wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ ULANGKAJI BAHASA MELAYU TAHUN 4

Total questions: 11

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

"______________ hendak ke Melaka untuk berjumpa dengan sultan," kata Hang Jebat kepada Hang Tuah.

a)

Saya

b)

Aku

c)

Kami

d)

Hamba

2.

Pilih ayat-ayat yang BETUL PENGGUNAAN IMBUHAN APITAN.

a)

Ketua Pengawas sedang menaikkan bendera Jalur Gemilang.

b)

Emak menghadiahkan sebuah telefon pintar canggih kepada kakak.

c)

Kakak sedang membancuhkan kopi untuk para tetamu.

d)

Muzamil sedang mencarikan buku Rajan yang hilang.

3.

Kuil ialah ____________________ kaum India.

a)

destinasi pelancongan

b)

tempat bersantai

c)

tempat beribadat

d)

tempat bersejarah

4.

Kita hendaklah hidup berjimat cermat sejak kecil lagi kerana bak kata pepatah _____________________.

a)

seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

b)

tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

c)

melentur buluh biarlah dari rebungnya

d)

biar lambat, asalkan selamat

5.

Tulis kata kerja yang tepat berdasarkan gambar.

Tukang masak yang terkenal itu menggunakan sebilah pisau yang tajam untuk (a)   bawang besar.

6.

Tulis SIMPULAN BAHASA yang tepat.

"Amir, ada (a)   bahawa semua orang boleh merentas negeri mulai bulan Oktober ini," kata Nathia.

7.

______________ hari ini dia belum menjelaskan hutangnya.

a)

Terhadap

b)

Demi

c)

Hingga

d)

Tentang

8.

Kejayaan seseorang itu bergantung _____________ usaha yang dilakukan olehnya.

a)

pada

b)

kepada

c)

dengan

d)

akan

9.

Pilih ayat-ayat yang betul.

a)

Nama kamu apa?

b)

Ayah bukan pergi ke pejabat tetapi ke pasar.

c)

Saya menyimpan barangan kemas itu di dalam almari.

d)

Di dalam kejadian itu, seorang penumpang terbunuh.

10.

Puan Salimah telah menyediakan _____________ ikan untuk makan tengah hari.

a)

agar-agar

b)

onde-onde

c)

otak-otak

d)

oleh-oleh

11.

Sila baca teks di bawah. Kemudian, pilih pernyataan yang BETUL.

Sukan Paralimpik Tokyo 2020 merupakan acara sukan utama bagi atlet kurang upaya yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa. Sukan Paralimpik juga dikenali sebagai Sukan Paralimpik Musim Panas. Sukan Paralimpik ke-16 ini telah diadakan di Tokyo, Jepun dari 24 Ogos hingga 5 September 2021.Kontinjen Malaysia meraih tiga pingat emas dan dua pingat perak dalam Sukan Paralimpik ini.

a)

Sukan Paralimpik Tokyo 2020 telah tamat.

b)

Sukan Paralimpik merupakan acara sukan khas untuk atlet kurang upaya.

c)

Negara kita tidak menang sebarang pingat dalam Sukan Paralimpik 2020 ini.

d)

Sukan Paralimpik ini diuruskan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.