Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU TAHUN 6 -SISTEM BAHASA( 6 I,6S,6E )

Total questions: 40

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

“…………… berjanji akan belajar bersungguh-sungguh demi kecemerlangan dalam peperiksaan SPM pada tahun ini,” ikrar murid-murid Tingkatan 5 SMK Kuala Kurau.

a)

Saya

b)

Kami

c)

Kamu

d)

Kalian

2.

“Sultan sedang beristirehat ………… tidak mahu diganggu,” kata dayang istana kepada laksamana Hang Tuah.

a)

Baginda

b)

Tuanku

c)

Patik

d)

Beta

3.

Kementerian Kesihatan Malaysia ………… program Jalan Ria untuk melestarikan hidup sihat.

a)

Memajukan

b)

Mengusulkan

c)

Menyarankan

d)

menganjurkan

4.
Ayah berusaha untuk __________ perniagaannya dengan bersungguh-sungguh dan menggunakan strategi yang betul. 
a)
pemaju
b)
memaju
c)
kemajuan
d)
memajukan
5.

Salina lebih suka mengulangkaji pelajaran di dalam bilik yang …………… kerana lebih mudah mengingati pelajaran yang dibaca.

a)

Nyaring

b)

Tegang

c)

Sunyi

d)

Kasar

6.

Alunan muzik yang berentak …………… dapat menenangkan fikiran yang sering terganggu akibat tekanan hidup

a)

deras

b)

gopoh

c)

lambat

d)

perlahan

7.

Melisa menghidangkan sedulang jus oren di atas meja …………….. menjemput tetamunya minum.

a)

jika

b)

lalu

c)

agar

d)

serta

8.

Para guru sanggup mengorbankan masa dan tenaga …………. kejayaan murid-murid dalam pelajaran.

a)

terhadap

b)

antara

c)

sejak

d)

demi

9.

Feri yang membawa penumpang itu ................... dari jeti Lumut ke Pulau Pangkor .

a)

berpindah randah

b)

berlekak lekuk

c)

bercalar balar

d)

berulang alik

10.

Mereka lari .................. apabila dikejar oleh seekor lembu yang mengamuk akibat dari kehilangan anaknya.

a)

hiruk pikuk

b)

kelam kabut

c)

lintang pukang

d)

compang camping

11.
____________ kali selepas bersolat, dia mengangkat ________ belah tangannya dan berdoa kepada Tuhan.
a)
Beberapa .... kedua-dua
b)
Pertama .... semua
c)
Setiap .... kedua-dua
d)
Setengah-setengah .... dua
12.

Tun Pateh tiba di istana pada pagi itu untuk berjumpa dengan Sultan Salehudin.


Apakah yang Tun Pateh mahu lakukan pada pagi tersebut?

a)

Bersantap

b)

Bersiram

c)

Mengadap

d)

Berangkat

13.

Sekumpulan budak nakal segera ____________ apabila mereka melihat dua orang anggota polis sedang membuat rondaan.

a)

lapik perut

b)

angkat kaki

c)

buah mulut

d)

angkat tangan

14.

"Encik cakera padat yang encik beli ini bukan tulen,"kata Cik Latifah kepada Encik Zaid.


Pilih perkataan sinonim bagi tulen.

a)

unik

b)

benar

c)

asli

d)

istimewa

15.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Kishan memakai seluar pendek dengan baju singlet.

II Pendek kata, semua perbelanjaan rumah ditanggung olehnya.

III Semakin pendek umur,semakin uzur.

IV Penyanyi baharu itu pendek nafas, tidak dapat menyampaikan lagu dengan baik.

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

II, III dan IV

d)

I, II, III dan IV

16.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.


Senaman boleh menenang dan melapangkan minda seseorang.

a)

Bagaimanakah pendapat kamu tentang minda seseorang?

b)

Apakah minda dapat menenangkan fikiran seseorang?

c)

Bilakah manusia dapat menenang dan melapangkan fikiran?

d)

Apakah yang dapat menenang dan melapangkan minda seseorang?

17.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.


"Bukankah sudah berpuluh kali kamu dipanggil temu duga? Tidak satupun yang berjaya?" tanya Khairil.

a)

Eh! Sabarlah! Jangan berputus asa.

b)

Memang belum rezeki aku lagi.

c)

Wah, sindir aku nampaknya!

d)

Tidak, engkau apa peduli!

18.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Puan Aini meminta Adam menjemur kasut sekolahnya yang basah.

a)

"Ibu, tolong jemurkan kasut sekolah yang basah ini," kata Adam kepada ibunya.

b)

"Adam, mari kita jemur kasut sekolah ini yang basah," kata ibu kepada Adam.

c)

"Kasut sekolah Adam yang basah ini akan ibu jemurkan nanti,"kata Puan Aini.

d)

"Adam, sila jemur kasut sekolah kamu yang basah itu," kata Puan Aini kepada Adam.

