab untuk memberikan jawapan kepada segala pertanyaan
Proses penggubalan undang-undang di Parlimen di atas merujuk kepada peringkat
A Bacaan Pertama
B Bacaan Kedua
C Jawatankuasa
D Bacaan Ketiga
Tujuan bacaan ketiga dalam Dewan Rakyat adalah untuk
A meminda rang undang-undang yang sudah diluluskan dalam Bacaan Kedua
B membahas rang udang-undang yang sudah diluluskan dalam Bacaan Kedua
C mengundi sekali lagi untuk meluluskan rang undang-undang
D membahaskan rang undang-undang sama ada perlu dibahaskan semula di Dewan Negara
Dalam prosedur penggubalan dan kelulusan sesuatu rang undang-undang di Parlimen, pada peringkat manakah kajian terperinci dilakukan?
A Jabatan Peguam Negara
B Kabinet
C Bacaan Kedua dalam Dewan Rakyat
D Peringkat Jawatankuasa Dewan Rakyat
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang sistem perundangan di Malaysia
I Persidangan Dewan Rakyat dipengerusikan oleh Perdana Menteri
II Ketua pembangkang mempunyai kuasa untuk menolak sesuatu usul yang dikemukakan
III Parlimen Malaysia ialah badan penggubal undang-undang tertinggi negara
IV Perbahasan merupakan elemen penting dalam proses meluluskan sesuatu usul
A I dan II
B I dan III
C I dan IV
D III dan IV
