NEW
Font size
WorksheetsModul 5 - Sains SPM (Bahagian A)
Total questions: 12
Worksheet time: 6mins
Eksperimen berikut dijalankan untuk mengkaji pertumbuhan benih jagung dalam larutan yang berbeza. Nyatakan pemboleh ubah dimanipulasikan bagi eksperimen berkenaan.
Jenis anak benih jagung
Jenis larutan kultur
Masa eksperimen
Bilangan daun anak benih jagung
Rajah menunjukkan eksperimen untuk mengkaji sifat kekenyalan getah. Selepas 2 jam getah itu ditarik,ia diukur semula. Nyatakan pemboleh ubah bergerak balas.
Panjang getah sebelum ditarik
Panjang getah selepas ditarik
Jenis getah
Daya yang digunakan
Rajah menunjukkan eksperimen untuk mengkaji sifat kekenyalan getah. Selepas 2 jam getah itu ditarik,ia diukur semula. Nyatakan pemerhatian anda.
Getah X dan getah Y adalah tidak sama
Getah X dan getah Y berbeza panjang
Kekenyalan getah X dan getah Y tidak sama
Getah X lebih panjang daripada getah Y selepas ditarik
Rajah menunjukkan eksperimen untuk mengkaji sifat kekenyalan getah. Selepas 2 jam getah itu ditarik,ia diukur semula. Apakah kesimpulan anda.
Getah Y lebih kenyal daripada getah X
Getah X dan getah Y berbeza panjang
Kekenyalan getah X dan getah Y tidak sama
Getah X lebih panjang daripada getah Y selepas ditarik
Rajah menunjukkan dua keadaan bagi tumbuhan akuatik. Nyatakan pembolehubah dimanipulasikan.
Keadaan tumbuhan
Daya apungan air
Kehadiran air
Kekuatan batang tumbuhan
Rajah menunjukkan dua keadaan bagi tumbuhan akuatik. Apakah yang boleh anda perhatikan ?
Keadaan tumbuhan yang berbeza
Daya apungan air mempengaruhi keadaan tumbuhan
Kehadiran air menyebabkan tumbuhan akuatik tegak
Tumbuhan akuatik Y berkeadaan tegak tetapi tumbuhan akuatik X tidak
Rajah menunjukkan dua keadaan bagi tumbuhan akuatik. Apakah yang menyebabkan tumbuhan akuatik Y boleh berkeadaan tegak?
kerana tindakbalas air
dipengaruhi oleh daya apungan air
kerana kekuatan batang tumbuhan berkenaan
kerana tumbuhan itu melakukan fotosintesis
Rajah menunjukkan eksperimen untuk mengkaji kesan suhu ke atas pertumbuhan yis. Isipadu gas X yang terhasil terkumpul di dalam buret. Didapati semakin tinggi suhu, semakin banyak isipada gas yang terkumpul. Nyatakan inferens daripada eksperimen ini.
Isipadu gas yang terkumpul dipengaruhi oleh suhu
Isipadu gas semakin banyak kerana suhu yang tinggi mengaktifkan yis
Isipadu gas meningkat kerana larutan glukosa dan yis
Semakin tinggi suhu, semakin banyak isipadu gas yang terkumpul
Rajah menunjukkan eksperimen untuk mengkaji kesan suhu ke atas pertumbuhan yis. Isipadu gas X yang terhasil terkumpul di dalam buret. Didapati semakin tinggi suhu, semakin banyak isipada gas yang terkumpul. Namakan gas yang terkumpul itu.
oksigen
karbon dioksida
nitrogen
sulfur dioksida
Rajah menunjukkan eksperimen untuk mengkaji sifat aloi. Di akhir eksperimen, paku keluli didapati tidak berkarat manakala paku besi pula berkarat. Nyatakan definisi secara operasi bagi aloi.
Aloi adalah bahan yang kuat ketahanan terhadap pengaratan apabila ia direndamkan dalam air suling
Aloi adalah proses yang sebabkan pengaratan apabila direndam dalam air suling
Aloi adalah bahan yang tahan terhadap karat apabila dibiarkan selama seminggu
Aloi adalah bahan yang kuat dan tahan karat
Rajah menunjukkan eksperimen untuk mengkaji sifat aloi. Di akhir eksperimen, paku keluli didapati tidak berkarat manakala paku besi pula berkarat. Nyatakan pembolehubah dimalarkan bagi eksperimen ini.
Isipada air
Jenis cecair
Jenis paku
Keadaan paku selepas seminggu
Rajah menunjukkan eksperimen untuk mengkaji sifat aloi. Di akhir eksperimen, paku keluli didapati tidak berkarat manakala paku besi pula berkarat. Apakah yang dapat anda simpulkan ?
Isipada air mempengaruhi keadaan karat paku
Paku keluli adalah sejenis paku yang kuat dan susah bengkok
Jenis paku mempengaruhi keadaan karatnya
Paku keluli adalah sejenis aloi yang tahan karat
