wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Biologi T4 13.1

Total questions: 10

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar mengenai homeostasis?

a)

Mekanisme homeostasis menurunkan faktor yang berkurang di bawah julat normal

b)

Mekanisme homeostasis meningkatkan faktor yang melebihi julat normal

c)

Mekanisme homeostasis meningkatkan semula nilai faktor yang turun di bawah julat normal

2.

Antara berikut, yang manakah merupakan faktor kimia yang perlu dikawal atur?

a)

Suhu

b)

Tekanan osmosis darah

c)

Nilai pH darah

d)

Tekanan darah

3.

Rajah berikut menunjukkan gerak balas kulit dalam persekitaran yang sejuk. Apakah yang akan berlaku jika struktur P dicukur?

a)

Lebih banyak haba hilang ke persekitaran

b)

Lebih banyak darah dibekalkan ke bawah permukaan kulit.

c)

Otot erektor tidak boleh mengecut

d)

Lebih banyak haba dapat disimpan

4.

Apakah organ-organ yang terlibat dalam pengawalaturan aras glukosa darah?

a)

Duodenum dan pankreas

b)

Duodenum dan jantung

c)

Pankreas dan Hati

d)

Jantung dan hati

5.

Sistem organ yang manakah terlibat dalam mengekalkan suhu badan?

a)

Sistem pencernaan

b)

Sistem respirasi

c)

Sistem integumen

d)

Sistem pembiakan

6.

Antara berikut, yang manakah berlaku jika tekanan separa karbon dioksida dalam badan meningkat?

a)

Otot interkosa mengecut dengan perlahan dan kadar pernafasan meningkat

b)

Otot interkosa mengecut dengan perlahan dan kadar denyutan jantung menurun

c)

Kadar pernafasan meningkat dan kadar ventilasi meningkat

d)

Kadar denyutan jantung menurun dan kadar ventilasi meningkat

7.

Selepas sajian, hormon insulin dirembes ke dalam darah bagi merangsang penukaran glukosa berlebihan kepada glikogen untuk disimpan di dalam hati dan sel otot.

a)

Betul

b)

Salah

8.

Sel Langerhans pankreas akan merembeskan hormon glukagon ke dalam darah apabila aras gula dalam darah tinggi.

a)

Betul

b)

Salah

9.

Antara reseptor berikut, yang manakah mengesan perubahan tekanan darah?

a)

Termoreseptor

b)

Baroreseptor

c)

Kemoreseptor

d)

Nosiseptor

10.

Antara yang berikut, yang manakah mekanisme pembetulan untuk mengembalikan tekanan darah kepada normal?

a)

Otot kardium mengecut dan mengendur dengan lebih cepat

b)

Kadar denyutan jantung menjadi perlahan dan pemvasodilatan berlaku

c)

Rintangan aliran darah meningkat