19.

Pilih ayat yang betul.


I Akar yang sihat akan dapat melahirkan idea-idea yang bernas.

II Biarpun Jasmin berada di luar negara, namun dia tidak lupa akan akar dirinya.

III Hisyam hampir tersungkur kerana kakinya tersadung akar pokok rambai.

IV "Janganlah kamu bertindak seperti orang tiada akar," kata nenek kepada Hanim.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

20.

Pilih ayat yang betul.

a)

A. Bayaran ke Pameran Sains itu bukan mahal sangat.

b)

B. Kebanyakan bahan yang dipamerkan berasal daripada Timur Tengah.

c)

C. Setengah pengunjung yang datang ke pameran itu ialah murid sekolah.

d)

D. Sila dapatkan maklumat pameran di kaunter pertanyaan.

21.
Adik menyorok di _______ emak sebaik sahaja terpandang wajah pemuda   berjanggut itu.
a)
sisi
b)
tepi
c)
samping
d)
belakang
22.
Permaidani itu tersandar di ________ almari
a)
dalam
b)
atas
c)
tepi
d)
sudut
23.
Banyak pihak  __________  bersetuju dengan  cadangan yang dikemukakan   oleh  Encik Kasim itu.
a)
usah
b)
belum
c)
enggan
d)
tidak
24.
Abang Amran memang bekerja di Klinik Huda tetapi dia  __________ doktor.
a)
bukan
b)
tidak
c)
usah
d)
jangan
25.
Fenomena kemarau telah melanda ____________ negara.
a)
segala
b)
seluruh
c)
sekalian
d)
setengah
26.
Wajahnya sahaja yang nampak _______ , tetapi sebenarnya dia __________.
a)
tenang.....pemurah
b)
bengis.....pemarah
c)
garang.....peramah
d)
serabut.....penyabar
27.
"Siapakah  ____________________  pertandingan masakan pada Hari   Kebangsaan itu ," tanya Datin Hamidah.
a)
pengelola
b)
kelolaan
c)
mengelola
d)
pengelolaan
28.
Nenek membeli beberapa __________ rebung untuk dibuat sayur.
a)
biji
b)
helai
c)
pucuk
d)
kuntum
29.
____________ permohonan kami ini dipertimbangkan oleh pihak tuan dengan kadar segera.
a)
usah
b)
tolong
c)
harap
d)
jangan
30.
Suraya ghairah bercerita _______________  pengalamannya menyelam ke dasar laut.
a)
tentang
b)
dengan 
c)
sejak
d)
dari
31.
Dia telah dinasihati oleh guru pembimbingnya ­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­________________ tidak ponteng sekolah lagi
a)
hingga
b)
sambil
c)
agar
d)
dan
32.
Sebuah bas telah ________________lalu melanggar pembahagi jalan.
a)
terlajak 
b)
tersasar
c)
terbabas
d)
tergelincir
33.
Tukang masak di istana itu banyak mempelajari  _________________ semasa dia  bertugas di istana.
a)
bahasa halus
b)
bahasa dalam
c)
bahasa pasar
d)
bahasa rojak.
34.
Ahli pengakap yang sesat di hutan itu masih belum  ditemui ____________ petang semalam,walaupun usaha mencarinya telah dilakukan selama dua puluh empat jam.
a)
hingga
b)
dari
c)
agar
d)
daripada
35.
Ramai _______________ tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan anak   Encik Sharulzaman.
a)
amat
b)
benar
c)
paling
d)
sangat
36.
Anak-anak yatim yang tinggal di rumah kebajikan itu hidup __________ antara satu sama lain.
a)
seperti isi dengan kuku
b)
seperti aur dengan tebing
c)
seperti enau dalam belukar
d)
seperti bulan dipagar bintang
37.
" Bagaimanakah perkara itu boleh berlaku ? Katakanlah kepada  _______ ” kata Hang Tuah       kepada Bendahara Melaka.       
a)
kita
b)
hamba
c)
kami
d)
patik
38.
Kakak sedang __________ air di atas pokok bunga kertas yang baru ditanamnya itu.
a)
merenjis 
b)
menuang     
c)
menyiram
d)
menakung
39.

Cikgu Tan mudah mengajar Kelas 5 Gigih kerana murid-muridnya___________________

a)

rambang mata

b)

tajam akal

c)

otak udang

d)

tanda mata

40.

Emak membuat agar-agar sebagai _________________ untuk kami selepas makan.

a)

mulut tempayan

b)

banyak mulut

c)

pembasuh mulut

d)

mulut murai